Amal #1:
Mulai malam 21 sehingga malam terakhir Ramadhan BACA 'at least':
Surah Al-Zalzahah 2x
Surah Al-Kafirun 4x
Surah Al-Ikhlas 3x
Elok tambah surah Yaasin 1x
Sebabnya? Nabi ﷺ menyebutkan dalam hadis yang maksudnya:
“Sekali baca surah Al-Zalzalah itu seolah-olah membaca 1/2 Al-Quran."
“Sekali baca surah Al-Kafirun itu seolah-olah membaca 1/4 Al-Quran."
“Sekali baca surah Al-Ikhlas itu seolah-olah membaca 1/3 Al-Quran.”
Dalam hadis lain disebut: “Siapa baca surah Yaasin seumpama membaca 10x Al-Quran.”
Waktu malam itu dikira bermula selepas Maghrib sehingga sebelum Subuh. Kalau mampu baca surah juga surah Al-Ikhlas 200x.
Dalam beramal ingat 2 perkara:
Matlub: Apa yang dituntut dalam beramal ialah:
ikhlas, yakin dan istiqamah
Mauhub: Pemberian berupa pahala/qaramah/etc itu urusan Allah سبحانه و تعالى
Kita selesaikan bahagian pertama (matlub) saja!
Usahakan lepas solat baca Al-Quran, walaupun sedikit. Usahakan juga untuk baca begini pada hari biasa Ramadhan (siang). Tapi pada 10 Ramadhan terakhir, baca siang DAN malam.
Amal #2:
Bacaan ketika Azan:
Lepas Muazzin baca “Ashadu an lailaahaillallah”, jawab sama.
Lepas Muazzin baca “Ashadu an Muhammadar Rasulullah” jawab sama.
KEMUDIAN tambah:
“Wa ana ashhadu an lailahaillallah, wahdahu la syarikalah, wa ashadu anna Muhammadar Rasulullah. Rodhitu billahhi robba, wa biMuhamaddin Nabiyya, wa biislami dina.”
Amal #3:
Lepas azan habis - SELAWAT dulu baru baca doa lepas azan. Rasulullah ﷺ berkata: “Siapa yang selawat padaku selepas azan, halal baginya syafaatku.”
Nak selawat apa pun boleh - ummiyi atau yang biasa pun boleh.
Amal #4:
Jangan tinggal solat sunat Fajar. Jangan tinggal solat Subuh berjemaah sebab itu seumpama seseorang itu qiyam sepanjang malam.
Bacaan untuk rakaat 1 dan 2, boleh gilir-gilir daripada set berikut:
Set 1: Al-Kafirin dan Al-Ikhlas
Nabi ﷺ suka baca 2 surah ini untuk solat ini.
Set 2: Al-Inshirah dan Al-Fiil
Ulama sebut siapa baca ‘alam nashrah…’ dengan ‘alam tarokai,,’ tak ada apa boleh menyakiti dia hari itu (~ daily perisai)
Set 3: Surah Al-Qadr dan Al-Fiil
Amal #5:
Lepas salam selesai solat, JANGAN TINGGALKAN walau sibuk macam mana untuk baca Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x, Allahu Akbar 33x, tambah dengan ‘La ilahaillallah wahdahu la syarikalah, lahul mulku walahulhamdu wa huwa ‘ala kulli syai’in qodir’.
Amal #6:
Lepas solat Subuh, baca doa berikut:
“Allahumma inni asaluka ‘ilman nafi’a, warizqan toyyiban, wa ‘amalan solehan mutaqabbalan.
Kita mohon: Ilmu yang bermanfaat, rezeki yang halah - perhatikan dengan siapa kita beli makanan. Jangan tinggal solat Dhuha, kalau 'uzur' sekalipun, jangan tinggal membaca doanya.
Amal #7:
WAJIB sedekah selepas Subuh untuk dapat doa malaikat
IMMEDIATELY lepas Subuh, jangan lewatkan atau tunggu sampai Dhuha.
‘EXTRA’:
Kalau nampak ular hitam -> jangan terus pukul sebab ada kemungkinan itu jelmaan jin. Baca “Salamun ‘ala Nuhin fil ‘alamin” - baca 3x, kalau itu jin, ia akan keluar.
Guru ustaz ada juga mengajar bacaan sama kalau nak masuk dalam hutan atau sungai -> peluk tubuh dan baca - “Salamun ‘ala Nuhin fil ‘alamin” (3x), InshaAllah takkan diganggu binatang/dsb.
~ Silakan SHARE. Semoga bermanfaat. ~
#ramadhan #amalan #zikir #ilmu #ustazmuhadirhajijoll
- disunting daripada kuliah Muslimat Ustaz Muhadir Bin Haji Joll Masjid At-Taqwa TTDI 19062016.
1 comment:
ceramah ust muhadir di masjid ttdi tahun 2016.
http://amalan-harian.blogspot.com/2016/06/7-amalan-daripada-ustaz-muhadir-haji.html?m=1
Hadis Surah al zalzalah setengah al quran https://sunnah.com/urn/731330 - status daif
Hadis berkaitan yg lain
https://sunnah.com/abudawud/2/426 -status hasan
https://sunnah.com/urn/731340 - status daif
https://sunnah.com/abudawud/6/29 - status daif
Hadis tentang berdusta dengan memetik nama Rasulullah ﷺ .
Daripada Abdullah Ibnu Amr, Rasulullah ﷺ bersabda;
بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً وَحَدِّثُوا عَنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ ، وَلاَ حَرَجَ ، وَمَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ
Maksudnya; "Sampaikan dariku walau satu ayat, dan ceritakanlah (apa yang kalian dengar) dari kisah-kisah Bani Isra'il dan itu tidak mengapa (iaitu tidak berdosa walaupun ia tidak sahih dengan syarat memberitahu ia kisah Bani Israil dan bukan hadith). Dan siapa yang berdusta atasku dengan sengaja (iaitu menyebarkan hadith Nabi tanpa memastikan ia sahih terlebih dahulu) maka bersiap-siaplah menempati tempat duduknya di neraka".
(HR al Bukhari no. 3461)
Tafsir surah al Zalzalah
https://rumaysho.com/3487-tafsir-surat-al-zalzalah-kebaikan-dan-kejelekan-walau-sebesar-dzarrah-akan-dibalas.html
Allahu taa'la a'lam bissawab
Post a Comment