Carian Artikel di sini
Showing posts with label Selawat Nabi. Show all posts
Showing posts with label Selawat Nabi. Show all posts
Friday, August 10, 2012
Dosa Banyak Selawat Pun Banyak
Nabi s.a.w bersabda: “Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah oarang yang lebih banyak selawatnya kepadaku.” (Ibn Mas’ud r.a)
Ibnu Al-Mulqan juga menyebut di dalam kitab “Al-Hadaiq” bahawa terdapat seorang pemuda yang sedang melakukan tawaf di Baitullah. Beliau hanya sibuk membaca selawat ke atas Rasulullah s.a.w.
Apabila ditanya adakah sesuatu yang menyebabkan ia asyik berselawat sahaja.
Pemuda itu menjawab, “Ya, ketika aku bersama ayahku keluar mengerjakan fardu Haji tiba-tiba ayahku jatuh sakit di sebuah rumah. Ayahku meninggal dunia dalam keadaan mukanya berubah menjadi hitam, kedua matanya berubah menjadi biru dan perutnya membuncit tinggi.”
Melihat keadaannya begitu aku menangis kesedihan dan berkata : “Dan sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepadaNyalah kita kembali. Ayahku meninggal dunia dalam keadaannya yang pelik.”
Apabila malam menjelma. aku merasa mengantuk dan aku (bermimpi) melihat Rasulullah s.a.w dengan pakaian serba putih dan berbau semerbak harum mewangi. Baginda menghampiri ayahku dan menyapu mukanya. Dengan serta merta aku lihat muka ayahku berubah menjadi terlalu putih melebihi putih susu!. Kemudiannya baginda menyapu pula perut ayahku yang membuncit itu lalu ia kembali seperti sediakala.
Apabila hendak beredar baginda berkata: “(Sesungguhnya ayahmu ialah seorang yang banyak melakukan maksiat dan dosa. Dia juga banyak berselawat ke atasku. Apabila berlaku perkara yang telah berlaku kepadanya itu, dia telah meminta bantuanku maka aku datang membantunya. Dan aku adalah pembantu kepada orang-orang yang banyak berselawat ke atasku semasa hidup di dunia).”
Allahumma Salli Ala Sayyidina Muhammad wa’ala ali sayyidina Muhammad….
Kelebihan Berselawat Ke Atas Nabi Muhammad s.a.w
Sheikh Abdul Qadir Al-Jilani Al-Hasani menyatakan tentang kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. di dalam kitabnya al-Safinah al-Qadiriyyah. Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun berkata: Berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. Hal ini tertulis di dalam kitabnya ‘Hadaiq al-Anwar’:
1. Melaksanakan perintah Allah.
2. Bersamaan dengan selawat Allah kepada Rasulullah s.a.w.
3. Bersamaan dengan selawat para malaikat.
4. Mendapat ganjaran sepuluh kali selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan (selawat daripada Allah bererti rahmat).
5. Dikurniakan oleh Allah sepuluh darjat atas tiap-tiap satu selawat.
6. Dituliskan oleh malaikat sepuluh kebaikan atas setiap selawat.
7. Dihapuskan oleh Allah sepuluh kejahatan atas setiap selawat.
8. Segala doa akan diperkenankan oleh Allah.
9. Mendapat syafaat daripada Rasulullah s.a.w.
10. Mendapat keampunan Allah serta akan ditutup segala keaiban.
11. Allah akan menutupi segala dukacita.
12. Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.
13. Mendapat darjat al-Sidq.
14. Ditunaikan segala hajat.
15. Salam sejahtera pada hari kiamat.
16. Allah dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat.
17. Mendapat khabar gembira daripada Allah dengan balasan syurga.
18. Salam sejahtera pada huru-hara hari kiamat.
19. Rasulullah s..a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan.
20. Mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa.
21. Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu.
22. Tidak akan merasai fakir.
23. Terpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil.
24. Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah s.a.w. kepada yang berselawat.
25. Selawat akan menjemput setiap pengucapanya ke jalan syurga.
26. Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan Rasul-Nya atau daripada majlis-majlis lagha.
27. Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah apabila disebut (di dalam doa), maka akan disambut selepas itu dengan kalimah selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
28. Selamat melintasi titian Sirat al-Mustaqim pada hari kiamat.
29. Disambut oleh Allah pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.
30. Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah.
31. Mendapat keberkatan daripada Allah.
32. Mendapat kesempurnaan iman.
33. Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.
34. Mendapat hidayah Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah.
35. Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung.
36. Teguh pendirian dengan kebenaran.
37. Berselawat bererti kita menggunakan sebahagian hak-hak Rasulullah s.a.w. ke atas diri kita. Di samping itu ianya dianggap sebagai mensyukuri nikmat Allah yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.
38. Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengikut segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah.
39. Berselawat bererti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah, ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri.
40. Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. di dalam jiwanya.
41. Dikurniakan oleh Allah maqam seorang Syeikh dan Murabbi.
42. Mendapat kebahagiaan, ketenangan hidup didunia dan akhirat.
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” (Surah Al-Ahzaab 33:56)
Friday, March 30, 2012
Kewajipan Berselawat ke atas Nabi S.A.W
Pengertian Selawat
Selawat
adalah jamak dari kalimat solat . Selawat menurut bahasa ertinya ialah doa ,
rahmat dari allah , memberi berkah dan ibadat .
Dalam
kitab suci Al-Quran Allah berfirman yang bermaksud “ Sesungguhnya Allah dan
para malaikat-nya selawat kepada Nabi . Hai orang² yang beriman berselawatlah
kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya .” ( Surah Al-Ahzab:ayat 56 )
Selawat kepada nabi terdiri dari tiga macam tingkatan :
1. Selawat Allah kepada Nabi
dan Rasulnya , istimewa kepada Nabi Muhammad S.A.W. bererti Allah memberi
rahmat , memuji dan melahirkan keutamaan serta mendekatkan Nabi Muhammad S.A.W
kepadanya .
2. Selawat para Malaikat kepada
para Nabi dan Rasul dan Nabi Muhammad S.A.W , bererti malaikat² mendoakan atau
memohon rahmat kemuliaan serta keampunan .
3. Selawat manusia kepada
Nabi Muhammad S.A.W , bererti mengakui kerasulannya , memohon kepada Allah melahirkan
keutamaan , kemuliaan dan mengakui serta mengikuti kebenaran ajaran yang
dibawanya .
Hukum Membaca Selawat
Para ulamak telah memberi
berbagai pendapat tentang hokum membaca selawat ke atas Nabi S.A.W diantaranya
:
1. Imam Syafie mengatakan ,
selawat itu wajib dibacakan dlm tasyahud akhir, iaitu di antara tasyahud
(tahiyyat) dan salam .
2. Imam Asy-Sya’bi
berpendapat, selawat wajib dibaca dalam solat dalam kedu-dua tasyhud awal dan
akhir .
3. Abu Jaafar Al-Baqir
mengatakan , selawat wajib dibaca di dalam solat sama ada dlm tasyahud awal
atau akhir .
4. Abu Bakar ibnu Al-Baqir
berpendapat , selawat wajib dibaca tanpa mengira bilangannya .
5. Abu Bakar Ar-Razi & Ibnu
Hazmin berpendapat , berselawat wajib dalam seumur hidup walaupun hanya sekali
.
6. At-Thahawi berpendapat ,
selawat wajib apabila seseorang mendengar orang menyebut nama Nabi Muhammad
S.A.W
7. Az-Zamakhsyari
berpendapat , selawat wajib dibaca pada tiap² sesuatu majlis .
8. Ibnu Jarir At-Thabari
berpendapat , berselawat kepada Nabi adalah suatu pekerjaan yang disukai sahaja
.
9. Ibnu Qashshar berpendapat
, berselawat kpd Nabi adalah suatu ibadah wajib .
Kesimpulannya
, membaca selawat ke atas Nabi S.A.W adalah suatu amaliah dan ibadah yang
terpuji yang amat disukai Allah dan para malaikat-nya serta sangat dianjurkan
sebagai suatu penghormatan dan memohon rahmat kepada Nabi S.A.W.
Dalil-dalil Hadis Tentang Selawat
1. Sabda Nabi S.A.W “ Dari
Ibnu Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Orang yang terdekat
denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.” ( Hadis Riwayat
At-Trimidzi )
2. Sabda Nabi s.a.w : “
Berselawat atas para Nabi Allah dan utusan-Nya sebagaimana kamu berselawat
kepadaku kerana mereka itu sama diutuskan sebagaimana aku diutus . “ (Hadis Riwayat Ahmad
& Al-Khatib )
3. Sabda Nabi s.a.w : “ Dari
Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : Janganlah kamu jadikan
kuburku sebagai tempat perayaan dan berselawatlah kepadaku , maka sesungguhnya
bacaan selawatmu itu akan sampai kepadaku dimana sahaja kamu berada . “ ( Hadis Riwayat Abu Daud
)
4. Sabda Nabi s.a.w : “
Tiada dari seseorang yang mengucapkan salam kepadaku melainkan Allah menerima
ruhku sehingga aku menjawab salam kepadanya. “ ( Hadis Riwayat Abu Daud )
Berdasarkan dari hadis² ,
jelas bahawa membaca selawat kepada Nabi s.a.w adalah suatu dari rangkaian iman
dan ibadah yang wajib disempurnakan oleh kaum Muslimin dengan penuh kesungguhan
dan keikhlasan . Semoga dengan sentiasa berselawat ke atas Nabi , Allah akan
memberi rahmat dan keberkatan dalam kehidupan kaum Muslimin .
Waktu-Waktu berselawat
Terdapat banyak hadis
yang menerangkan mengenai tempat² dan waktu² yang dituntut supaya kaum Muslimin
membaca selawat ke atas Nabi s.a.w. Diantaranya :
1. Ketika hendak masuk ke
dalam masjid dan ketika hendak keluar darinya . Nabi s.aw bersabda
: “ Apabila seseorang kamu masuk ke dalam masjid ,
maka hendaklah ia membaca salam kepadaku ( selawat dan salam ). Sesudah itu
berdoa : Wahai Tuhanku , bukakanlah untukku segala pintu rahmat-Mu . Dan
apabila ia hendak keluar hendaklah berdoa : Wahai Tuhanku , aku memohon
kepadamu limpahan rahmat-Mu .” ( Hadis Riwayat Abu Daud )
Ibnu Sunni
menceritakan bahawa apabila Rasulullah s.a.w masuk dari masjid beliau membaca
selawat yang bermaksud “ Dengan Nama Allah , selawatlah keatas Muhammad “
2. Sesudah Azan . Sabda Nabi
s.a.w yang bermaksud : “ Apabila kamu mendengar mu’azzin yang menyerukan azan,
maka jawablah dengan bacaan yang sama ia baca. Setelah selesai maka
berselawatlah kamu kepadaku .” ( Hadis Riwayat Ahmad dan Muslim )
3. Sesudah membaca tasyahud
akhir dalam sembahyang .
4. Di dalam sembahyang
jenazah . Menurut Imam Syafi’e dalam Al-Musnad : “ Sunnah Rasulullah s.a.w dalam
melaksanakan sembahyang jenazah adalah bertakbir pada permulaannya , setelah
itu ia membaca fatihah lalu takbir kedua dan sesudahnya membaca selawat dan
kemudian bertakbir lagi kali ketiga.”
5. Diantara takbir-takbir
sembahyang sunat hari raya . Berkata sebahagian ulamak adalah lebih baik jika
membaca selawat mengiringi takbir hari raya seperti yang bermaksud “ Maha suci
Allah segala puji dan sanjungan bagi Allah jua . Tiada Tuhan yang disembah melainkan
Allah yang Maha Besar. Ya Allah , muliakan olehmu Nabi Muhammad dan
keluarganya. Ya Allah ampuni aku dan berilah rahmat kepadaku. “
6. Di permulaan dan akhir
doa . Nabi bersabda : “ Sesungguhnya doa itu berhenti antara langit dan bumi .
tiada naik , barang sedikit jua daripadanya sehingga kamu berselawat kepada
Nabimu. “ ( Hadis Riwayat At-Tirmidzi )
7. Di akhir qunut dalam
sembahyang . Diriwayatkan oleh An-Nasai bahawa disukai seseorang mengakhiri
qunut dengan membaca selawat yg bermaksud “ Dan mudah-mudahan Allah melimpahkan selawat
(rahmat) atas Muhammad . “
8. Di malam dan di hari
Jumaat . Sabda Nabi s.a.w yg bermaksud “ Banyakkanlah olehmu membaca selawat di
malam hari Jumaat dan siangnya kerana selawat itu dikemukakan kepadaku .
“ ( Hadis Riwayat Thabarani )
9. Di dalam khutbah Jumaat .
Dalam mazhab Syafi’e para khatib wajib membaca selawat kepada Nabi Muhammad
s.a.w pada permulaan kutbah , sesudah membaca thamid dan juga sebelum akhir
khutbah Jumaat .
10. Ketika berziarah di makam
atau kubur Nabi Muhammad s.a.w . Sabda Nabi s.a.w : “ Tidak seorang pun di
antara kamu yang memberi salamnya iaitu di sisi kuburku , melainkan Allah
mengembalikan kepadaku ruhku untuk menjawab salamnya. “ ( Hadis Riwayat Abu Daud
)
11. Sesudah bertalbiah .
Sabda Nabi s.a.w : “ Memang disuruh seseorang membaca selawat untuk Nabi ketika
ia telah selesai talbiahnya dalam segala keadaan . “ ( Hadis Riwayat Syafi’i
&Daraquthni )
12. Ketika setiap mengadakan
majlis atau keramaian . Sabda Nabi s.a.w : “ Tiadalah duduk suatu kaum di dalam
sesuatu majlis sedang mereka telah menyebut (mengingati) Allah Taala dan tiada
berselawat ke atas Nabinya, melainkan menderita nescaya Allah akan menyeksa
mereka dan jika Allah menghendaki nescaya akan mengampuni mereka .” (Hadis Riwayat
At-Tirmidzi & Abu Daud)
13. Ketika berjumpa sahabat
handai atau saudara mara sesame Islam . Sabda Nabi s.a.w : “ Tiadalah dua hamba
yang saling cinta mencintai kerana Allah yang berjumpa salah seorang yang lain
lalu berjabat tangan ( bersalam ) dan berselawat kepada Nabi s.a.w . melainkan
Allah mengampuni dosanya sebelum mereka berpisah , baik yang telah lalu ataupun
yang akan datang . “ ( Hadis riwayat Ibnu Sunni )
14. Ketika akan memulakan
sesuatu pekerjaan yang baik atau penting . Sabda Nabi s.a.w : “ Setiap
pekerjaan yang baik yang tidak dimulai dengan hamdalah (memuji Allah) dan
selawat , maka pekerjaan atau urusan itu terputus dan hilang barkahnya . “ (
Hadis Riwayat Ar-Rahawi )
15. ketika mendengar orang
menyebut nama Nabi s.a.w . Sabda Nabi s.a.w : “ orang yang bakhil itu adalah
orang yang tidak mahu berselawat ketika orang menyebut namaku di sisinya . “ ( Hadis Riwayat
At-Tirmidzi )
16. Ketika telinga berdengung
. Sabda Nabi s.a.w : “ Jika telinga salah seorang dari kamu berdengung , maka
hendaklah ia mengingati dan berselawat kepadaku . “ ( Hadis Riwayat Ibnu
Sunni )
17. Ketika mengalami
kesusahan dan kebimbangan . Diberitakan oleh Ubay bin Kaab bahawa seorang
lelaki bertanya kepada Rasulullah , ujurnya : “ Ya Rasulullah bagaimana
pendapat engkau sekiranya aku jadikan selawat untuk engkau semua? Jawap
Rasulullah s.a.w “ Kalau demikian Allah akan memelihara engkau baik mengenai
dunia mahu pun mengenai akhiratmu. “ ( Hadis Riwayat Ahmad )
18. Setiap waktu pagi dan
petang . Sabda Nabi s.a.w : “ Barang siapa berselawat kepadaku waktu pagi
sepuluh kali dan waktu petang sepuluh kali , maka ia akan mendapat syafaatku di
hari kiamat . “ ( Hadis Riwayat Thabarani )
Sumber Artikel: http://adeqshah.multiply.com
Subscribe to:
Posts (Atom)

