Carian Artikel di sini

Wednesday, February 25, 2009

Kelab 99

Suatu masa dulu ada seorang Raja yang memiliki kekayaan yang tidak dapat ditandingi oleh sesiapa pun. Apa saja yang dihajatinya, semua telah tersedia dalam istana yang indah seperti mahligai. Raja itu dihormati oleh rakyat jelata, ke mana saja dia pergi, dia akan mendapat perhatian tapi jauh di sudut hatinya, Raja tersebut tidak merasa bahagia. Ada sesuatu yang menganggu jiwa dan perasaannya tapi dia sendiri tidak tahu kenapa dia tidak berasa gembira.


Pada suatu hari, Raja itu bangun awal dan bersiar-siar di sekeliling istana baginda. Ketika tiba di ruang dapur, langkah baginda terhenti bila baginda terdengar satu suara yang bernyanyi riang. Baginda mengintai kerana ingin tahu siapakah gerangan yang menyanyi itu. Rupa-rupanya orang gaji istana yang sedang melakukan kerja sambil bernyanyi riang. Baginda kemudiannya menegur orang gaji tersebut.


"Kenapa kamu nampaknya sungguh gembira?" tanya Raja.


"Tuanku, saya ini hanya orang gaji tapi saya bersyukur dengan apa yang saya ada. Saya ada isteri dan anak dan kami bahagia. Kami tidak perlukan kehidupan yang mewah, cukuplah sekadar rumah kecil untuk kami berlindung daripada hujan dan panas, makanan yang cukup untuk membuatkan kami tidak kebulur dan pakaian yang sederhana supaya kami tidak bertelanjang" balas orang gaji tersebut.


Baginda kemudiannya berlalu. Raja pergi menemui penasihat baginda dan menceritakan segala yang berlaku tentang orang gaji tersebut. Baginda mengharapkan agar penasihat memberi sedikit pandangan mengenai hal itu.


"Tuanku, saya percaya orang gaji tersebut belum menyertai KELAB 99" kata penasihat baginda.


"KELAB 99? Beta tidak pernah mendengar nama kelab tersebut" tanya Raja kehairanan.


"Tuanku, untuk mengetahui dengan lebih jelas apa itu KELAB 99, Tuanku perlu membuat perkara berikut. Masukkan 99 keping wang emas ke dalam sebuah beg dan letakkan beg itu di muka pintu rumah orang gaji tersebut. Nanti Tuanku akan faham tentang KELAB 99"


Raja pun membuat seperti yang dikatakan oleh penasihatnya. Ingin saja baginda menggenapkan kepingan wang emas menjadi 100 keping tapi baginda tetap mengikut seperti yang dikatakan oleh penasihat tersebut.


Ketika pulang dari kerja, orang gaji itu ternampak sebuah beg di muka pintu rumahnya. Dia membuka beg itu kerana ingin mengetahui isi di dalamnya. Alangkah terperanjatnya apabila dia mendapati ada wang emas yang banyak dalam beg tersebut. Dia memanggil isterinya dan mereka pun mula mengira kepingan wang emas itu. Ada 99 keping semuanya.


"Pelik, kenapa ada 99 keping, kenapa bukan 100 keping"


Orang gaji itu tidak puas hati. Dikiranya lagi wang emas itu. Memang ada 99 keping walaupun dikira berkali-kali. Dia mula merasa hairan. Dia mula mencari sekeping wang emas yang pada sangkaannya mungkin tercicir di mana-mana. Dia percaya tidak mungkin ada orang yang akan meletakkan 99 keping wang emas tanpa menggenapkannya menjadi 100 keping. Sepanjang malam dia mencari sekeping wang emas yang tercicir itu di sekeliling rumah namun tidak bertemu. Dia berfikir bagaimana untuk mendapatkan sekeping wang emas supaya genap menjadi 100 keping. Ahirnya orang gaji itu terlena keletihan.


Keesokan paginya, dia terlewat bangun. Dengan tidur yang tidak cukup, perasaannya jadi tidak menentu. Dia mula marah-marah kepada isteri dan anaknya kerana tidak mengejutkan dia di pagi itu. Apa yang tidak disedarinya ialah dia terlalu banyak membuang masa memikirkan tentang sekeping wang emas itu. Dia pergi kerja dengan perasaan yang tidak gembira seperti selalu dan sepanjang hari itu dia sentiasa merungut tentang kerjanya.


Raja memerhati kerenah orang gaji baginda hari itu. Sekali lagi baginda kehairanan melihat perubahan yang mendadak berlaku pada orang gaji tersebut. Baru semalam baginda mendapati orang gaji itu bernyanyi riang tapi hari ini sikapnya sungguh berbeza sekali. Baginda pun pergi menemui penasihat itu sekali lagi dan menceritakan apa dilihat oleh baginda tentang orang gaji itu.


"Tuanku, orang gaji itu secara rasminya telah menyertai KELAB 99. Kelab itu hanyalah nama yang diberikan kepada orang-orang yang memiliki segalanya tapi masih merasakan tidak puas hati. Justeru itu, mereka akan sentiasa bekerja keras untuk menggenapkannya menjadi 100. Kita sebenarnya boleh hidup dengan apa yang kita miliki tapi sekiranya kita diberi lebih, maka kita mahu lebih dan lebih lagi. Semakin banyak yang kita dapat, semakin kita rasa tidak cukup. Kita kekurangan tidur disebabkan otak kita sentiasa berfikir bagaimana untuk mendapatkan yang lebih itu. Dalam pada itu, ada kalanya kita menyakiti hati orang-orang yang kita sayang. Kita tidak lagi memberi sepenuh perhatian kepada mereka disebabkan fikiran kita yang hanya terfokus untuk mendapatkan yang lebih. Kita tidak akan merasa bahagia jika begitu keadaannya. Untuk pengetahuan tuanku, itulah dia KELAB 99" penasihat itu memberi penjelasan yang panjang lebar kepada Raja tesebut.


Raja itu mengangguk tanda faham. Mulai hari itu baginda sentiasa bersyukur dengan apa yang baginda miliki di dalam istana tersebut. Akhirnya raja tersebut mendapat ketenangan dan kebahagiaan yang tidak pernah baginda rasakan sebelum ini..

Tuesday, February 24, 2009

Orang-orang yang didoakan oleh Malaikat

Allah SWT berfirman,"Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yg dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dgn perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yg dihadapan mereka dan yg dibelakang dan mereka tidak memberikan syafa'at melainkan kepada orang-orang yg diridhai Allah dan mereka selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya.

INILAH ORANG-ORANG YG DIDOAKAN OLEH PARA MALAIKAT :

Orang yg tidur dlm keadaan bersuci. Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra, bahwa Rasulullah SAW bersabda,"Barangsiapa yg tidur dlm keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dlm pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dlm keadaan suci'".

Orang yg duduk menunggu solat. Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra, bahwa Rasulullah SAW bersabda,"Tidaklah salah seorang di antara kalian yg duduk menunggu solat selama ia berada dlm keadaan suci kecuali para malaikat akan mendoakannya 'Ya Allah, amupnilah ia. Ya Allah sayangilah ia'"

Orang - orang yang berada di shaf bahagian depan di dalam solat. Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra' bin Azib ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yg berada pada shaf-shaf terdepan"

Orang -orang yg menyambung shaf(tidak membiarkan sebuah kekosongan di dlm shaf). Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah,Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al-Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra bahwa Rasulullah SAW bersabda "Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kpd orang -orang yg menyambung shaf-shaf".

Para malaikat mengucapkan 'AMIN' ketika seorang Imam selesai membaca AlFatihah. Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahwa Rasulullah SAW bersabda,"Jika seorang Imam membaca'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn' maka ucapkan oleh kalian 'aamiin' kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat maka ia akan diampuni dosanya yg masa lalu"

Orang yg duduk di tempat solatnya setelah melakukan solat. Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah SAW bersabda"Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu di antara kalian selama ia ada di dlm tempat solat di mana ia melakukan solat selama ia belum batal wudhunya (para malaikat) berkata, 'Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia".

Orang-orang yg melakukan solat Subuh dan A'sar secara berjama'ah.. Imam Ahmad meriwayakan dari Abu Hurairah ra bahwa Rasulullah SAW bersbda "Para malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu para malaikat(yg menyertai hamba) pada malam hari(yg sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik ke langit dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat A'sar dan malaikat yg ditugaskan pada siang hari hingga solat A'sar naik ke langit sedangkan malaikat yg bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka'Bagaimana kalian meninggalkan hambaku?' Mereka menjawab'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat maka ampunilah mereka pada hari kiamat"

Orang yg mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yg didoakan. Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Dara' ra bahwasanya Rasulullah SAW bersabda,"Doa seorang muslim untuk saudaranya yg dilakukan tanpa sepengetahuan org yg didoakannya adalah doa yg akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yg menjadi wakil baginya setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebajikan maka malaikat tersebut berkata'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yg ia dapatkan"

Orang-orang yang berinfak. Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahwa Rasulullah SAW bersabda" Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali 2 malaikat turun kepadanya salah satu di antara keduanya berkata 'Ya Allah berikanlah ganti bagi orang yang berinfak. Dan lainnya berkata 'Ya Allah hancurkanlah harta orang yang pelit".

Orang yang makan sahur. Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra bahwa Rasulullah SAW bersabda "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kpd orang -orang yg makan sahur"

Orang yang menjenguk orang sakit. Imam Ahmad meriwayatkan dari 'Ali bin Abi Thalib ra bahwa Rasulullah SAW bersabda "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutuskan 70000 malaikat untuknya yg akan berselawat kepadanya di waktu siang kapan saja hingga sore dan di waktu malam kapan saja hingga subuh".

Seorang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain. Diriwayatkan oleh Imam Tirnidzi dari Abu Umamah Al Bahily ra bahwa Rasulullah SAW bersabda "Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah di antara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi bahkan semut yang di dlm lubangnya dan bahkan ikan semuanya berselawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.

Thursday, February 19, 2009

Epal & Jambu Batu

Seorang guru matematik, Cikgu Fatimah sedang mengajar murid-murid Tahun Satu. Dia bertanya kepada seorang murid yang bernama Khalil.


"Khalil, jawab soalan cikgu. Jika cikgu beri kepada kamu sebiji epal dan sebiji lagi dan sebiji lagi, berapa biji epal yang kamu ada sekarang?"


" Empat biji, cikgu"


Cikgu Fatimah mengharapkan Khalil menjawab "tiga biji". Beliau agak kecewa.


"Ah, mungkin juga Khalil tidak mendengar soalan betul-betul" fikir cikgu Fatimah.


"Khalil, dengar betul-betul. Jika saya beri kamu sebiji epal dan sebiji lagi dan sebiji lagi, berapa biji epal yang kamu ada sekarang?"


Khalil memahami kekecewaan yang jelas terbayang di wajah gurunya. Dia cuba mengira dengan menggunakan jari jemarinya. Dia juga berfikir kenapa agaknya jawapan yang diberinya seolah-olah salah pada pandangan cikgu Fatimah. Selepas beberapa lama mengira jari, akhirnya Khalil menjawab soalan guru tersebut.


"Empat biji, cikgu"


Cikgu Fatimah bertambah kecewa. Kemudian beliau teringat yang Khalil suka buah jambu batu. Cikgu Fatimah terfikir mungkin Khalil hilang fokus kerana dia tidak suka epal. Kemudian dia bertanya lagi kepada Khalil dengan muka yang ceria.


"Jika saya beri kamu sebiji buah jambu batu dan sebiji lagi dan sebiji lagi, berapa biji buah jambu batu yang kamu ada sekarang?"


Melihat wajah cikgu Fatimah yang ceria itu, Khalil mengira lagi jari jemarinya. Khalil tenang saja tapi cikgu Fatimah sedikit rasa tertekan. Dia berharap Khalil dapat menjawab dengan betul pada kali ini. Dengan penuh yakin, Khalil menjawab.


"Tiga biji, cikgu"


Cikgu Fatimah tersenyum lebar. Caranya dengan menukar jenis buah itu berkesan nampaknya. Beliau ingin mengucapkan tahniah kepada dirinya sendiri. Tapi sekali lagi beliau bertanya kepada Khalil.


"Sekarang saya beri kepada kamu sebiji epal dan sebiji lagi dan sebiji lagi, berapa biji epal yang kamu ada sekarang?"


"Empat biji, cikgu" Khalil menjawab dengan spontan.


Cikgu Fatimah terkejut dengan jawapan Khalil. Beliau mula rasa nak marah kepada Khalil.


"Kenapa dan bagaimana boleh jadi empat biji?"


Khalil rasa gerun mendengar suara Cikgu Fatimah yang agak tinggi itu. Dengan suara yang terketar-ketar dia menjawab.


"Kerana di dalam beg saya, ada sebiji epal lagi yang saya bawa dari rumah. Kalau cikgu bagi sebiji epal dan sebiji lagi dan sebiji lagi ditambah dengan epal yang memang ada di dalam beg saya, tentu jadi empat biji"


Cikgu Fatimah terdiam, tidak tahu apa yang harus diucapkan kepada Khalil.


Moralnya kepada kita

Dalam sesuatu perbincangan tidak kira samada perbincangan keluarga, perbincangan di tempat kerja atau di mana sahaja, jika seseorang memberi pendapat yang berbeza, tidak seperti yang kita harapkan, jangan terlalu mudah mengatakan bahawa pendapat itu tidak betul atau salah. Mungkin ada aspek-aspek yang kita tidak nampak dan tidak faham. Luangkan masa untuk mendengar penjelasan dan jangan cepat melenting jika pendapat orang lain berbeza daripada pendapat kita. Cara kita memandang dan memahami sesuatu perkara itu berbeza dan sudah tentu kita ada pendapat yang berbeza-beza juga. Kita tidak boleh memaksa orang lain menerima pendapat kita begitu juga sebaliknya. Tidak ada pendapat yang betul atau salah. Mungkin nampak salah di mata kita tapi nampak betul di mata orang lain. Jadi belajarlah menghormati pendapat orang lain. Menghormati pendapat orang lain tidak semestinya kita menerima pendapat tersebut.

Antara 9 SITI yang patut dicontohi



1) Siti Khadijah

- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah

- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti A'ishah

- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar

- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam

- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah

- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah

- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah

- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah

- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

9 MIMPI NABI MUHAMMAD SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata,
Nabi Muhammad saw bersabda: “Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan..”

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

275155638l.jpg

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil kekumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

Penapisan 3 Peringkat

Kita begitu concern dengan tahap kebersihan air yang kita minum setiap hari. Untuk memastikan air yang kita minum itu bersih dan selamat, kita pun membeli penapis air yang beribu harganya. Tetapi bagaimana dengan kebersihan rohani kita? Adakah "makanan" yang sampai ke jiwa kita itu bersih?


Pada zaman dahulu, ada seorang guru yang sangat alim. Suatu hari guru ini didatangi oleh seorang muridnya.


"Wahai guru, mahukah guru mendengar satu cerita tentang seorang guru lain yang tinggal di kampung sebelah?"


"Tunggu dulu. Sebelum kamu memberitahu cerita itu, saya ingin menjalankan sedikit ujian yang dipanggil "penapisan tiga peringkat"


"Penapisan tiga peringkat?"


"Ya, betul. Sebelum kamu bercerita tentang guru itu, mungkin ada baiknya kita berfikir sejenak dan menapis setiap perkataan yang bakal keluar dari mulut kamu. Sebab itulah saya menamakannya "penapisan tiga peringkat". Peringkat pertama ialah KEBENARAN (truth). Adakah kamu benar-benar yakin cerita yang bakal kamu sampaikan kepada saya itu, cerita benar?


"Tidak, sebenarnya saya baru saja terdengar cerita itu dan...."


"Baiklah..jadi kamu tidak pasti samada cerita itu benar atau tidak. Sekarang, kita cuba peringkat kedua pula iaitu KEBAIKAN (goodness). Adakah cerita yang bakal kamu sampaikan kepada saya tentang guru itu, sesuatu yang baik?"


"Tidak, sebaliknya...."


"Jadi, kamu akan menyampaikan sesuatu yang tidak elok tentang guru tersebut dan juga kamu tidak pasti samada cerita itu benar atau tidak. Sekarang tinggal satu lagi peringkat iaitu peringkat ketiga. Peringkat ketiga ialah MANFAAT (usefulness). Adakah cerita yang bakal kamu sampaikan kepada saya itu akan memberi manfaat dan kebaikan kepada saya?"


"Tidak juga..."


"Baik...kamu ingin menceritakan tentang seseorang kepada saya. Cerita yang tidak baik, cerita yang tidak dapat dipastikan kebenarannya malah tidak memberi manfaat dan kebaikan langsung kepada saya. Jadi kenapa kamu bersusah payah untuk menceritakannya kepada saya?"


Murid itu terdiam.


Jika penapisan tiga peringkat ini diamalkan oleh semua orang, tentu isu "perempuan bogel" tidak timbul di Malaysia secara meluas sejak sehari dua ini. Isu yang sungguh panas macam goreng pisang panas. Mata yang melihat dan telinga yang mendengar pun sama jadi terbakar. Walaupun mungkin benar ada "perempuan bogel" tapi adakah cerita itu satu cerita yang baik atau cerita yang memberi manfaat kepada kita? Tapi kita hari ini seakan dipaksa untuk melihat dan mendengar cerita yang entah benar, entah tidak, cerita yang buruk dan cerita yang tidak membawa kebaikan pun kepada kita hanya kerana ada "orang" yang tidak mengamalkan penapisan tiga peringkat ini.


Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Penerima taubat dan Maha Penyayang. (al Hujurat, 49:12)

Monday, February 2, 2009

Pesan Professor Datuk Dr Harun Din Al-Hafiz

Nauzubillah...Tolong sebarkan kawan2 ku.....


Seperti yang kite ketahui... Negara kite nie banyak tugu.... Antara yang famousnya ialah Tugu Kebangsaan, Tugu Helang Laut kat langkawi dan sebagainya..


Tahukah kawan2 bahawa pada tahun 1993, Mufti wilayah persekutuan telah mengeluarkan fatwa bahawa " segala tugu-tugu itu serta binaannya adalah haram.... ciri-cirinya menyerupai berhala.. dan melawatnya juga adalah haram.. " Setelah fatwa itu dikeluarkan, maka ia digazetkan bermakna tindakan undang2boleh dikenakan kepada sesiapa yang melawat tugu kebangsaan! Tetapi sayang2... pihak atasan tidak suka akan keputusan itu maka disuruhnya pihak mufti menarik balik fatwa itu... Setelah berbincang. . Mufti tersebut tidak mahu menarik balik fatwa itu...


Maka pihak atasan telah menarik balik gazet tersebut maka apa yang tinggal ialah fatwa sahaja... tiada tindakan undang2 yang boleh diambil... Menurut kupasan Ust. Harun Din, tugu2 ini boleh mendatang syirik... Beliau berkata... " bawalah dosa anda sebesar langit dan bumi kepadaAllah dan Allah mungkin akan mengampunkannya tetapi jika terdapat walau sedikit/sebesar zarah pun dosa syirik maka Allah tidak akan mengampunkan orang itu...." dan kata beliau lagi... " walaupun kita tidak pergi ketugu2 tetapi jika kita 'redha' atau tidak melakukan apa2, berdiam diri, maka kita juga akan mendapat dosa tersebut iaitu dosa syirik..."


Contoh kedua yang beliau utarakan dalam perbincangan dosa syirik ini ialah nama negeri perlis iaitu perlis indera kayangan... " Menurut kamus dewan... indera bermaksud nama tuhan hindu manakala kayangan bermaksud tempat di mana tuhan2 bersemayam.. . maka makna sebenar ialah perlis tempat tuhan hindu bersemayam.. " Menurut beliau... Nama perlis ini juga mendatangkan dosa syirik...

Perkara terakhir yang dibincangkan ialah isu perlembagaan negara... Tahukah kawan2 bahawa... Perlembagaan Negara Fasa ke-14 mengatakan bahawamana2 undang2 akan terbatal dan tidak boleh dipakai jika ia bertentangan dengan undang2 yang telah dinyatakan di dalam perlembagaan termasuklah undang2 hudud... iaitu undang2 yang dicipta oleh Allah. Kata beliau seterusnya... Dosa syirik boleh diakibatkan oleh...
  1. Mempertahankan perlembagaan serta undang2 ciptaan manusia dan membuatkannya mengatasi undang2 ciptaan Allah iaitu hudud dll.
  2. Menyokong mereka yang mempertahankan perlembagaan.
  3. Mereka yang berdiam diri.
  4. MEREKA YANG MENGATAKAN BAHAWA HUKUM HUDUD ITU ZALIM ( BERMAKNA ALLAH JUGA ADALAH ZALIM)

Kalau nak beli AL-QURAN yang dicetak dalam edisi baru. Hati-hatilah kerana ada 4 surah palsu ciptaan KAFIR laknatullah. Surah-surah itu adalah :

1) AL-IMAN 2) AL-WASAYA 3 ) AL-TAJASU 4) DANAL-MUSLIMOON

Jangan sesekali layari laman web ! www.thequran.com (Father Zakaria) kerana segala isinya adalah palsu. Sebarkan email ini kepada umat Islam seramai yang mungkin!!! Sebarkan jika anda sayangkan ISLAM.... Dengan ini selesailah tanggungjawab aku. Tolong sebarkan pada semua umat Islam. Dengan ini selesailah tanggungjawab aku. Tolong sebarkan pada semua umat Islam.

HOROSKOP....percaya atau tidak?

SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal.

Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang.

Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad. Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain.

"Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam," katanya. Katanya, perkara itu juga jelas daripada hadis riwayat Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari."

Perbahasan mengenai minat masyarakat hari ini terhadap ilmu ramalan termasuk membaca horoskop dibincangkan Nik Salida bersama Al-Fadhil Kadi Daerah Temerloh, Badli Shah Alauddin, dalam program Halaqah terbitan TV9 yang disiarkan malam Ahad lalu dengan tajuk Bintang 12. Program yang mengulas mengenai ayat 105, surah an-Nahl, mengajak penonton menghindari perbuatan berjumpa atau mempercayai tulang tilik dan tukang ramal kerana Allah memberi amaran mengenai golongan pembohong itu.

Nik Salida berkata, tidak dinafikan ramai yang mengatakan tujuan mereka membaca ramalan bintang adalah suka-suka tetapi amalan bermula daripada suka-suka itu akhirnya menyebabkan mereka menjadi obses seterusnya terpengaruh dengan apa yang dibaca.

Katanya, ada kalangan masyarakat hari ini yang melanggan ramalan bintang melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengetahui apa yang diperkatakan mengenai nasib mereka atau perkara bakal dilalui mereka setiap hari, minggu atau bulan.

Sedangkan, perbuatan itu bukan saja merosakkan akidah malah menyebabkan hidup mereka tidak keruan kerana pengaruh ramalan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada aktiviti atau perancangan mereka pada hari itu.

"Jika tidak percaya atau untuk suka-suka kenapa hingga melanggan SMS horoskop. Maknanya bangun pagi kita mahu tengok apa yang diramalkan untuk kita hari itu. Begitu juga dengan membaca di akhbar dan majalah, kenapa kita hendak tahu ramalan.

"Jika katanya dalam bab rezeki apa yang diperoleh tidak setanding kerja dilakukan, maka akan timbul perasaan malas buat kerja sebab rezeki yang dapat sikit saja. Kesan ramalan ini bukan saja pada akidah, juga aspek psikologi.

"Daripada suka-suka itu juga apabila kebetulan perkara diramalkan itu benar berlaku ia mula menerbitkan kepercayaan yang akhirnya menyebabkan mereka jatuh ke lembah kepercayaan perkara karut-marut ini," katanya.

Badli Shah berkata, golongan yang percaya kepada Bintang 12 atau ramalan tukang tilik mengenai untung nasib atau hari baik dan tidak adalah mereka yang tidak percaya ketentuan Allah serta ciptaannya. Beliau berkata, Allah sudah memberi amaran mengenai golongan itu di dalam al-Quran di mana Allah murka dan mengatakan mereka sebagai golongan pembohongan serta penipu kerana mendahului takdir Allah. Katanya, apa yang dikhuatiri ialah disebabkan ramalan itu umat Islam lupa bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu adalah dengan izin Allah dan ini memberi kesan daripada sudut akidah mereka.

"Jika Allah tidak izinkan perkara itu berlaku, ia tidak akan jadi. Tukang ramal pusinglah daun terup atau biarlah burung dia bercakap tetapi tanpa izin Allah tidak akan berlaku. Malangnya kita tengok, zaman moden ramai yang kembali percaya dan mencari petunjuk daripada zodiak," katanya.

Katanya, kepercayaan kepada ramalan terutama tukang tilik dan ahli nujum boleh mendatangkan kesan negatif seperti menyebabkan pergaduhan antara suami isteri, permusuhan sesama jiran atau sahabat karib. Contohnya, isteri yang diberitahu mengenai sikap suami atau ramalan bahawa suami akan berkahwin lagi pastinya menyebabkan berlaku perbalahan dan paling malang lagi jika perkara itu tidak benar sama sekali.

Rasulullah SAW turut berdepan dengan kelompok masyarakat Arab yang taksub dengan ramalan dan kiraan bintang hingga Baginda menyebut akan tiga golongan itu terdiri daripada mereka yang mampu meramal bintang, meramal barang hilang dan melakukan ramalan berdasarkan pergerakan bintang di langit. Malah, Baginda SAW pernah didatangi beberapa orang yang meminta Baginda meramal masa depan orang Arab tetapi Baginda memberitahu, jika diketahui perkara ghaib nescaya dirinya sudah mendapat kemewahan serta terlepas dari musibah.

Mengulas mengenai sejarah Bintang 12, Badli Shah berkata, kepercayaan itu berasal dari Mesopotania, daerah asal orang Babylon terletak antara sungai Tigris dan Euphrates dan kini terletak di tenggara Iraq. Ilmu itu berkembang sejak Babylon kuno 200 tahun sebelum masihi dan secara bertahap. Amalan dan kepercayaan itu semakin berkembang hingga tahap yang dikenali sebagai horoskop atau Bintang 12 yang mengaitkan keperibadian dengan tarikh lahir berpandukan bintang.

"Contohnya bintang Capricorn untuk mereka yang lahir 22 Disember hingga 20 Januari ikut mitos Yunani ialah lambang kambing. Kambing itu bernama Almateus dan pernah beri air pada Dewa Zeus iaitu dewa tertinggi bagi bangsa kuno ketika kecil.

"Oleh itu, bagi mengenang jasa kambing itu ia dijadikan bintang dan bercahaya di langit. Kesimpulannya, Capricorn itu kambing saja. Di sini pun banyak kambing, tidak perlu tengok ke langit. Umat Islam perlu renung sejenak adakah bintang ini sesuai dengan peribadi Muslim.

"Sesuai ke jika umat Islam percaya kepada bintang kambing biri-biri atau lambang orang lelaki gagah tuang air dalam tempayan besar sedangkan banyak perkara lain lebih bermanfaat yang boleh kita fikirkan," katanya.

Justeru, beliau menasihati kepa2da umat Islam supaya menjauhi amalan membaca ramalan bintang atau tulang tilik walaupun untuk suka-suka kerana boleh memberi kesan kepada akidah serta amalan solat yang dilaksanakan. ..

Mohammad's heart flowed with affection and he declared, "This day, there is no REPROOF against you and you are all free."
"This day" he proclaimed, "I trample under my feet all distinctions between man and man, all hatred between man and man."
Receive praise with reticence... .That's humility!
Sabda Rasulullah SAW:- "Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"

Hanya Jauhari Mengenal Manikam

Seorang guru yang sangat dihormati dan terkenal didatangi oleh seorang muridnya pada satu hari di rumahnya. Murid itu kehairanan melihat keadaan rumah gurunya dan cara gurunya berpakaian. Semuanya kelihatan serba sederhana dan tidak menunjukkan ciri-ciri rumah dan cara berpakaian orang yang terkenal.


"Wahai guru, saya tidak faham mengapa seorang guru yang terkenal seperti kamu tinggal dan berpakaian seperti ini. Tidakkah sepatutnya kamu berpakaian dan tinggal di rumah mewah setanding dengan kemasyhuran dan kekayaan yang kamu miliki?"


Guru itu cuma tersenyum sambil melucutkan sebentuk cincin dari jarinya.


"Saya akan menjawab pertanyaan kamu tapi sebelum itu kamu perlu ambil cincin ini dan bawa ke pasar. Cuba kamu jualkan cincin ini dengan harga sekeping wang emas"


Melihat kepada keadaan cincin gurunya yang kusam, murid itu agak ragu-ragu.


"Sekeping wang emas? Saya tidak pasti cincin ini boleh dijual pada harga tersebut" kata murid itu lagi.


"Cubalah dulu. Manalah tahu kamu berjaya menjualnya pada harga tersebut" kata gurunya.


Murid itu lalu membawa cincin itu ke pasar. Dia bertanya kepada penjual kain, penjual sayur, penjual daging, penjual ikan dan lain-lain peniaga tapi tiada siapa yang mahu membeli cincin itu dengan harga sekeping wang emas. Murid itu kembali kepada gurunya dengan perasaan hampa.


"Wahai guruku, tiada siapa yang ingin membeli cincin ini dengan harga sedemikian. Paling mahal yang ditawarkan oleh peniaga-peniaga di pasar itu ialah sekeping wang gangsa"


Guru itu masih lagi tersenyum dan berkata, " Sekarang kamu bawa cincin ini kepada kedai emas di hujung jalan ini. Tunjukkan cincin tersebut kepada tukang emas di situ. Jangan kamu sebutkan harganya sebaliknya tanya tukang emas tersebut, berapa harga yang boleh ditawarkan untuk cincin ini"


Murid itu pun pergi ke kedai emas tersebut dan seketika kemudian pulang dengan muka yang berseri-seri.


"Wahai guruku, tukang emas itu menawarkan seribu keping wang emas untuk cincin ini. Saya bagaikan tidak percaya dengan harga itu"


"Wahai muridku, itulah jawapan kepada soalan kamu tadi. Seseorang itu tidak boleh dinilai dengan keadaan rumah tempat tinggalnya dan cara dia berpakaian. Hanya jauhari yang mengenal manikam. Permata dan emas dalam diri seseorang hanya boleh dilihat oleh mata hati, bukan mata kasar dan ia perlukan proses yang agak teliti untuk mengenalinya. Kita tidak boleh melihat permata dan emas dalam diri seseorang hanya dengan pandangan pertama (first impression). Seringkali kita tersilap membuat andaian. Sesuatu yang kita nampak luarannya seperti emas rupanya tembaga dan sebaliknya"

Kita Masih Istimewa & Bernilai


Seorang pensyarah berdiri di hadapan kelas. Beliau mengeluarkan sekeping wang kertas bernilai RM50. Kemudian dia bertanya kepada pelajar-pelajarnya.


"Siapa mahu wang ini?"


Kesemua pelajar mengangkat tangan.


"Saya akan beri wang ini kepada salah seorang daripada kamu tapi biar saya buat begini dulu kepada wang kertas ini"


Pensyarah itu lalu merenyukkan dan menggumpal wang kertas tersebut.


"Sekarang siapa yang masih mahu wang kertas ini?" tanya pensyarah itu kepada pelajar-pelajarnya.


Masih ada yang mengangkat tangan. Bukan senang nak dapat RM50 secara percuma. Kemudian pensyarah tersebut menjatuhkan wang kertas yang bergumpal itu ke lantai lalu memijak dengan kasut. Wang kertas itu sekarang menjadi lebih teruk keadaannya dari tadi, bergumpal dan kotor.


"Ada sesiapa yang masih mahukan wang kertas ini?"


Sungguh hairan, masih ada yang mengangkat tangan, bermakna masih ada yang mahukan wang kertas yang telah bergumpal dan kotor itu.


"Wahai pelajar-pelajarku, kamu telah mempelajari sesuatu yang amat bernilai hari ini, lebih bernilai dari wang kertas ini. Tidak kira apa yang telah saya lakukan kepada wang kertas ini tapi kamu masih mahukannya kerana kamu tahu nilai wang kertas ini tidak berubah walaupun keadaannya sudah menjadi teruk begini. Nilainya tetap RM50"


Sesungguhnya dalam kehidupan kita samada kita sedar atau pun tidak, kita pernah mengalami kejatuhan, kerenyukan dan disalut oleh debu-debu kekotoran disebabkan kesilapan yang kita lakukan atau disebabkan persekitaran yang tidak begitu meransang kita ke arah positif. Keadaan ini boleh menyebabkan kita berputus asa dan merasakan diri kita tidak berguna. Walau seteruk mana sekalipun keadaannya, kita mesti selalu ingat dan sedar bahawa kita masih bernilai dan nilai diri kita tidak pernah hilang. Bersihkan diri dari kekotoran, lurutkan diri dari segala renyukan dan gumpalan dan ingatlah kita masih bernilai kepada orang-orang yang kita sayang dan orang-orang yang menyayangi kita .

sumber: Precious Moments

Kisah si Miskin & si Kaya

Nabi Musa AS memiliki ummat yang jumlahnya sangat banyak dan umur mereka panjang-panjang. Mereka ada yang kaya dan juga ada yang miskin. Suatu hari ada seorang yang miskin datang menghadap Nabi Musa AS. Orang itu sangat miskin sehingga pakaiannya compang-camping dan sangat lusuh berdebu.

Si miskin itu kemudian berkata kepada Baginda Musa AS,

"Ya Nabiullah, Kalamullah, tolong sampaikan kepada Allah SWT permohonanku ini agar Allah S.W.T menjadikan aku orang yang kaya.

Nabi Musa AS tersenyum dan berkata kepada orang itu,

"Saudaraku, banyak-banyaklah kamu bersyukur kepada Allah SWT."

Si miskin itu agak terkejut dan kesal, lalu ia berkata,

"Bagaimana aku hendak banyak bersyukur, aku makan pun jarang, dan pakaian yang aku gunakan pun hanya satu lembar ini saja"!.

Akhirnya si miskin itu pulang tanpa mendapatkan apa yang diinginkannya. Beberapa waktu kemudian seorang kaya datang menghadap Nabi Musa AS. Orang tersebut bersih badannya juga rapi pakaiannya.

Ia berkata kepada Nabi Musa AS,

"Wahai Nabiullah, tolong sampaikan kepada Allah S.W.T permohonanku ini, agar dijadikannya aku ini seorang yang miskin, terkadang aku merasa terganggu dengan hartaku itu. "

Nabi Musa AS pun tersenyum, lalu ia berkata,

"Wahai saudaraku, janganlah kamu bersyukur kepada Allah S.W.T.

Lalu jawab orang kaya itu,

"Ya Nabiullah, bagaimana aku tidak bersyukur kepada Alah S.W.T?. Allah S.W.T telah memberiku mata yang dengannya aku dapat melihat. Telinga yang dengannya aku dapat mendengar. Allah S.W.T telah memberiku tangan yang dengannya aku dapat bekerja dan telah memberiku kaki yang dengannya aku dapat berjalan, bagaimana mungkin aku tidak mensyukurinya"

Akhirnya si kaya itu pun pulang ke rumahnya. Kemudian yang terjadi seterusnya ialah si kaya itu semakin Allah S.W.T tambahkan kekayaannya kerana ia selalu bersyukur. Dan si miskin menjadi bertambah miskin. Allah S.W.T mengambil semua kenikmatan-Nya sehingga si miskin itu tidak memiliki selembar pakaianpun yang melekat di tubuhnya. Ini semua kerana dia tidak mahu bersyukur kepada Allah S.W.T.


Semoga ada ruang yang diberikan oleh Allah, untukku merasai dan mensyukuri nikmat Allah S.W.T...

Artikel-Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terjemahan Bacaan AL-Quran Untuk Dihayati Bersama

Listen to Quran