Carian Artikel di sini

Sunday, July 5, 2009

Kesempurnaaan Islam


Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid r.a telah berkata : Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah s.a.w yang mana dia telah menyatakan tujuannya : Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku didunia dan akhirat. Maka baginda s.a.w telah berkata kepadanya. Tanyalah apa yang engkau kehendaki.


1. Dia berkata : "AKU MAHU MENJADI ORANG ALIM". Baginda s.a.w menjawab : "TAKUTLAH KEPADA ALLAH MAKA ENGKAU AKAN MENJADI ORANG YANG ALIM"

2. Dia berkata : "AKU MAHU MENJADI ORANG PALING KAYA" Baginda s.a.w menjawab :
"JADILAH ORANG YANG YAKIN PADA DIRI MAKA ENGKAU AKAN JADI ORANG PALING KAYA"

3. Dia berkata : "AKU MAHU JADI ORANG PALING ADIL" Baginda s.a.w menjawab :
"KASIHANILAH MANUSIA YANG LAIN SEBAGAIMANA ENGKAU KASIH PADA DIRI SENDIRI MAKA JADILAH ENGKAU SEADIL-ADIL MANUSIA"

4. Dia berkata : "AKU MAHU MENJADI ORANG YANG PALING BAIK". Baginda s.a.w menjawab : "JADILAH ORANG YANG BERGUNA KEPADA MASYARAKAT MAKA ENGKAU AKAN JADI SEBAIK-BAIK MANUSIA".

5. Dia berkata : "AKU MAHU MENJADI ORANG YANG ISTIMEWA DI SISI ALLAH" Baginda s.a.w menjawab : "BANYAKKAN ZIKRULLAH NESCAYA ENGKAU AKAN JADI ORANG ISTIMEWA DI SISI ALLAH"

6. Dia berkata : "AKU MAHA DI SEMPURNAKAN IMANKU" Baginda s.a.w menjawab : "PERELOKKAN AKHLAKMU NESCAYA IMANMU AKAN SEMPURNA".

7. Dia berkata : "AKU MAHU TERMASUK DALAM GOLONGAN ORANG YANG MUHSININ (BAIK)" Baginda s.a.w menjawab : "BERIBADAHLAH KEPADA ALLAH SEOLAH-OLAH ENGKAU MELIHATNYA DAN JIKA ENGKAU TIDAK MERASA BEGITU SEKURANGNYA ENGKAU YAKIN DIA TETAP MELIHAT ENGKAU MAKA DENGAN CARA INI ENGKAU AKAN TERMASUK GOLONGAN MUHSININ".

8. Dia berkata : "AKU MAHU TERMASUK DALAM GOLONGAN MEREKA YANG TAAT" Baginda s.a.w menjawab: "TUNAIKAN SEGALA KEWAJIPAN YANG DI FARDUKAN MAKA ENGKAU AKAN TERMASUK DALAM GOLONGAN MEREKA YANG TAAT

9. Dia berkata : "AKU MAHU BERJUMPA ALLAH DALAM KEADAAN BERSIH DARIPADA DOSA" Baginda s.a.w berkata : "BERSIHKAN DIRIMU DARIPADA NAJIS DOSA NESCAYA ENGKAU AKAN MENEMUI ALLAH DALAM KEADAAN SUCI DARI DOSA"

10. Dia berkata : "AKU MAHU DI HIMPUN PADA HARI QIAMAT DI BAWAH CAHAYA"
Baginda s.a.w menjawab : "JANGAN MENZALIMI SESAORANG MAKA ENGKAU AKAN DI HITUNG PADA HARI QIAMAT DI BAWAH CAHAYA"

11. Dia berkata : "AKU MAHU DI KASIHI OLEH ALLAH PADA HARI QIYAMAT"
Baginda s.a.w menjawap : "KASIHILAH DIRIMU DAN KASIHILAH ORANG LAIN NESCAYA ALLAH AKAN MENGASIHANIMU PADA HARI QIYAMAT"

12. Dia berkata : "AKU MAHU DI HAPUSKAN SEGALA DOSAKU" Baginda s.a.w menjawap :
"BANYAKKAN BERISTIGHFAR NESCAYA AKAN DI HAPUSKAN (KURANGKAN) SEGALA DOSAMU"

13. Dia berkata : "AKU MAHU MENJADI SEMULIA-MULIA MANUSIA" Baginda s.a.w menjawap : "JANGAN MENGESYAKI SESUATU PERKARA PADA ORANG LAIN NESCAYA ENGKAU AKAN JADI SEMULIA-MULIA MANUSIA"

14. Dia berkata "AKU MAHU MENJADI SEGAGAH-GAGAH MANUSIA" Baginda s.a.w menjawab : "SENTIASA MENYERAH DIRI (TAWAKKAL) KEPADA ALLAH NESCAYA ENGKAU AKAN JADI SEGAGAH-GAGAH MANUSIA".

15. Dia berkata : "AKU MAHU DI MURAHKAN REZEKI OLEH ALLAH" Baginda s.a.w menjawab :"SENTIASA BERADA DALAM KEADAAN BERSIH (DARI HADAS) NESCAYA ALLAH AKAN MEMURAHKAN REZEKI KEPADAMU"

16. Dia berkata : "AKU MAHU TERMASUK DALAM GOLONGAN MEREKA YANG DI KASIHI ALLAH DAN RASULNYA" Baginda s.a.w menjawab : "CINTAILAH SEGALA APA YANG DISUKAI OLEH ALLAH DAN RASULNYA MAKA ENGKAU TERMASUK DALAM GOLONGAN YANG DI CINTAI OLEH MEREKA"

17. Dia berkata : "AKU MAHU DI SELAMATKAN DARI KEMURKAAN ALLAH PADA HARI QIYAMAT"Baginda s.a.w menjawab : "JANGAN MARAH KEPADA ORANG LAIN NESCAYA ENGKAU AKAN TERSELAMAT DARIPADA KEMURKAAN ALLAH DAN RASULNYA"

18. Dia berkata : "AKU MAHU DI TERIMA SEGALA PERMOHONANKU" Baginda s.a.w menjawab : "JAUHILAH MAKANAN HARAM NESCAYA SEGALA PERMOHONANMU AKAN DI TERIMANYA"

19. Dia berkata : "AKU MAHU AGAR ALLAH MENUTUPKAN SEGALA KEAIBANKU PADA HARI QIYAMAT" Baginda s.a.w menjawab : "TUTUPLAH KEBURUKAN ORANG LAIN NESCAYA ALLAH AKAN MENUTUP KEAIBANMU PADA HARI QIYAMAT"

20. Dia berkata : "SIAPA YANG TERSELAMAT DARIPADA DOSA?" Baginda s.a.w menjawab : "ORANG YANG SENTIASA MENGALIR AIR PENYESALAN, MEREKA YANG TUNDUK PADA KEHENDAKNYA (ALLAH) DAN MEREKA YANG DI TIMPA KESAKITAN"

21. Dia berkata : "APAKAH SEBESAR-BESAR KEBAIKAN DI SISI ALLAH?" Baginda s.a.w menjawab : "ELOK BUDI PEKERTI, RENDAH DIRI DAN SABAR DENGAN UJIAN (BALA)

22. Dia berkata : "APAKAH SEBESAR-BESAR KEJAHATAN DI SISI ALLAH?" Baginda s.a.w menjawab : "BURUK AKHLAK DAN SEDIKIT KETAATAN"

23. Dia berkata : "APAKAH YANG MEREDAKAN KEMURKAAN ALLAH DI DUNIA DAN AKHIRAT?" Baginda s.a.w menjawab : "SEDEKAH DALAM KEADAAN SEMBUNYI (TIDAK DI KETAHUI) DAN MENGHUBUNGKAN KASIH SAYANG"

24. Dia berkata : "APAKAH YANG AKAN MEMADAMKAN API NERAKA PADA HARI QIYAMAT?" Baginda s.a.w menjawab : "SABAR DI DUNIA DENGAN BALA DAN MUSIBAH"

Telah berkata Imam Mustaghfirin : "Aku tidak pernah menjumpai hadis yang besar dan merangkumi kesempurnaan agama dan bermanfaat hadis ini".

Saturday, July 4, 2009

Air atau Besi?

Gambar hiasan dari USGS


Hari ini saya ingin bawakan kisah besi dan air. Secara fizikalnya kita nampak dengan nyata perbezaan di antara besi dan air. Besi, keras dan kuat sementara air, lemah dan lembik. Perbezaan inilah yang membuatkan besi sering mendabik dada kepada sahabatnya, air.


"Lihat diri aku, kuat dan keras bukan seperti kamu yang lemah dan lembik." Selalu besi berkata begitu dengan sombong sekali tapi air yang terkenal dengan ciri-ciri lemah dan lembut hanya diam sahaja mendengar besi mendabik dada.


Suatu hari, besi mengajak air berlumba melalui sebuah gua dan jurang yang penuh dengan rintangan. Pada fikirannya tentu dia akan menang kerana dia kuat dan keras.


"Barangsiapa yang dapat melalui gua dan jurang itu dengan selamat tanpa kecederaan, maka dialah yang menang" kata besi. Air bersetuju dan mereka pun memulakan perlumbaan tersebut.


Rintangan pertama ialah mereka terpaksa melalui pintu gua yang dipenuhi dengan batu-batu yang keras dan tajam. Besi menunjukkan kekuatannya dengan menghentakkan dirinya ke batu-batu tersebut. Keras berlawan dengan keras, tentulah ada yang tercedera. Besi mengalami kecederaan pada tubuhnya. Sementara air melawan kekuatan batu-batu itu dengan kelembutan. Ia menjatuhkan dirinya setitis demi setitis sehingga batu-batu itu terhakis sedikit demi sedikit dan akhirnya air dapat melintasi batu-batu yang tajam itu dengan selamat tanpa kecederaan. Sudah tentu air menang dalam rintangan yang pertama.


Rintangan yang kedua pula ialah mereka terpaksa melalui ruang-ruang dan celah-celah yang sempit di dalam gua. Besi dengan bangganya cuba menembusi celah-celah yang sempit itu dengan memutarkan dirinya. Ruang-ruang yang sempit itu sungguh sulit untuk ditembusi. Semakin kuat besi berputar, semakin besar ruang-ruang itu tetapi semakin banyak kecederaan yang dialaminya. Sementara air mengalir santai di celah-celah ruang sempit tersebut kerana cirinya yang lembut itu dengan mudah dapat membentuk mengikut ruang-ruang tersebut. Sekali lagi air menang dalam rintangan yang kedua.


Mereka tiba di luar gua. Untuk sampai ke garisan penamat mereka harus melintasi rintangan yang ketiga pula iaitu mereka terpaksa melalui satu jurang. Besi tidak tahu apa yang harus dilakukannya untuk melepasi rintangan ini kerana didapatinya jurang itu amat dalam dan lebar.


"Aku sudah kalah dua kali di tangan kamu. Aku akan mengakui kehebatan kamu sekiranya kamu dapat melalui rintangan terakhir ini dengan jayanya" kata besi kepada air.


Air juga mengalami kesulitan untuk melintasi jurang tersebut tanpa kecederaan. Ia berfikir dan cuba mencari jalan. Akhirnya ia membiarkan dirinya diserap oleh matahari menjadi wap dan kemudian membentuk awan. Dengan bentuk ini, air dengan mudah dapat terbang. Dengan bantuan angin, air ditiup ke seberang jurang tersebut dengan selamat. Tiba di seberang, air membentuk semula dirinya ke bentuk asal dan turun sebagai hujan. Dengan itu air telah memenangi ketiga-tiga rintangan itu.


Pilihan di tangan kita samada kita ingin menjadi seperti besi atau air. Bagi saya, ada situasi yang kita perlu menjadi besi dan ada situasi yang kita perlu menjadi air. Mari kita sama-sama fikirkan...

Artikel-Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terjemahan Bacaan AL-Quran Untuk Dihayati Bersama

Listen to Quran