DARIPADA Abu Hurairah, katanya bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud:
Sesungguhnya amalan yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari kiamat mengenainya ialah sembahyangnya, jika sembahyangnya diterima, maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia.
Jika sembahyangnya tidak diterima, maka kecewa dan rugilah ia. Jika terkurang daripadanya sembahyang fardu sesuatu.
Allah berfirman: Periksalah, adakah hambaku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang daripada sembahyang fardu.
Demikianlah keadaan amalan lain.
(Hadis riwayat at-Tirmizi).
Allah juga berfirman: Sesungguhnya, solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikan fan menjaga kesempurnaannya, maka dia membangunkan agama, tetapi sesiapa yang meninggalkannya, maka dia meruntuhkan agama.
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Sesiapa menjaga kesempurnaan solat fardu termasuk memperbanyakkan solat sunat, nescaya akan memperoleh kebaikan dan kesenangan di akhirat ketika hari pembalasan.
Ini bermakna, solat menjadi syafaat (pemberi pertolongan) kepada dirinya ketika amalan dihisab untuk menentukan sama ada seseorang itu ahli syurga atau neraka.
Dalam konteks menjaga solat ini, ahli tafsir menjelaskan bahawa dua perkara yang perlu dipelihara iaitu tidak sesekali mengerjakan solat dalam keadaan malas dan juga tidak riak atau menunjuk-nunjuk kepada orang lain.
Orang bertakwa akan mengerjakan solat memenuhi syarat dan rukun serta rasa khusyuk dan patuh dengan perintah Allah. Solat ini diterima oleh Allah dan termasuk dalam golongan yang dinyatakan dalam hadis di atas. Bagi orang yang mengerjakan solat dalam keadaan malas dan riak, solatnya bukan saja tidak diterima, malah mendapat kecelakaan daripada Allah.
Allah berfirman bermaksud : Maka celakalah bagi orang yang solat, iaitu orang yang lalai ketika mengerjakannya.(Surah al-Maaun, ayat 3 hingga 4).
Paling penting, hadis ini menerangkan mengenai kelebihan solat sunat yang akan menampung segala kekurangan solat fardu ketika timbangan amalan kelak.
Moga Semua Solat & Amalan2 Kebaikan kita diterima oleh ALLAH s.w.t . Amin
Sila Klik pada gambar untuk Paparan Lebih JELAS
Ratakan air ke seluruh bahagian kaki sehingga ke paras buku lali atau lebih. PASTIKAN air dilebihkan pada bhgn kulit yg kasar/merekah (sbb air selalunya susah nak kena di tmpat2 tu)
Disunatkan bacaannya pada rakaat pertama shj selepas takbir 'Allahuakbar' sebaik shj Bacaan/Niat solat fardhu.
WAJIB dibaca pada setiap rakaat solat Fardhu & Sunat atau solat akan jadi tidak sah.
Cara menaikkan jari telunjuk ketika bacaan tahiyat awal/akhir
Selepas salam bolehlah dibacakan wirid, zikir & doa lazim atau mana2 doa yang sesuai.
Doa Qunut dikhaskan bacaannya hanya untuk SOLAT SUBUH, dibaca selepas iktidal pada rakaat ke-2.
23 comments:
Alhamdulillah, terima kasih, saya nak minta izin utk share.
Alhamdulillah, terima kasih, saya nak minta izin utk share.
izinkan saya copy n paste, share n print.
Salam...terima kasih...izinkn sy save picture2 ini...untuk panduan sy dan anak2...dan izinkn
minta izin untuk print ye
mintak izin copy, paste ngan print skali.
As Salam..
saya minta izin utk save dan print page ni untuk jadikan rujukan.. syukran
terima kasih atas perkongsian ini. saya minta izin untuk berkongsi juga.
Salam..mohon share ye.thanks
Terima kasih atas info bagus ini!
Rahsia Solat 5 Waktu
Terima kasih, mohon kebenaran untuk print
salam admin, mohon save and share.. terima kasih
Illustrasi sangat menarik. mohon dicopy & paste untuk dimanafaatkan di jalan Allah.terima kasih...moga Allah mengurniakan pahala dan keberkatan diatas usaha tuan..
Alhamdulillah...minta izin copy and share to others.
saya copy n share... syukran jazilan ..sgt menarik.. mudah2an dirahmati Allah s.w.t
saya minta izin utk save gamba ye..terima kasih
Assalam.
Sila semak Hadis Baginda Nabi riwayat Imam Bukhari dan Muslim. Penulis meletakkan firman Allah. Perlu pinda kepada Sabda Bagnda Nabi.
mintak izin untuk copy bagi kegunaan program
Izin @ moho share admin, terima kasih
saya mnta izin untuk share ya bagi praktikal solat pdpr
Mmg kne banyak iftitah ye rakaat pertama ??
izin share di instagram
Post a Comment