Assalamualaikum.wrb
*ULANGKAJI MENGAJI*
*Dalam 13 rukun solat itu terdapat 3 rukun khusus*
*Ramai yang SOLAT tetapi ramai juga yang solat ikut-ikutan dan tidak berapa faham cara solat yang sebenar yang boleh menjejaskan sah solat kita*
*Rukun solat ada 13*
1. Niat
2. Berdiri dengan betul
3. Takbiratul ihram
4. Membaca Al Fatihah
5. Rukuk
6. I’tidal
7. Sujud
8. Duduk antara 2 sujud
9. Bacaan tahiyat akhir
10. Duduk tahiyat akhir
11. Selawat dalam tahiyat akhir
12. Salam
13. Tertib
*Dalam 13 rukun itu dipecahkan kepada 3 bahagian*
*I. Rukun Qalbi* iaitu rukun ke atas pekerjaan hati
*2. Rukun Fi’il* iaitu rukun ke atas perbuatan atau gerak kerja
*3. Rukun Qauli* iaitu rukun ke atas ucapan atau kata-kata di mulut.
Majoritinya ramai dari kita faham dan lulus 2 rukun pertama iaitu *Rukun Qalbi dan Rukun Fi’il* dan ramai yang melanggar *Rukun Qauli* terutamanya ke atas mereka yang menjadi makmum dalam solat.
*Kesalahan Rukun Qauli Yang Selalu Di Langgar Dalam Solat*
Ramai dari kita tidak kira samada ketika bersolat sendirian mahupun ketika berjemaah kita selalu *membaca bacaan-bacaan solat di dalam hati*
Kita ingat dengan bersolat begitu kita rasa kita sah tapi kita khuatir ianya tidak sah.
Ada juga yang seperti membaca di bibir tetapi rupa-rupanya hanya *bunyi angin yang keluar dari mulut yang tidak mengeluarkan bunyi bacaan* (Hanya bunyi angin sahaja).
*5 Rukun Qauli yang selalu kita langgar di dalam solat*
*1. Tidak takbir ‘Allahu Akbar’ dengan menyebut atau melafaz jelas di bibir*
*2. Tidak membaca Al Fatihah secara lafaz*
*3. Tidak membaca Tahiyat Akhir secara lafaz*
*4. Tidak membaca selawat secara lafaz di rakaat terakhir*
*5. Tidak memberikan salam ‘Assalamualaikum Warahmatullah’ dengan secara lafaz*
*Apa Maksud “Menyebut Dan Melafaz” ?*
Dalam Rukun Qauli kita perlu menyebut atau melafaz bacaan yang perlu kita sebut dan lafazkan sehingga terdengar pada telinga kita sendiri.
Cukup sekadar untuk telinga kita sendiri dan tidak wajib ke atas semua bacaan solat tetapi pada *5 tempat*
*1. Semasa Takbiratul Ihram*
*2. Semasa membaca Al Fatihah*
*3. Semasa Tahiyat Akhir*
*4. Semasa membaca selawat pada rakaat terakhir*
*5. Semasa lafaz salam*
Oleh itu, perbaiki segera 5 Rukun Qauli ini untuk menjadikan solat kita sah dan sempurna.
Jika solat yang selama ini kita lakukan tidak sempurna atau tidak sah, perlulah kita segera:
1. Taubat mohon keampunan dari Allah dan jangan di ulagi lagi kesalahan yang sama
2) Tuntut ilmu, belajar, ulangkaji, jangan melenting apabila di tegur, perbaiki diri dan kesilapan lalu..
*Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Pengampun*
Carilah ilmu yang sebenar dan beramal dengannya agar tidak rugi di dunia apatah lagi di akhirat nanti.
*Sebarkan kebaikan*
*Kongsikan kebahagiaan*
Carian Artikel di sini
Showing posts with label Solat. Show all posts
Showing posts with label Solat. Show all posts
Tuesday, October 17, 2017
Rahsia Khusyuk Menurut Imam aI-Ghazali rahimahullah
Menurut Imam al-Ghazali, untuk menghadirkan rasa khusyuk dalam solat, ada enam perkara yang perlu kita lakukan:
Pertama: Hudhur aI-Qalbi (حضور القلب);
menghadirkan hati kita ketika menunaikan solat iaitu dengan membuang daripada hati segala yang tidak berkaitan dengan solat kita.
Kedua: At-Tafahhum (التفهم);
berusaha memahami segala perkara yang dilakukan dalam solat sama ada perbuatan atau bacaan yang diucapkan.
Ketiga: At-Ta'zhim (التعظيم)؛
merasai kebesaran Allah SWT iaitu dengan merasakan bahawa diri terlalu kerdil di hadapan Allah.
Keempat: AI-Haibah (الهيبة)؛
berasa gerun terhadap keagungan Allah SWT dan seksaan-Nya.
Kelima: Ar-Raja' (الرجاء);
sentiasa menaruh harapan besar kepada Allah SWT mudah-mudahan solat yang dikenakan akan diterima dan diganjari oleh Allah SWT.
Keenam: Al-Haya' (الحياء);
berasa malu terhadap Allah SWT di atas segala kekurangan dan kecacatan yang terdapat dalam solat.
(Kitab Ihya 'Ulumuddin dalam Bab Rahsia Solat dan Kepentingannya)
Thursday, March 3, 2016
Syarat-syarat Layak, Sah Solat Jamak dan Qasar
Allah SWT memberi dua kemudahan kepada orang yang bermusafir untuk melaksanakan solat iaitu JAMAK dan QASAR.
Untuk seseorang itu mendapat kelayakan rukhsah(keringanan) solat musafir(jamak dan qasar) mestilah menepati beberapa syarat. Berikut adalah syarat-syarat yang dimaksudkan:
Pertama: Mestilah berada di dalam keadaan bermusafir iaitu perjalanan ke destinasi sekurang-kurangnya dua marhalah.
Kedua: Perjalanannya telah melepasi pagar qaryah(boleh diterjemahkan sebagai kawasan kampung, taman perumahan, mukim atau daerah mengikut uruf setempat).
Ketiga: Tidak mengikuti imam solat yang bermukim jika ingin mengqasarkan solat.
Keempat: Tidak berniat menetap selama empat hari atau lebih di tempat yang dituju selain pada hari mula sampai dan pada hari akan keluar dari destinasi.(Rujuk: al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafi’ie, Jilid 1, Bab Solat Musafir)
HUKUM YANG DISALAH ERTI
Syarat ke-4 merupakan perkara yang PALING DISALAH ERTIKAN oleh ramai orang. Sehingga mereka menyangka jika sudah merancang untuk menetap di sesuatu tempat (contohnya) 2 minggu, maka menyangka masih boleh menjamak dan mengqasarkan solat dalam tempoh tiga hari. Sedang ia adalah sangkaan yang salah dan tidak bertepatan dengan apa yang termaktub di dalam kitab-kitab Fiqh Mazhab Syafi’ie.Jika seseorang yang menetap (contohnya) di Shah Alam merancang untuk berada (contohnya) di Kota Bahru selama 7 hari. Maka dia hanya dibenarkan untuk menjamak dan qasar ketika dalam perjalanan sahaja dan setibanya di destinasi dia sudah menjadi orang yang bermukim.
MENGAPA TIDAK BOLEH LAGI JAMAK DAN QASAR?
Ini kerana apabila seseorang itu berazam untuk menetap (contohnya) di Kota Bahru lebih dari 3 hari, ini bermakna ia telah berniat bermukim di destinasi itu. Apabila dia sampai ke destinasi tersebut maka dia sudah mendapat status orang yang bermukim bukan lagi musafir. Sedangkan rukhsah(keringanan) solat musafir hanya diizinkan oleh Allah Ta’ala bagi orang yang berstatus musafir, sepertimana Allah berfirman di dalam surah al-Nisa’, ayat 101:وإذا ضربتم في الأرض فليس عليكم جناح أن تقصروا من الصلاة} النساء: 101} Maksudnya: “Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa "mengqasarkan" (memendekkan) sembahyang jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir.”Permasalahan ini telah dijelaskan oleh Imam al-Nawawi Rahimahullah di dalam karangannya ‘Mihaj al-Tolibin’, menurut beliau:ولو نوى إقامة أربعة أيام بموضع انقطع سفره بوصوله، ولا يحسب منها يوما دخوله وخروجه على الصحيح Maksudnya: “Jika seseorang berniat mukim(iqamah) selama 4 hari di destinasi maka terputus (hukum) musafirnya dengan ketibaannya (di destinasi) dan tidak dikira dari tempoh itu hari dia masuk (ke destinasi) dan keluar (dari destinasi) menurut pendapat yang sahih.”Menurut kenyataan Imam Nawawi di atas, tempoh seseorang itu mendapat status mukim ialah 4 hari, jika seseorang itu berazam atau berniat untuk menetap (contohnya) Kota Bahru selama 3 hari atau kurang dari itu, maka dia masih boleh melakukan solat musafir(jamak & qasar) selama tempoh itu walaupun sudah sampai atau berada di destinasi. Ini kerana dia masih dalam keadaan musafir .
APAKAH MAKSUD ‘TIDAK TERMASUK HARI KELUAR DAN MASUK’?
Menurut mazhab Syafi’ie, tempoh untuk menentukan seseorang itu berstatus mukim ialah menetap di sesuatu tempat selama 4 hari atau lebih, tetapi tidak dikira hari perlajanan ke destinasi dan hari pulang. Sebagai contoh:Ahmad akan bercuti di Kota Bahru selama 7 hari iaitu dari hari Isnin hingga Ahad. Menurut perancangan, Ahmad akan bertolak dari Shah Alam pada hari Isnin dan akan bertolak pulang dari Kota Bahru pada hari Ahad. Jadi tempoh sebenar Ahmad berada di Kota Bahru ialah 5 hari setelah tolak hari pergi dan pulang. Menurut kiraan tersebut, Ahmad secara otomatik telah berniat bermukim di Kota Bahru iaitu lebih dari 3 hari. Dengan ini, setiba Ahmad di Kota Bahru beliau tidak boleh lagi solat musafir.
APAKAH DALIL MAZHAB SYAFI’IE TENTANG TEMPOH MUKIM BERDASARKAN 4 HARI?
Ia berdalilkan sepotong riwayat yang diriwayatkan di dalam Sahih Imam Bukhari dan Muslim(dengan lafaz Imam Muslim):عن الْعَلَاءَ بْنَ الْحَضْرَمِيِّ، يَقُولُ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «لِلْمُهَاجِرِ إِقَامَةُ ثَلَاثٍ بَعْدَ الصَّدَرِ بِمَكَّةَ»، «كَأَنَّهُ يَقُولُ لَا يَزِيدُ عَلَيْهَا»
Maksudnya: Saidina al-‘Ala bin al-Hadrami Radiyallahu ‘anhu berkata, ‘aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda’, “Mukim bagi Muhajir selama 3 hari di Mekah selepas kembali dari Mina”, 'Seolah-olah Baginda menyatakan tidak lebih dari tempoh itu'.
BAGAIMANA PULA RIWAYAT NABI PERNAH MENGQASARKAN SOLAT LEBIH DARI 3 HARI?
Terdapat riwayat sahih yang menunjukkan baginda pernah mengqasarkan solat ketika musafir lebih dari 3 hari. Ini seolah-olah pada zahirnya, mazhab Syafi’ie bertentangan dengan Sunnah. Riwayat yang dimaksudkan ialah:عن عمران بن حصين رضي الله عنه قال: "غزوت مع رسول الله صلى الله عليه وسلم ، وشهدت معه الفتح، فأقام بمكة ثماني عشر ليلة، لا يصلي إلاّ ركعتين". رواه أبو داود Maksudnya: Saidina Imran bin Husain Radiyallahu ‘anhu berkata, “Kami pergi berperang bersama-sama Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam dan aku menyertai Baginda ketika pembukaan kota Mekah, lalu Baginda menetap di Mekah selama 18 hari dan Baginda tidak mengerjakan solat melainkan dua rakaat(qasar)”. (Hadith riwayat Imam Abu Daud).
Pendirian mazhab Syafi’ie mengenai hadith ini, apabila seseorang berniat tinggal di sesuatu tempat yang TIDAK PASTI TEMPOH MENETAP di sesuatu tempat kerana MELAKUKAN TUGAS YANG BELUM TENTU TAHU BILA SELESAINYA, maka dia boleh mengqasarkan solat sehingga 18 hari tidak termasuk hari pergi dan pulang. Berdasarkan hadith di atas, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam telah menetap selama tempoh tersebut pada tahun pembukaan kota Mekah kerana memerangi puak Hawazin dan Baginda mengqasarkan solatnya kerana Baginda tidak pasti berapa lama Baginda terpaksa tinggal di situ. (Rujuk: al-Fiqh al-Manhaji atau Ifadah al-Raghibin)
Isu ini juga dijelaskan oleh Imam al-Nawawi di dalam ‘Minhaj al-Tolibin’">ولو أقام ببلد بنية أن يرحل إذا حصلت حاجة يتوقعها كل وقت قصر ثمانية عشر يوما, وقيل: أربعة، وفي قول: أبدا. Maksudnya: “Jika seseorang menetap di sebuah negeri dengan niat bahawa dia akan meninggalkan (negeri itu) jika tercapai hajatnya(selesai sesuatu urusan) seperti yang dijangkakan, maka dia boleh qasar setiap waktu selama 18 hari. Ada pendapat lain selama 4 hari, juga terdapat qaul menyatakan selama-lamanya.”Walaubagaimana pun, pendapat yang muktamad di sisi Mazhab Syafi’ie ialah tidak lebih dari 18 hari iaitu tidak termasuk hari pergi dan pulang.
Thursday, May 24, 2012
OLEH SEBAB SYAITAN , DOSA DIAMPUNKAN.
Seorang lelaki muda bangun di awal pagi untuk solat subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudu' dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan lelaki itu jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudu', dan, berjalan menuju masjid.
Dalam perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama. Dia sekali lagi bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di rumah, dia sekali lagi berganti baju, berwudu' dan berjalan lagi menuju masjid.
Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu. Dia menyapa lalu lelaki itu menjawab, "Saya melihat kamu jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan kamu." Lelaki muda mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.
Saat sampai di masjid, lelaki muda itu mengajak teman barunya yang membawa lampu untuk masuk bersolat subuh bersamanya. Lelaki tadi menolak. Berkali-kali diajak tetapi jawapannya sama.
Lelaki muda bertanya, kenapa menolak untuk masuk bersolat. Lelaki pembawa lampu menjawab: "Aku adalah Syaitan!"
Lelaki muda itu sungguh terkejut..
Syaitan menjelaskan, ''Saya melihat kamu berjalan ke masjid, dan sayalah yang membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah mengampunkan semua dosamu. Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan itupun tidak membuatmu merubah fikiran tetapi tetap kembali ke masjid.
Kerana itu, Allah mengampunkan dosa seluruh keluargamu. Saya bimbang jika saya membuatmu jatuh ketiga kalinya, mungkin Allah akan mengampunkan dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahawa kamu sampai di masjid dengan selamat."
Wednesday, May 23, 2012
Wahai Lelaki!! Pergilah Solat Berjemaah
PERGI STADIUM TENGOK MALAYSIA LAWAN KENE BAYAR WALAUPUN JAUH SANGGUP PERGI.TAPI PERGI MASJID BERJEMAAH PERCUMA JE , DEKAT LAGI, ITU PUN JARANG-JARANG PERGI.
Berdasarkan Hadis Rasulullah saw :
"Barangisapa yang mendengar azan dan tidak pergi menunaikan solat berjemaah tanpa sesuatu sebab yg menghalangya (unzur) daripada menyertai solat berjemaah maka solat yg dikerjakannya itu tidak akan diterima"
-Riwayat Imam Abu Daud dan Ibnu Hibban-
Sabda Baginda saw lagi :
"Sesungguhnya aku benar-benar berhasrat untuk menyuruh anak-anak muda mengumpul kayu api untukku,kemudian aku ingin membakar rumah mereka yang solat di rumah tanpa keunzuran"
-Riwayat Imam Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah dan Tirmizi-
-Allah sangat gembira apabila melihat hambaNya di dalam saf solat berjemaah.
-Allah MEMURKAI sesiapa yang mendengar azan tetapi tidak pergi berjemaah di masjid.
-Pahala bagi solat berjemaah sebenarnya bermula ketika keluar menuju masjid hingga selesai solat. Seterusnya ganjaran itu berlanjutan sehingga kita tiba di rumah semula.
-Allah SWT menjadi saksi mereka yang sentiasa memakmurkan masjid adalah golongan memiliki keimanan ( Sahih Tafsir Ibn Kathir )
-Hanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid Allah SWT ialah orang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan sifat sedemikian) maka diharapkan mereka menjadi golongan yang mendapat petunjuk.” (Al-Taubah ayat ke-18)
Lihatlah betapa besar ganjaran Allah bagi sesiapa yang pergi menunaikan jemaah di masjid tetapi ada lagi yang masih tidak mengambil peluang dengan ganjaran tersebut. Mereka itu adalah golongan yang benar-benar rugi dan akan menyesal di akhirat.
Subscribe to:
Posts (Atom)