Carian Artikel di sini

Showing posts with label Dajjal. Show all posts
Showing posts with label Dajjal. Show all posts

Saturday, March 31, 2012

Cara Asif Memindahkan Istana Balqis


Artikel ini adalah sebagai membahaskan hujah Muhammad Isa Dawud tentang penggunaan tenaga cahaya dalam operasi pemindahan Istana Balqis oleh Asif Bin Barqiya.
Artikel ini juga ingin menyatakan ‘tidak setuju’ akan pendapat bahawa Asif telah menggunakan tenaga cahaya. Hujah ini bukanlah kajian baru, tetapi hujah yang diambil dari kitab kajian-kajian ulama’-ulama’ tasawuf terdahulu.
Dalam bukunya (Muhammad Isa Dawud) yang bertajuk, “Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin Di Segitiga Bermuda”, dengan panjang lebarnya menerangkan akan teknologi cahaya yang telah dicapai sejak zaman silam.
Penerangan ini mencakupi pelbagai sudut dan intipati bermula dari beberapa kiraan kelajuan cahaya, kenderaan UFO sehinggalah kepada kesimpulan bahawa Asif Bin Barqiya telah menggunakan cahaya.
(kami sendiri berasa hairan mengapa MID tidak menggunakan kitab tasawuf untuk membahas soal Asif bin Barqiya, mustahil beliau tidak mengetahui. Namun mungkin beliau ada sebab-sebab tertentu yang tidak dapat kita fikirkan. Mudah-mudahan Allah melimpahi rahmat dan kesihatan atasnya untuk terus menulis)
Sebenarnya Asif Bin Barqiya bukanlah seorang saintis, tetapi beliau adalah ahli sufi, ahli tasawuf dan pengamal tarekat dengan ilmu-ilmu laduni yang tak terkira banyaknya.
Biografi Asif Bin Barqiya hanya dapat diperoleh melalui kitab-kitab pengajian tasawuf dan kelas-kelas tarekat sama ada di Timur Tengah, Pattani, Malaysia atau Indonesia. Bagi sesiapa yang pernah menyertai kumpulan-kumpulan tarekat Shatriyah atau Ahmadiah, sudah pasti guru-guru tarekat tidak terlepas mendedahkan tentang hal Asif yang zuhud ini.
Bagaimana Asif Memindahkan Istana Balqis?
Sebelum menjawab soalan di atas adalah lebih baik kita renung semula ayat al-Quran berikut:
“Hai pembesar-pembesar siapakah diantar kamu sekelian sanggup membawa singgahsananya kepada ku sebelum mereka datang kepada ku sebagai orang-orang yang berserah diri.”
“Berkata Ifrit (yang cerdik) itu dari golongan jin, aku akan datang kepada ku dengan membawa singgahsana itu kepada mu sebelum kamu berdiri dari tempat dudukmu; sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk membawanya lagi dapat dipercayai. Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu dari al-Kitab; “Aku akan membawa singgahsana itu kepada mu sebelum matamu berkedip.”
“Maka tatkala Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di hadapannya, ia pun berkata; “Ini termasuk kurniaan Tuhanku untuk menguji aku, apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmat-Nya) . Dan barang siapa bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri. Dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia.” (An-Namli, ayat 38-40)
Jawapannya ialah;
Cara Asif memindahkan Istana Balqis cukup mudah iaitu dengan niat di dalam hati sahaja. Walaupun Asif hanya sekadar berniat, tetapi “niat” yang dicetuskan dalam hati Asif tidak sama dengan cara kita orang biasa berniat.
Niat yang didetikkan oleh Asif sebenarnya “berkaedah”. Dan ia sejenis kaedah teknologi yang berkaitan amalan-amalan tarekat dalam ilmu tasawuf.
Niat beliau telah disokong oleh suatu teknologi tasawuf yang diberi namaKeramat Dunia Ke-19.
Dalam kitab Lum’atul Aurad karangan Wan Ali Bin Abdul Rahman Al-Kelantani ada membahaskan bahawa ketika Asif berniat ‘menghadirkan’istana Balqis, Asif telah menyertakan sekali dalam niatnya kalimah “Yaa zaljalaa..liwal ikram…”.
Ulama’-ulama’ tasawuf keseluruhannya menyetujui bahawa martabat teknologi yang dimiliki Asif adalah antara tertinggi dikalangan manusia biasa (tidak termasuk Nabi & Rasul). Teknologi keramat Asif sudah berada di puncak teknologi tasawuf yang dinamakan capaian akhir “Kun fayakun”.
Perbahasan panjang lebar tentang martabat-martabat keramat seperti ini juga boleh didapati dalam kitab Syarah Hikam dan Sairus As-Salikin.
Apakah Keramat Dunia KE-19?
Keramat Dunia Ke-19 atau ringkasnya KDK-19 ialah suatu martabat ilmu yang dianugerahkan Allah SWT kepada insan-insan yang telah mencapai tahap kekasih Allah. Sesiapa sahaja boleh memperolehnya asalkan bertaqwa, berzuhud, bertarekat dan beramal soleh.
KDK-19 tidak boleh diperoleh hanya dengan kuat beribadat dan berzikir. Terdapat kaedah-kaedah tertentu yang mesti diikuti dan dipandu oleh guru tarekat yang mursyid untuk memperolehnya.
Keramat Dunia Ke-19 bermaksud sesiapa yang memilikinya akan mampumenghadirkan atau mengadakan sesuatu benda, kejadian atau tingkahlaku hanya dengan niat di dalam hati. Dalam erti kata lain apa yang terlintas di hati akan dimakbulkan Allah.
Peringkat-Peringkat Keramat Dunia
Di dalam kitab tasawuf telah diterangkan dengan nyata akan KDK-1 hingga KDK-20. KDK boleh diringkaskan sebagai visi akhir seseorang ahli tarekat. Tetapi ada juga ahli tarekat yang tiada langsung mendapat KDK ini, cuma sekadar mendapat keramat-keramat yang biasa seperti menyembuhkan penyakit, berkomunikasi jarak jauh atau berjalan di atas air.
Berikut ialah senarai teknologi KDK yang menjadi rebutan ahli-ahli tarekat:
KDK-1 : Peringkat ini Allah amat kasihkan dan memuji-muji nama mereka (ahli tasawuf). Alangkah bertuah dan mulianya mereka ini kerana sentiasa dipuji Allah.
KDK-2 : Allah sendiri mengucap terima kasih kepada mereka. Sekiranya kita diucap terima kasih oleh seorang yang hina pun sudah cukup baik, apatah lagi jika Allah sendiri yang mengucapkannya.
KDK-3 : Allah Taala sangat kasih dan cinta akan mereka. Jika seorang raja mencintai kita sudah cukup untuk kita bermegah dan mendapat faedah, apatah lagi raja sekian alam sendiri yang cintakan kita.
KDK-4 : Allah Taala sendiri menjadi wakil untuk mengurus urusan mereka.
KDK-5 : Allah Taala menjamin rezeki ke atas mereka ke mana sahaja mereka pergi.
KDK-6 : Allah Taala mengawal tubuh badan mereka dari disakiti musuh.
KDK-7 : Allah Taala menjadi sahabat teman setia mereka.
KDK-8 : Ahli sufi berjiwa besar dan tidak terasa terhina membuat kerja-kerja yang tidak disukai orang. Malah mereka tidak suka ditolong orang hatta raja sekalipun.
KDK-9 : Tinggi hemah dan kezuhudan seta tidak sedikit pun ternoda dengan kemegahan dunia.
KDK-10 : Kaya hati, tenteram dan aman. Tidak terkejut dengan kekayaan baru yang datang dan tidak pula susah hati bila ditimpa kemiskinan.
KDK-11 : Bersinar-sinar nur hati mereka hingga dapat memberi petunjuk kepada orang ramai tentang ilmu-ilmu rahsia, hikmat-hikmat yang tidak dapat diberi oleh manusia biasa.
KDK-12 : Sentiasa berlapang dada sehingga bala yang besar tidak mampu langsung menggundah-gulanakan jiwa mereka.
KDK-13 : Wajah mereka sentiasa terpancar sinar kehebatan dan mampu merebahkan orang yang melihat atau musuh yang mendekati hatta raja yang zalim sekali pun.
KDK-14 : Allah Taala melimpah keberkatan pada segala pergerakan tubuh dan perilaku mereka seperti tempat tidur, bekas makan dan tempat duduk sehingga diambil orang untuk keberkatan. Malah yang bersahabat dengan mereka juga mendapat tempias ilmu-ilmu keramat mereka.
KDK-15 : Mereka menguasai lipat jalan bumi, udara dan air sehingga jika dikehendaki terbang di udara atau menyelam di laut dalam nescaya diperkenankan Allah.
KDK-16 : Mereka dapat menunduk dan menjinakkan segala jenis binatang buas malah binatang itu dapat dijadikan khadam suruhan pula.
KDK-17 : Mereka dianugerahkan perbendaharaan bumi. Sekiranya mereka mengkehendaki harta karun itu timbul dari perut bumi nescaya berlaku. Mereka juga mampu mendatangkan rezeki (makanan) sendiri jika terasa kelaparan.
KDK-18 : Mereka menjadi tumpuan orang ramai Kepada orang yang berhajat berkasih kepada Allah wajarlah dijadikan mereka ini sebagai wasilah. Berkhadamlah dengan mereka ini mudah-mudahan akan sampai makrifat kepada Allah.
KDK-19 : Apa sahaja yang terlintas di hati atau tergerak lidah untuk meminta sesuatu hajat nescaya tercapailah hajat mereka.
KDK-20 : Terjatuh mesra kasih orang ramai apabila terpandang mereka.
Kesimpulan
Dajjal tahu siapa Asif bin Barqiya, apa kehebatannya dan ini bukan sesuatu jangkaan kerana Dajjal mampu mendapat maklumat berikut melalui Iblis laknatullah. Cuma Dajjal itu tidak mampu meniru dan mencipta ilmu tasawuf kerana ia ilmu makrifat yang berkaitan kezuhudan hati.
Dajjal tidak mampu mencipta teknologi ini kerana ia berasaskan wirid dan zikir. Zikir tidak boleh dilihat kehebatannya, ianya hanya boleh didengar.
Menyedari kekurangan ini Dajjal terpaksa berhempas pulas menggunakan tenaga elektrik dan cahaya untuk menandingi ilmu tasawuf ini. Eksperimen Phildephia sudah menjalani beratus-ratus ujian tanpa diketahui.
Ini bukanlah bermakna Dajjal masih diperingkat tenaga elektrik, Dajjal sudah pun mempunyai teknologi cahaya yang digunakan UFO. Cuma Dajjal belum bersedia menimbulkan teknologi itu di tengah-tengah masyarakat sekarang kerana ia belum sesuai.
Kejayaan menggunakan cahaya akan berlaku juga seperti kejayaan memunculkan gambar di skrin televisyen zaman dahulu. Idea teknologi ini akan didetikkan di otak salah seorang terpilih (the chosen one) tidak lama lagi.
Dengan terhebahnya teknologi itu kelak maka hampirlah saat perang dunia akhir zaman.
P/S : Maklumat ilmu tasawuf adalah sesuatu yang sensitif bagi masyarakat yang tiada ilmu zaman sekarang ini. Bagi yang berminat mengetahuinya dengan lebih lanjut hendaklah menanyakan sendiri kepada tuan guru-tuan guru di mana-mana sekolah pondok. Jangan sesekali menanyakan ilmu ini di internet walaupun ada ustaz-ustaz yang membuka ruang bicara secara online

Tuesday, November 8, 2011

Salam Peringatan




(Artikel dipetik dari Page Dinar Emas)
Nota Ditulis Oleh:
-Megat Panji Alam-

Salam Perkenalan & Salam Peringatan
Assalamualaikum semua...
Nama saya Megat Panji Alam...
Saya tak pandai bidang FB.
Namun, saya arif melihat dunia ini sesuai dengan cara saya menjelingnya.
Semoga nota ini dapat diapungkan oleh skuad Dinar Emas di page mereka untuk menyampaikan mesej.

Hadirin pembaca sekalian,
saya adalah orang yang empunya yang bertanggungjawap,
terhadap 1 Artikel Berat yang sedang merebak ke seluruh dunia hari ini.
Dan artikel yang saya maksudkan ialah:
Keringnya Tasik Galilee  = Turunnya Nabi Isa
Kajian saya ini telah mendapat liputan luas sehingga berjuta2 umat di dunia,
sehinggakan pihak Jabatan Agama Negeri tidak memaparkannya ke khalayak ramai,
barangkali kerana asbab supaya tiidak terhasil suasana panik & sedia harmoni sekarang ini,
walaupun hasil kajian saya tidak pula pernah dilabelkan sebagai salah apakan lagi sesat.
Awak semua boleh lah mengakses google.com ,
dan tulis perkataan ini ---> Keringnya Tasik Galilee
kemudian enter !!!
dan anda semua akan perhatikan beribu2 website & beribu2 forum & beribu2 blog
sedang pantas mengedarkan Salam Peringatan saya ini,
semenjak 3 tahun yang lepas lagi...
tahukah anda...
proses liputan meluas ini saya lebih senang menafsirkannya sebagai...
mereka ini sedang menyebarkan SIGNAL ALLAH YANG LIVE ke website pilihan mereka,
iaitu secara mereka sendiri pun tak sedari...
Artikel asli & original hasil kajian peribadi ini telah saya abadikan di website berikut:
/////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////
Alamat:
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=98049
/////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////
Dan dari website ini lah,
artikel ini merebak ke seluruh dunia sampai ke mana sahaja anak2 Melayu berada di planet ini.
dan untuk makluman anda sidang pembaca,
saya membebaskan artikel ini di saat facebook tak wujud lagi di Asia Tenggara,
walaupun ketika itu facebook telah mula popular di USA.

Tuan-puan...
saya telah dijemput secara peribadi untuk memberi sumbangan artikel di page Dinar Emas ini.
besarlah harapan saya sekiranya saya masih sihat untuk lakukannya.
saya mencadangkan agar diwujudkan 1 slot sesi soal jawap supaya semua orang boleh bertanya,
dan setiap soalan dan jawapan akan diabadikan dalam slot itu,
supaya soalan ulangan tidak disebut sama di kemudian masa.
Saya melihat teknologi FB ini 1 medium yang bahaya telah disediakan oleh seorang Yahudi,
yang terang2 menjalinkan hubungan dengan pertubuhan CIA melalui payung Iluminati,
tajaan ejen Dajjal Mata 1 tanpa ramai sedari walaupun ramai yang tahu.
Kenapa saya join FB ?
- supaya saya dapat selamatkan ramai anak2 muda
- anak2 muda adalah aset perjuangan baginda di masa hadapan
- FB adalah lubuk si mata 1 untuk menghimpunkan manusia
- dari lubuk ini lah saya hendak masuk sama2 dan tarik seberapa ramai keluar
Nabi pernah pesan yang Al-Masih Dajjal akan sediakan sebatang sungai...
di tangan kanannya adalah syurganya...
di tangan kirinya adalah nerakanya...
pesan nabi...
((( pilihlah nerakanya )))
kerana di nerakanya itu terdapat sejuknya sungai yang dimaksudkan !!!
Internet adalah sungainya wahai anak2 muda...
teknologi ini telah disihirkan...
ya...
teknologi yang ada MONITOR berwarna-warni ini mempunyai SIHIR,
SIHIR ini sangat berkesan walaupun dengan ketibaan bulan Ramadhan !!!
SIHIR ini hanya boleh ditandingi dengan 1 teknologi yang nabi wariskan,
iaitu...
((( Anti-Sihir)))
saya mendapat tahu yang Dinar Emas ini mentornya ialah Sheikh Imran Hosein.
Dan saya tertarik dengan saranan beliau berkenaan SURAH AL-KAHFI.
Tahukah anda,
anda akan diliputi gelombang ANTI SIHIR bagi sesiapa yang mengamalkan surah ini.
Tahukah anda,
sekiranya hari ini hari Jumaat,
dan anda baca Surah Al-Kahfi dari ayat pertama sampai ayat penghabisan,
seluruh diri anda zahir & batin akan dilindungi dengan FITNAH AL-MASIH DAJJAL ?
Anda selalu digambarkan dengan fitnah besar si Dajjal bukan ?
adakah anda rasa fitnah dajjal ni ibarat,
seperti pawang2 yang hensem seperti David Copperfiield ?
Boleh terapung2 di khalayak ramai dan boleh tiba di KL dalam masa 1 saat dari bandar New York ?
Adakah anda fikir seperti itu fitnah si mata 1 itu ?
Jawapannya = Tidak
(saya rasa di page DE sedang terbitnya Kitab Memintas Dajjal, saya rasa itu sudah cukup untuk anda)

Bila anda menguasai ilmu ANTI SIHIR,
maka hati anda tidak terpaut pada benda2 yang disihirkan.
Sebagai contoh...
dulu kanak2 era 80 han sangat kuat disihir dalam bentuk hiburan,
walaupun mereka pagi2 pergi kelas mengaji,
tapi bila tiba pukul 5 petang pukul 6 petang,
seolah2 minda mereka disuruh mengadap kaca TV sebab nak tengok kartun, contohnya:
-ultraman, doraemon, gaban, suria perkasa hitam, cun li, cybercorp, heman,
Sihir & fitnah Al-Masih Dajjal sentiasa dikemaskini,
sesuai dengan isi BUKU TERBITAN SAYA iaitu Tamadun Yakjuj Makjuj,
untuk membuktikan perkara ini benar,
rata2 manusia hari ini sudah tidak minat menonton TV lagi,
kalaupun mereka menonton TV adalah asbab melihat berita2 besar & drama2 sahaja,
baki masa mereka yang terluang akan dihabiskan dengan INTERNET,
ya...
INTERNET adalah sihir halus yang telah dilepaskan di MONITOR BERWARNA-WARNI.
Dan sihir ini sangat berkesan,
bila ia kena pada penggunaanya dan timingnya,
dan saya melihat tidak ada 1 orang pun anak2 muda hari ini yang tiada akaun facebook.
Di sini saya ingin ingatkan anda...
facebook adalah medium untuk menarik seramai mungkin wanita mengikut Dajjal.
Ingat pesan saya...
Dajjal tahu manusia bukan bodoh macam binatang...
Dan...
Orang islam terang2 tahu yang mereka takkan ikut Dajjal kalau dajjal depan mata !!!
Tetapi...
Dajjal akan cipta 1 sistem di mana dia boleh menyebabkan hampir seluruh umat manusia ikut dia,
hatta jin sekali pun (pada alam mereka)....
dan sistem yang saya maksudkan telah saya pintas melalui BUKU saya,
iaitu Tamadun Yakjuj Makjuj di alamat:
www.rahsiadunia.com/ebook.html

Sebab itulah nabi pesan kita supaya memilih neraka Dajjal,
kerana di dalamnya ada kurnia syurga yang nabi harap supaya kita dapatkannya.
Nampaknya apa yang nabi cakap dah pun jadi.
Fitnah yang nabi cakap tu bukan macam sihir David Copperfield wahai tuan-puan,
anda semua duduk dalam tamadun yang canggihmoden  macamni pun,
kalau still tak paham2 apa fitnah Dajjal yang nabi maksudkan,
nampaknya semakin jauhlah anda disihirkan.
Salah 1 nya ialahteknologi internet melalui facebook.
Apa itu SIHIR ?
Sihir ialah 1 alat ghaib yang disediakan "tuannya" supaya hasil tujuan alat ini,
dapat menyebabkan si mangsa itu sangat rapat dengan objek yang disihirkan itu,
dan saya senang untuk mengatakan facebook ada sihirnya tersendiri.
Untuk menguatkan hujah saya ini,
saya tertarik dengan salah 1 wawancara Zaim dengan Paderi,
dalam salah 1 sesi perbualan dalam Artikel Vatican,
harap pihak admin DE boleh paparkan gambar ini:
dan buktinya ialah,
semakin ramai wanita menyukai laman soSIAL facebook,
kajian dalam buku saya,
sangat selari dengan perbualan di bawah ni.


Untuk pengetahuan anda,

apa yang ada di internet itu hanyalah sedikit dari banyak rahsia-rahsia dunia yang belum
lagi didedahkan. Maka dengan hasrat saya sebagai penulis & hasrat saudara-saudari
semua sebagai peminat kepada siri artikel TASIK GALILEE, maka diterbitkan siri ebook
tentang pembongkaran akhir zaman “Keringnya Tasik Galilee”.
/////////////////////////////////////////////////////////////////////////////
Buku itu anda boleh dapatkan di alamat yang telah tertera di:
www.rahsiadunia.com/ebook.html
/////////////////////////////////////////////////////////////////////////////
Tahniah saya ucapkan kepada anda kerana diri anda semakin dekat untuk mengenali
apakah yang sebenarnya telah terjadi di planet bumi ini, dalam bentuk pemerintahannya,
ekonominya, agendanya, politiknya, dan maksud tersiratnya.
Kehadiran saya yang dijemput melalui teknologi yang manusia nikmati hari ini,
seharusnya menjadikan anda sebagai pemiliknya nekad untuk mencari jalan keluar
dari terus berada di dalam kepompong syurga yang akan saya tafsirkan dalam buku ini
sebagai sebahagian dari “Tamadun Yakjuj & Makjuj”.
Sebagai ketua keluarga & anak-anak yang bertanggungjawap,
anda wajib menyelamatkan diri anda dan keluarga anda
dari bencana api neraka di alam akhirat yang kekal abadi.

Dengan kehadiran artikel2 penting yang tak mungkin diajar oleh tok imam di surau2,
mahupun tak mungkin diajar di dalam kelas2 mahupun kuliah2,
sepatutnya kehadiran zaman moden yang boleh membuktikan kata2 Nabi ini,
menjadi tanggungjawap anda pula untuk menyelamatkan diri anda dan keluarga anda
dari bencana fitnah Dajjal melalui pengaruh “Tamadun Yakjuj & Makjuj”,
dan selemah-lemah teguran yang bakal kita lakukan
demi kasih sayang kita pada keluarga kita ialah dengan cara berdoa,
dan itulah selemahlemah daya kita.
Hal ini hanya berlaku sekiranya anda mendapati proses teguran dari anda menjadi berat
akibat pengaruh keluarga kita itu sendiri. Dan sekiranya anda
mempunyai kekuatan yang lebih selain dari berdoa, maka mulakanlah kekuatan yang
anda ada itu dengan memberi nasihat sejauh pengalaman anda, atau anda boleh mencetak
ebook ini dan wajibkan keluarga anda membacanya.

Peluang saya yang dijemput oleh pihak skuad Dinar Emas
akan saya manfaatkan & zahirkan apa yang sudah berlaku di sekeliling kita melalui
kajian peribadi saya tentang masyarakat bumi, perubahan budaya, gangguan ekosistem
bumi, tanda-tanda kiamat kecil yang sudah pun sempurna, dan menanti ketibaan
sempadan tanda-tanda besar kiamat yang bakal berlaku tak lama lagi.
Semoga keberkatan hidup di dunia sentiasa menyelubungi hidup anda & keluarga anda.


Salam peringatan dari saya,

-----------------------------
((( Megat Panji Alam )))
Pengkaji, Penulis, Penerbit Buku.
(Malam Tragedi September 11, 2011  05:22 pm)
(Kuala Kangsar, Perak, Tanah Melayu.)



Monday, November 7, 2011

Siapakah Samiri & Siapakah Nabi Muhammad



Soalan Admires...
maaf, 
saya ada t'baca satu buku/artikel (saya dah lupa), 
selepas nabi musa a.s dpt mengalahkan ahli2 sihir firaun, 
mereka (ahli2 sihir) terus join islam. 
sbb mereka terpegun dengan mukjizat nabi musa a.s..
kejadian ini berlaku ketika nabi musa a.s dikejar oleh firaun dan pengikut- pengikut nya. 
tp cerita yang saya baca ni seolah b'canggah dgn artikel/gambar diatas yg tuan upload...
sape2? 
tolong?


Jawapan Dinar-Emas.COM
adakah anda yakin semua ahli sihirnya masuk agama Nabi Musa ?
sedangkan pengikut2 Musa kembali sembah patung lembu emas,
iaitu ketika Musa sedang naik gunung...
padahal Nabi Harun ada disamping kaumnya...(teruskan belajar)


Soalan Admires...
trima kasih DE. 
Sy ada 2 soalan dan harap DE atau sape2 boleh bantu sy. 
1) 
Kaum Nabi Musa yang menyembah lembu dahulu 
adalah kaum yahudi 
tp bagaimana boleh berjangkit kpd kaum india? 
kerana kaum india juga menyembah lembu. 
ada kena mengena ke kaum yahudi dan india ni?
2) 
Dari manakah Dajjal akan menonjolkan dirinya? 
adakah dari khurasan atau jerusalem? 
ada mana2 hadis sahih x sbg bukti?



Jawapan Dinar-Emas.COM
سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Sebelum anda semua didedahkan dengan jawapan kami,
eloklah rasanya anda semua kenal siapakah Samiri...
karektor samiri telah di-idam2 & dikekalkan oleh si mata 1,
melalui pengikut2 setianya hari ini,
baik dari cabang paganisma, karbala, mahupun Masonic.
sehingga berjaya dikekalkan sehingga hari ini.


Berdasarkan sebuah kitab lama yang ada pada tangan kami,
Kami nak katakan di sini secara rasminya ke khalayak ramai...
bahawa...
Samiri = Al-Masih Dajjal 
(ceritanya amat panjang untuk dimuatkan di sini)
apakan lagi kebanyakan minda2 anda tidak mahu berfikir dengan mata hati...
ok...
fakta yang kami dedahkan ini,
tidaklah mendatangkan syirik,
apakan lagi tidaklah pula mengeluarkan anda dari Islam,
namun kisah Samiri yang sebahagian besar umat manusia tahu hari ini,
jarang pula mendengarnya cerita yang jauh lagi penting...
kalaupun anda pernah dengar,
anda pasti mengenali Samiri sekadar mempunyai peranan2 berikut:
- kononnya hidup di zaman nabi Musa aje
- pernah cipta patung lembu emas
- hanya berkaitan umat Nabi Musa & Nabi Harun
- titik noktah


Berkenaan kisah Samiri dan Nabi Harun bersama Nabi Musa,
sehingga menyebabkan janggut Harun bertukar warna menjadi 2 warna akibat ditarik Musa...
akibat marahnya Musa kepada Harun kerana Harun gagal menyekat umatnya menyembah patung emas lembu...
oleh itu...
berkenaan kisah Samiri & patung lembu itu,
eloklah rasanya anda rujuk kelas agama petang darjah 5 ada menceritakannya...
(tolong belajar baik2 watak Samiri kerana watak Samiri ada dihidangkan dalam dunia moden)
***WATAK GLOBALISASI SAMIRI***


Tapi sebenarnya...
kami mengetahui banyak rahsia berkenaan Samiri di awal zaman (sebelum Musa selamatkan Yahudi),
dan watak2 Samiri ada pula di akhir zaman (iaitu hari ini)...
dan beliaulah Al-Masih Dajjal yang bernama Samiri (di zaman Musa)
iaitu sebelum beliau kembali dikurung (untuk kali terakhir)
iaitu kurungan akhir beliau di "pulau itu" sehingga berakhirnya umur Nabi Muhammad.


Kejap2...
umur Nabi Muhammad ???
ya...
hanya ketika zahirnya jasad Muhammad di planet bumi melalui perempuan bernama Aminah,
maka seluruh isi alam semesta terkena tempias rahmat NUR MUHAMMAD...
pernahkah anda mendengar istilah Muhammad Rahmat Alam Semesta...
cuba anda fikir2kan...
ketika malam israk & mikraj,
malaikat maut dihalang mencabut berbillion2 nyawa hanya kerana ALAM GALAKSI bersiap sedia
menyambut kedatangan Muhammad ke alam langit...
bayangkan,
apakah sebenarnya yang terjadi ketika hari kelahiran baby Muhammad ke permukaan bumi ???
banyak tuan-puan...
Maha Dahsyat rahmatnya....
(kalau nak tahu carilah sendiri dengan cara berguru, INTERNET bukanlah guru anda)
jadi apa kaitannya umur Muhammad dan Al-Masih Dajjal ???


Di dalam 1 Hadis Sahih,
telah tercatat 1 perkataan...
"...tidak ada 1 orang Nabi pun,
yang tak pernah lekang mulutnya dari mengingatkan umatnya tentang perihal Dajjal,
tapi aku akan mendedahkan kamu sekalian tentang 1 sifat Dajjal,
yang tak pernah disebut oleh nabi2 sebelum ini sebelum aku,
ketahuilah sesungguhnya Dajjal itu bermata 1"


Pointnya sekarang bukan pada mata 1 tau !!!
pointnya sekarang terletak pada [...tidak ada 1 orang Nabi pun...]
setiap nabi pada tamadunnya masing2 amat risau tentang ancaman Dajjal,
kerana beliau amat handal menipulasi manusia untuk syirik pada ALLAH indirect...
Habis tu...
apa kaitannya dengan umur Nabi Muhammad ?
kaitannya ialah...
ketika zaman Nabi Muhammad lah,
Dajjal telah kembali ke kediamannya di "pulau itu" secara tak sengaja,
dan beliau ter-LOCK-UP & langsung dikurung di dalam gua & diawasi oleh Jassasah...
dan sejak dari itulah beliau terus dikurung sehinggalah Nabi Muhammad tiada...
buktinya apa???
baik...


Seorang pelayar laut beragama Kristian bernama Tamim Ad-Dhari,
telah terkantoi jumpa Al-Masih Dajjal ketika kapalnya tersadai selepas 1 bulan dibalun ombak,
dipendekkan cerita...
telah berlaku 1 dialog yang amat panjang antara Tamim Ad-Dhari & Dajjal (yang disaksikan krew2 kapal Tamim),
sila rujuk Hadis Tamim Ad-Dhari untuk mengetahui kisahnya...
tahukah anda...
dialog ini telah disampaikan sendiri oleh Tamim Ad-Dhari ke hadapan Nabi Muhammad,
dan Nabi Muhammad sendiri mengENDORSEkan kisah ini 100% benar !!!
dan menjadilah hadis ini HADIS PALING TERAMAT SAHIH DAN KONKRIT SEPANJANG ZAMAN.
kerana dari hadis inilah, 
fenomena cuaca dunia mempunyai jaringan MATRIKS dengan hadis ini !!!


kenapa sampai begitu sekali ?
sebabnya...
ketika sesi dialog antara pelayar2 Tamim Ad-Dhari & Al-Masih Dajjal,
Dajjal sempat melepaskan satu2 nya klu penting untuk dunia ketahui,
iaitu...
Dajjal pernah berkata...
a = "...saatbya aku dibebaskan terlalu amat dekat..."
b = "...dajjal menasihati manusia supaya ikut ajaran Nabi Muhammad..."
c = "...dajjal jamin yang Tasik Galilee pasti kering, dan itulah saatnya Dajjal men"zahir"kan diri..."


Tuan-puan sekalian...
Al-Masih Dajjal sudah lama terlepas dari pulaunya...(semenjak mangkatnya Nabi Muhammad)
tetapi ingat tuan-puan,
Al-MAsih Dajjal belum lagi men"ZAHIR"kan diri ke khalayak ramai (ingat tu ye...)
kenapa kami katakan sampai sebegitu rupa ?
1st of all, 
cara kami berfikir tak sama dengan kalian berfikir,
kalian makan makanan segera, 
sedangkan kami sudah lama makan makanan semulajadi,
makanan segera telah direka MOLEKULnya supaya minda manusia akan tertahan di 1 titik,
supaya tidak boleh berfikir menjangkaui had2 untuk memecahkan kod2 akhir zaman,
sebab itulah ramai manusia akan blur & kabur dengan tanda2 akhir zaman,
kerana makanan & minuman segera yang telah anda telan dengan BANGGAnya itu...
telah diBIOTEKkan dengan teknologi Dajjal,
dan menjadilah antara anda2 ini...
mangsa2 Goyyim yang tidak berupaya melihat perancangan halus Dajjal,
kerana apa ?
kerana hanya manusia yang keluar dari sistem Dajjal ini dapat melihat CATURAN dunia Dajjal,
dan kami terkadang kesal dan sedih,
kerana kami amat yakin 100% pasti ada dari anda2 ini,
yang terpinga2 sebab tak dapat menelan apa yang kami "tawar"kan...
walaupun ramai yang paham,
tapi hakikatnya ramai sangat yang sengaja meNYENGALkan diri untuk taknak paham2...


ok ok ok....
berbalik2...
a = sudah terjadi ketika Nabi Muhammad mangkat (ketika inilah Dajjal terlepas & kembali mengembara)
a = dan beliau masih ada di sekeliling kita tanpa menunjukkan wajahnya (tapi bayang2nya ada di mana2 kan ???)


b = Dajjal sendiri beriman pada Muhammad (sebab tu dinasihatnya manusia ikut Nabi Muhammad)
b = tetapi nafsu Dajjal menawan dunia lebih dari segala2nya (ditambahi pulak beliau diizinkan hidup lama)...


c = sedang berlaku sekarang & tasik galilee ada berbaki 40 tahun ++ sahaja lagi...(mengikut ekosistem sunnatullah)
c = bila tasik kering, barulah Al-Masih Dajjal "sanggup" men"ZAHIR"kan diri & wajahnya



BUKTINYA ???
1)
mana mungkin Al-Masih Dajjal tetiba muncul di khalayak ramai, 
sedangkan di sampingnya sudah tersedia 70 ribu tentera Yahudi berkostum HIJAU ???
(ada HADIS SAHIH berkenaan ini)
(di sini membuktikan Dajjal sudah lama terlepas, sudah lama buat suai kenal sebelum nak tayangkan diri ke dunia)
2)
tidak ada 1 nabi pun kecuali Nabi Muhammad yang mengantoikan plan Al-MAsih Dajjal,
iaitu Nabi Muhammad claim yang Dajjal buta mata kirinya, sedangkan Allah itu tidaklah buta !!!
(pada hari ini, tanda2 pengaruh Al-MAsih Dajjal ada di mana2 dengan lambang mata 1)
(ini termasuklah matawang, bangunan, makanan, kartun, iklan, hiburan, filem, & bendera parti politik)
3)
Nabi Muhammad pernah cakap, setiap 100 tahun akan lahir MUJADID !!!
sekarang kami nak tanya tuan-puan semua...
lagi berapa tahun kah genapnya 100 tahun Khalifah Uthmaniyah ditumbangkan ????
tahukah anda,
Khalifah yang ditumbangkan itu adalah khalifah yang ke-99 semenjak Saiyidina Abu Bakar ?
tahukah anda...
pada tahun 80 han telah terjadinya 2 gerhana matahari dan gerhana bulan di bulan Ramadhan berturut2 !!!
anda tahu apa maknanya ini semua ???
ini adalah tanda2 (kelahiran Muhammad ke-2) seperti dalam Artikel Vatican www.dinar-emas.com/vatican.html 
inilah Muhammad Bin Abdullah yang kami maksudkan sebagai Imam Mahdi,
beliau sekarang ada di sisi kita dan sedang meningkat dewasa...
masih ingat lagi tentang TASIK GALILEE ???
tinggal berapa tahun lagi tasik itu akan kering (sekiranya mengikut sunnatullah dengan izin Allah) ???
anda masih ingat Komet Halley ?
tahukah anda untuk mengukuhkan pendapat kami ini,
bintang yang terbit melalui timur dan barat adalah tanda2 (kelahiran Muhammad ke-2) 
dan bintang yang dimaksudkan itu = Komet Halley
juga telah muncul sekitar tahun 80 han...
dan hari ini sudah pun berlalu menghampiri 30 tahun...
(Allah telah "sengaja" bekalkan tanda2 ini untuk umat ISLAM bersedia, sudahkah anda beringat ???)
(Allah telah "sengaja" mengIZINkan kata2 Nabi semuanya jadi 100% di zaman kita, masih nak tuduh kami reka cerita ?)



Cukuplah sampai di sini,
kalau kami teruskan baki2 hujah2 dan bukti2 yang ada pada kami,
maka pasti akan muncul GOYYIM2 yang mula menuduh kami (peramal, syirik, tak usah duk kaji2, dll lagi)
orang2 seperti mereka inilah yang sebenarnya,
menyebabkan umat Muhammad semakin hanyut di dalam rimba Tamadun Dajjal...
yang dikelilingi teknologi Yakjuj & Makjuj yang akan bertambah meracuni fikiran mereka...
hati yang bersih akan dengan PANTAS diam & mengIYAkan...



+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Okla nak bukti lagi kuat lagi ???
sambung balik kategori a = _____
a = adalah tempoh dajjal menguasai seluruh isi PLANET BUMI.
a = adalah tempoh yang dimulai selepas Nabi Muhammad mangkat.


Kami bawakan kepada anda,
1 hadis SAHIH yang hanya boleh dipecahkan kodnya,
oleh manusia2 yang dah lama tinggalkan makanan FAST FOOD,
hadisnya berbunyi...


Hadis Sahih, 
Nawas Bin Sam’an R.A. (dalam hadis yang panjang)
Tanya kami:
“Berapa lamakah Dajjal akan tinggal di bumi?”
Jawab Rasullullah:
“Selama 40 hari,
1 hari sama seperti setahun,
(ketika era Great Britain menakluk dunia) ---> kaji sampai habis
1 hari sama seperti sebulan,
(ketika era Amerika Syarikat menakluk dunia) ---> kaji sampai habis
1 hari seperti seminggu,
(ketika era Israel menakluk dunia) ---> kaji sampai habis
dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang”.
(saat kelibat Dajjal muncul) ----> (dah kami huraikan pasal Tasik Galilee)
Tanya kami;
“Ya Rasullullah,
ketika 1 hari seperti setahun,
cukupkah kalau kami solat seperti solat sekarang ?”
Jawab Rasullullah:
“Tidak, tetapi hitunglah bagaimana pantasnya”.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Merujuk kepada komen kami yang paling awal di perenggan pertama...
iaitu berkenaan dengan:
***WATAK GLOBALISASI SAMIRI***


Di akhir zaman nanti (zaman mana lagi kalau bukan zaman kita ni)
Al-Masih Dajjal akan sentiasa membuat kenang-kenangan terhadap kisah silamnya
terhadap tamadun2 yang pernah beliau singgahi...
untuk diabadikan dalam umat akhir zaman punya kehidupan.
Salah 1 karektor penting Al-Masih Dajjal dalam watak Samiri ialah...
------(SAMIRI)-------


0) Samiri = penyelamat
1) Sam = nama pendek dan mudah diingati
2) Sam = watak filem THE LORD OF THE RINGS (kawan baik frodo, seorang penyelamat HOBBIT)
3) Sam = watak filem TRANSFORMERS (kawan baik robot bumblebees, seorang penyelamat MANUSIA)
4) Sam = watak filem KING KONG (penyelamat dan hero dalam filem)
5) Uncle Sam = (nama timangan dalam lidah orang barat) untuk nama negara Amerika Syarikat 


------(ATLAN)-------
0) Atlan = nama penyelamat (SINGA)
1) Atlan = Banjaran Atlantik (setiap 1 gunung di setiap 1 benua pasti ada nama ATLAN)
2) Atlan = Lautan (setiap 1 lautan dunia akan bermula dengan nama ATLAN)
3) Atlan = Nama2 bangunan (golongan2 elit suka nama ini)
4) Atlan = simbol2 jata negara2 dunia (hampir setiap negara di dunia ini ada lambang SINGA)
5) Atlan = nama Singa (dalam filem NARNIA)


Tuan-puan,
kami tak memaksa anda percaya hasil kajian kami,
tapi kami hanyalah pewaris ILMUWAN ISLAM yang telah hilang tanpa berganti...
kami mengkaji apa yang telah ditinggalkan oleh semua baginda nabi...
bukanlah kami ini seorang ahli sihir yang direjam tak mati2...
tapi kami menyampaikan kembali kata2 Nabi...
dalam bentuk tanda2 yang telah muncul di akhir zaman ini.


Tuan-puan...
bukan kami yang menyebabkan anda mendapat hidayah,
tapi ALLAH sendiri pilih dari kalangan hamba2nya untuk dibersihkan...
kalau kita tak berusaha untuk bersihkan diri & minta ditunjukkan jalan yang lurus,
ALLAH tidak mungkin datangkan kita hidayah,
sebab pada pilihan kita sendirilah yang menyebabkan nasib kita boleh berubah,
barulah Allah ubahkan kita...
hidup ini singkat,
jadi buktikanlah...
kami sudah menyampaikan apa yang patut kami sampaikan...
maka menjadi tanggungjawap andalah untuk membenarkannya atau meNAFIkannya...


Allah sengaja membiarkan Dajjal & Yakjuj Makjuj melepaskan teknologi2nya,
untuk digunakan oleh umat Muhammad sepandai mungkin...
bezanya...
sepatutnyalah...
dengan teknologi yang hampir secanggih tamadun Sulaiman inilah,
sepatutnya anda senang mengenal tanda2 akhir zaman...
sebabnya apa ?
sebab dengan teknologi hari ini lah,
banyak kata2 Nabi Muhammad telah terbukti 1 per 1,
sebab dengan teknologi hari ini lah,
banyak ayat2 Al-Quran dibuktikan kebenarannya,
sedangkan ketika ayat2 Al-Quran ini turun pada zaman nabi,
para sahabat sekadar percaya bulat2 & beriman 100% sahaja tanpa melihat rantaian saintifiknya...
bahkan hasil kajian Dinar-Emas.COM tidak pernah yang palsu kesudahannya bukan...?
ini semua berlaku akibat hanya dengan mengaitkan AL-QURAN & AL-HADIS & SAINS.


Tuan-puan sekalian...
Janganlah kalian menjadi manusia yang celaka lagi sial,
kalau dah tahu hidup ni singkat di dunia,
ditambahi pulak hidup di alam penuh teknologi yang boleh membukti kecanggihan ciptaan ALLAH,
tapi tetap hidup penuh pekak, dungu & bisu,
tanpa memikirkan untuk apa engkau diciptakan & apa kesudahan selepas ini...
Orang2 yang seperti ini,
telah Allah hadiahkan 1 ayat untuk mereka buat selama2nya....
apa ayat2 itu ye tuan-puan ?


...
Dan sesungguhnya...
Kami jadikan untuk neraka jahanam...
banyak dari jin & manusia...
yang mempunyai hati...
tetapi tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah) !!! ,
dan yang mempunyai mata...
tetapi tidak mahu melihat dengan­nya (bukti keEsaan Allah) !!! ,
dan yang mempunyai telinga...
tetapi tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat) !!!,
mereka itu seperti binatang ternak, 
bahkan mereka lebih sesat lagi !!!
mereka itulah orang-orang yang lalai .
(Al-Quran, Surah Al-A’raf, Ayat Ke 179)


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


.Tunjukkan kepada ku jalan yang lurus...
[ Al-Quran ]
[ Surah Al-Fatihah ]
[ Ayat Ke - 6 ]


...Dan kepada Allah jualah...
tertentunya urusan memberi panduan...
yang menerangkan jalan yang lurus...
dan di antara jalan-jalan yang dituju...
ada yang terpesong dari kebenaran...
dan jika Allah kehendaki,
tentulah Allah memberi petunjuk kepada kamu semua. !!!
[ Al-Quran ]
[ Surah Al-Nahl ]
[ Ayat Ke - 9 ]


...Jika kamu sangat mengharapkan...
agar mereka dapat petunjuk, 
maka sesungguhnya Allah tiada memberi petunjuk 
kepada orang yang diSESATkan-Nya, 
dan sekali-kali mereka tiada mempunyai penolong !!!
[ Al-Quran ]
[ Surah Al-Nahl ]
[ Ayat Ke - 37 ]


...cahaya berlapis cahaya...
Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya...
kepada NUR hidayahNya itu...
dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal bandingan...
untuk umat manusia...
dan Allah Maha Mengetahui akan setiap sesuatu !!!
[ Al-Quran ]
[ Surah Al-Nur ]
[ Ayat Ke - 35 ]


==========================
BUT YET MANY OF YOU ALWAYS DENY !!!
==========================


26 Januari 2011
02:00 am
Rabu
(Waktu Promise Land)


www.Dinar-Emas.com
www.Dinarmas.com


Diterbitkan Untuk Bacaan Manusia
Yang Memahami Bahasa Diraja
Bahasa Melayu

Artikel-Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terjemahan Bacaan AL-Quran Untuk Dihayati Bersama

Listen to Quran