Carian Artikel di sini

Showing posts with label Assalamualaikum. Show all posts
Showing posts with label Assalamualaikum. Show all posts

Saturday, August 11, 2012

Cara menjawab kiriman salam dengan betul



Sumber dijumpai dari group PPKP Al- Bukhari. Terima kasih sebab kongsikan benda ni..

Hamba Allah 1: Weyy Mat, Hamba Allah 3 kirim salam kat kau.
Hamba Allah 2: Oh yeke? Wa' alaikumsalam.

Nampak macam takde masalahkan? Eh, ada masalah ke kalau kita jawab salam macam tu? Haa, memang ada masalah. Sebab tu aku beria- ia nak kongsikan benda ni dengan korang. Sebenarnya, jelas di dalam hadis nabi saw, nabi mengajarkan apabila salam itu disampaikan melalui posmen (org tengah) maka jawapan yg diberi kepada kiriman salam tu bukannya, 'waalaikumussalam' tapi.....
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V
" wa'alaika wa'alaihissalam "

Sebab apa? Haa, ce tengok balik dialog ni eh? Hamba Allah 3 menyuruh Hamba Allah 1 utk kirim salam kepada Hamba Allah 2. Hamba Allah 2 menjawab " wa'alaikumussalam ". Sedangkan..

Wa'alaikumussalam bermaksud selamat sejahtera ke atas KAMU

Jadi salam Hamba Allah 2 kepada Hamba Allah 3 tadi tak terjawabkan? Sebab dia menjawab salam tu kepada Hamba Allah 1 padahal Hamba Allah 1 tu hanya orang tengah je. Manakala..

Wa'alaika wa'alaihissalam bermaksud dan juga kepada KAMU dan juga kepada DIA selamat sejahtera

Nampak tak perbezaan di antara dua cara menjawab salam di atas? Apabila dia mengucapkan Wa'alaika Wa'alaihissalam, barulah salam Hamba Allah 3 tadi akan terjawab. Hukum memberi salam itu sunat,tapi menjawab itu wajib. Jadi kalau salah jawab,bermakna masih belum jawab lah kan? Itu aje yg aku nak kongsikan dengan korang utk hari ni. Moga dapat di kongsikan dengan rakan yg lain. Sekian, assalamualaikum.

P/s: Saya cuma kongsikan aje info ni. Kepada yg lebih arif, harap boleh membantu.

Tuesday, July 22, 2008

Pengenalan



Blog ini pada asalnya diwujudkan dengan tujuan untuk koleksi peribadi semata-mata, tetapi apalah guna ilmu dan maklumat berguna jika tidak dikongsikan untuk dimanfaat bersama. Telah banyak panduan untuk amalan harian yang saya terima dari email rakan-rakan dan sukar untuk mencari dan membuka setiap email tersebut. Maka dengan itu, saya mengumpulkan koleksi email dan bahan-bahan bacaan berguma di sini bagi memudahkan carian. Anda juga dialu-alukan untuk menggunakan kemudahan ini dan sampaikan kepada rakan-rakan yang lain. Marilah kita cantikkan lagi amalan harian kita semoga hidup lebih diberkati.

Sasha

Artikel-Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terjemahan Bacaan AL-Quran Untuk Dihayati Bersama

Listen to Quran