Carian Artikel di sini

Wednesday, July 23, 2008

Kenapa perlu buat wasiat

Wasiat akan memastikan Harta Sepencarian diperuntukkan kepada pasangan sebelum pembahagian harta mengikut Hukum Faraid dijalankan. Harta Sepencarian juga dianggap sebagai hutang kepada pasangan dan ia juga dapat memudahkan proses tuntutan pasangan dan melindungi hak pasangan. Melalui wasiat, perlantikan penjaga bagi anak di bawah18 tahun boleh dilakukan untuk menjaga kebajikan anak-anak sekiranya anda dan pasangan ana meninggal dunia secara serentak atau berturut-turut. Perlantikan penjaga yang sesuai akan menjamin masa depan anak-anak anda.

Di dalam wasiat, anda boleh memperuntukkan sebahagian daripada harta untuk diberikan kepada bukan waris(tidak melebihi 33%) bagi tujuan kebajikan. Amalan ini akan memastikan ganjaran yang setimpal daripada Allah SWT.

SIAPA YANG PATUT BERWASIAT ?
1. Orang yang tidak mempunyai anak Sebab : Sebahagian harta akan diberi kepada adikberadik simati (75%)
2. Seseorang yang tidak mempunyai anak lelaki Sebab: Sebahagian harta akan diberikan kepadaadik-beradik simati (20%)
3. Seseorang yang mempunyai anak di bawah umur 18 tahun Sebab : Untuk melantik penjaga bagi anak tersebut
4. Seseorang yang mempunyai anak angkat / tiri Sebab : Anak angkat / tiri tidak mempunyai hak dibawah hukum Faraid
5. Suami Sebab : Melindungi hak harta sepencarian isteri
6. Isteri Sebab : Melindungi hak harta sepencarian suami
7. Ibu / bapa tunggal Sebab : Melindungi kepentingan anak-anak
8.Anak Sebab : Melindungi kepentingan ibu bapa.
Oleh itu adalah lebih baik jika kita dapat mewasiatkan apa yg kita ada kepada orang yang lebih berhak menerimanya.
Untuk maklumat lanjut mengenai cara membuat wasiat ini bolehlah menghubungi EN. AFIZAN IBRAHIM di talian 019-6007317

No comments:

Artikel-Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terjemahan Bacaan AL-Quran Untuk Dihayati Bersama

Listen to Quran