Carian Artikel di sini

Sunday, December 4, 2011

Jujur Dalam Mencari Rezeki



Seorang ibu datang kepada Imam Ahmad bin Hambal untuk mendapatkan pandangan tentang pengalaman yang baru saja dialaminya. Dengan wajah bimbang, ia bertanya, “Wahai Imam Ahmad, sesungguhnya saya ini perempuan tidak punya apa-apa. Hidup saya sungguh melarat, hinggakan tak punya lampu untuk menerangi rumah kerana pada siang hari saya harus bekerja mencari sesuap nasi untuk kami sekeluarga makan pada malam hari.”

Ibu itu kemudiannya memberitahu bahawa pekerjaan yang dilakukannya ialah merajut benang untuk di jual di pasar. Bagi tujuan itu, dia perlu menunggu bulan mengambang kerana cahayanya yang terang membolehkannya melakukan kerja tersebut.

Menurutnya lagi, pada suatu malam, satu rombongan kafilah lalu dihadapan rumahnya dengan membawa lampu yang sangat banyak. Lalu dia tidak mempersiakan peluang itu bagi memintal beberapa lembar kapas sehinggalah rombongan itu berlalu pergi.

Ibu itu kemudian bertanya kepada Imam Ahmad, “apakah wang hasil penjualan benang yang saya pintal dalam cahaya lampu milik kafilah itu halal untuk saya gunakan?”

Imam Ahmad merasa kagum mendengar cerita ibu tadi lalu bertanya, “Siapakah kamu yang begitu memberi perhatian terhadap perihal agama yang sebegitu rupa di saat umat Islam lalai dan kikir terhadap harta mereka?”

“Saya adalah saudara perempuan kepada Basyar Al Hafi Rahimahullah,” jawab si ibu, masih dengan kerendahan hatinya.

Mendengar jawaban itu, Imam Ahmad menjadi sebak lalu menangis tersedu-sedu. Itu adalah nama seorang Gabenor yang dikenali sebagai seorang yang beriman dan beramal saleh. Seketika kemudian, Imam Ahmad terdiam tanpa menjawab soalan ibu tersebut. Dalam pada masa yang sama dia sibuk berdoa memohon rahmat atas Gabenor tersebut.

Kemudian barulah Imam Ahmad berkata, “Sesungguhnya kain penutup wajah yang kamu kenakan itu adalah lebih baik daripada serban yang kami pakai. Sesungguhnya kami ini tidak patut jika dibandingkan dengan orang-orang tua yang telah mendahului kita, sedangkan kamu seorang perempuan yang luhur takwa dan rasa takutnya kepada Allah.”

Imam Ahmad berhenti seketika sebelum menyambung kembali, “Tentang pertanyaan kamu tadi, sebenarnya, jika tanpa dengan keizinan rombongan kafilah itu, maka tidak halal bagimu menggunakan wang dari hasil penjualan benang tersebut.”

1 comment:

Anonymous said...

mohon share ya...

Artikel-Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terjemahan Bacaan AL-Quran Untuk Dihayati Bersama

Listen to Quran