Carian Artikel di sini

Monday, April 4, 2016

KESAN DOSA


Dalam sebuah hadith yang masyhur, sabda Rasulullah saw ;
“Orang yang beriman akan melihat dosanya umpama gunung yang menghempap, manakala ahli maksiat pula akan melihat dosa itu umpama lalat yang hinggap pada hidung.” (Hadith riwayat Bukhari)

Kerana kita akan membicarakan berkenaan kesan dosa. Saya akan bermula efek dosa kepada hati. Raja kepada segala anggota. Nanti selepas kita mengetahui efeknya, kita sendiri yang akan melihat semula diri kita. Sejauh mana kita melihat dosa kita itu sebagai apa. Gunung? Atau lalat yang dikuis kemudian hilang? Kerana dosa, perlu kita padamkannya jika benar hendak menyelamatkan diri kita.
Dosa. Menggelapkan jiwa.

Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya orang mukmin apabila melakukan sesuatu dosa, terbentuklah bintik hitam pada hatinya. Apabila dia bertaubat, kemudian menghentikan dosa-dosanya dan beristighfar, maka bersihlah daripadanya bintik hitam itu. Dan apabila dia terus melakukan dosa, bertambahlah bintik hitam itu pada hatinya, sehingga tertutuplah seluruh hatinya, itulah karat yang disebut Allah SWT di dalam kitabNya: Sesekali tidak, sebenarnya apa yang mereka lakukan telah mengkaratkan(menutup) hati mereka. Surah Al-Mutoffifin ayat 14.” (Hadith riwayat Al-Baihaqi)

Apabila hati gelap, maka terpadamlah pandangan jiwa.
Hubungan dengan Allah SWT akan terputus, lantas maksiat kita akan lakukan tanpa peduli dan berkira-kira. Sebab itu, suka saya ulang-ulang sabda Rasulullah SAW:
“Tidak akan mencuri seorang pencuri, sekiranya ketika dia mencuri itu dia beriman. Tidak akan berzina seorang penzina, sekiranya ketika dia berzina itu dia beriman. Tidak akan meminum arak seorang peminum arak, sekiranya ketika dia meminum arak itu dia beriman.” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

 


Sekiranya dia beriman, dia tidak akan melakukan dosa. Kerana, dosa dengan keimanan adalah dua dunia yang berbeza. Tidak akan bersatu dalam satu masa. Maka hati yang gelap, akan memadamkan keimanan ini, akan melindungi keimanan ini, sekaligus membuatkan kita lemah dan terjerumus ke dalam dosa. Sedangkan hati adalah raja.

Kita perhatikan pula sabda Rasulullah SAW:
“Ketahuilah di dalam jasad itu ada segumpal daging, apabila dia baik maka baiklah seluruh jasad, dan apabila dia buruk maka buruklah seluruh jasad. Ketahuilah bahawa itu adalah hati.” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim, dari Nu’man bin Basyir)

Kita tidak sedar akan hal ini. Kadangkala, kita fikir dosa itu satu perkara lain. Akan masuk ke dalam satu ‘akaun bank’ yang lain. Yang terpisah. Tidak. Tidak dan tidak. Dosa ini akan masuk ke dalam ‘akaun bank’ yang sama. Ibarat virus. Menjalar dan memusnah, memadamkan pahala-pahala, dan menggelapkan jiwa. Seterusnya jika tidak dihalang, jika tidak dicuci dan dibersihkan, bukan sahaja akan merosakkan hati, tetapi juga sikap, akhlak, dan peribadi.

Kerana amalan, adalah apa yang menterjemahkan hati. Kita akan jadi malas beribadah. Kita akan mula rasa jauh daripada Allah SWT, seakan-akan Allah tidak melihat kerja-kerja kita. Kita akan mula rasa cepat penat melakukan kebaikan. Kita akan cepat rasa marah. Cepat berputus asa. Cepat kecewa. Kerana dosa telah menghijab kita daripada Allah SWT.

Penutup: Kerana itu, Kita Perlu Peka.
Kerana itu, dalam hal ini kita perlu tersangat peka dan sensitif.
Dosa, perlu kita pandang sebagai yang lebih kotor daripada najis.
Kalau najis terlekat pada tangan kita, kita boleh rasa geli. Kita cuci. Maka bagaimana pula dosa yang menggelapkan hati, menjauhkan kita daripada Ilahi? Tidakkah sepatutnya kita rasa lebih geli?
Kerana itu, yang benar-benar sensitif dengan dosa ini hanya yang beriman.

Orang beriman bukanlah sempurna. Kerana iman itu naik dan ada masa turunnya. Tetapi keimanan yang bergetar, akan menyedarkan. Orang beriman akan cepat mencuci dosanya bila tersedar. Tidak akan berlama-lama. Dia akan menyesal bersungguh-sungguh, dan berusaha untuk tidak mengulangnya.

Sebab orang yang beriman, akan melihat dosa itu ibarat gunung yang akan menghempapnya.
Tetapi orang-orang yang tidak beriman, yang tidak benar keimanannya, yang ada masalah dengan keimanannya, orang-orang ini hanya akan memandang dosa seperti lalat yang hinggap pada hidungnya. Sangkanya, dengan kuis sedikit, dosa akan hilang begitu sahaja. Tidak ambil peduli.

Sebab itu dia berterusan bergelumang di dalamnya.
Maka siapakah yang berusaha, mencuci hatinya?
Atau sekadar membiarkan hati itu terus melemah dan melemah, dimamah dosa?

Sumber :Masjid alkauthar


 

Hukum melintasi di depan orang solat!



Ramai orang yg masih tak faham hukum melintas depan orang solat bahkan ada Ulama mengatakan Dosa Besar..pernah berlaku di Masjid Universiti Madinah..waktu itu hari kemasukkan pelajar2 baru..pelajar2 dari seluruh dunia ada di universiti Madinah dgn bermacam-macam ragam..

Seorang pelajar France solat berdekatan dgn pintu..Tiba2 pelajar baru dari china nak masuk Masjid..budak france tu tahan dgn tangan..pelajar china tu kehairanan..ada ke patut dia nak masuk masjid tp kene tahan..dia pun cuba nak masuk lagi tp di tahan lagi dgn tangan..pelajar china tu pun naik angin terus pukul budak France tu sebab ingat budak tu saja nak tunjuk otai..mentang-mentanglah dia pelajar baru ingatkan orang nak buli...habis kecoh satu masjid meleraikan...itu di Masjid universiti..tempat orang yg majoritonya Belajar Agama..pun masih ada yg kurang faham kata Syeikh..

Dalam kitab Imam ibnu Daqiq menyatakan Hukum Melintas depan orang Solat ni ada 4:

1_orang yg sdg solat tak sengaja solat di tempat laluan orang dan orang yg lalu tu sudah tidak ada laluan lain (keduanya tidak berdosa)

2_orang yg sdg solat sengaja solat di tempat laluan orang dan yg lalu tu pulak masih ada tempat lain boleh lalu tp sengaja nak lalu depan orang solat (keduanya Berdosa)

3_orang Solat sudah berusaha mencari tempat yg orang tak lintas tp ada orang sengaja lintas depan orang solat tu padahal ada laluan lain.. (orang yg lintas itu sahaja BerDosa)

4_Orang yg solat itu solat di tempat orang lalu padahal ada ruang atau kawasan lain yg orang tak lalu tapi dia tak berusaha mencari tempat orang tak lalu..dan orang yg lalu pulak memang terpaksa lalu di situ.. (orang yg bersolat itu sahaja berdosa) maka sangat penting kita letak sutrah (penghadang) di depan kita ketika kita

Solat..ianya Sunnah Baginda Saw dan sunnat muakkadah..masyAllah pentingnya belajar ilmu. Seeloknya beg @ kayu @ apa saja yang dijadikan Sutrah tinggi dalam 1 kaki. Ianya membolehkan orang lalu lalang di depan kita ketika kita Solat.

Adapun seperti solat di depan kawasan Tawaf ianya berbeza. Namun sunnah ada sutrah .
Hukum di atas diguna pakai dalam suasana tidak bersesak.
Wallahu a'lam

KISAH TAUBAT WANITA TAAT BERIBADAH TAPI TIDAK BERTUDUNG




Al-Kisah diceritakan, ada seorang wanita yang dikenal taat dalam beribadah. Dia sangat rajin melakukan ibadah wajib mahupun sunnah. Hanya ada satu kekurangannya, dia tak mau berjilbab menutupi auratnya.

Setiap kali ditanya dia hanya tersenyum, seraya menjawab: “Insya Allah yang penting hati dulu yang berjilbab.” Sudah banyak orang yang menanyakan mahupun menasihatinya. Tapi jawapannya tetap sama.

Hingga suatu malam dia bermimpi sedang berada disebuah taman yang indah. Rumputnya sangat hijau. Berbagai macam bunga bermekaran. Ia bahkan dapat merasakan bagaimana segarnya udara dan wanginya bunga. Sebuah sungai yang sangat jernih. Airnya kelihatan melintas di pinggir taman. Hembussn angin pun dirasakan di sela-sela jarinya. Ada beberapa wanita di situ yang melintas juga menikmati pemandangan keindahan taman.

Dia pun menghampiri salah seorang wanita tersebut. Wajahnya sangat bersih, seakan-akan memancarkan cahaya yang sangat lembut. “Assalamu’alaikum saudariku…” “Wa’alaikum salam…, selamat datang wahai saudariku…” “Terima kasih, apakah ini syurga?” Wanita itu tersenyum. “Tentu saja bukan wahai saudariku. Ini hanyalah tempat menunggu sebelum syurga.” “Benarkah? Tak dapat kubayangkan seperti apa indahnya syurga jika tempat menunggunya saja sudah seindah ini…” Wanita itu tersenyum lagi kemudian bertanya, “Amalan apa yang membuatmu kembali wahai sudariku?” “Aku selalu menjaga solat, dan aku menambah dengan ibadah-ibadah sunnah. Alhamdulillah.”

Tiba-tiba jauh dihujung taman dia melihat sebuah pintu yang sangat indah. Pintu itu terbuka, dan dia melihat beberapa wanita yang di taman tadi mulai memasukinya satu per satu. “Mari, kita ikut mereka!” Kata wanita itu sambil setengah berlari. “Apa di balik pintu itu?” “Tentu saja syurga wahai saudariku…” Larinya semakin cepat. “Tunggu… tunggu aku…” Dia berlari sekancang-kencangnya, namun tetap tertinggal. Wanita itu hanya setengah berlari sambil tersenyum padanya. Namun dia tetap saja tak mampu mengejarnya meski dia sudah berlari sekuat tenaga.

Dia lalu berteriak, “Amalan apa yang engkau lakukan sehingga engkau nampak begitu lambat?” “Sama denganmu wahai saudariku…” Jawab wanita itu sambil tersenyum. Wanita itu telah mencapai pintu. Sebelah kakinya telah melalui pintu. Sebelum wanita itu melepasi pintu sepenuhnya, dia berteriak pada wanita itu, “Amalan apalagi yang engkau lakukan yang tidak aku lakukan?” Wanita itu menatapnya dan tersenyum lalu berkata, “Apakah engkau tidak memperhatikan dirimu apa yang membezakan dengan diriku?”

Dia sudah kehabisan nafas, tak mampu lagi menjawab, “Apakah engkau mengira bahwa Rabbmu akan mengizinkanmu masuk ke syurga-Nya tanpa jilbab tudung penutup aurat?” Kata wanita itu. Tubuh wanita itu telah melepasi, tapi tiba-tiba kepalanya mengintip keluar memandangnya dan berkata, “Sungguh disayangkan, amalanmu tak mampu membuatmu mengikutiku memasuki syurga ini. Cukuplah syurga hanya sampai di hatimu kerana niatmu adalah menghijabi hati.”

Dia terkesima… lalu terbangun… beristighfar lalu mengambil wudhu. Dia tunaikan solat Malam, menangis dan menyesali perkataannya dahulu.

Dan sekarang dia berjanji sejak saat ini dia akan MENUTUP AURATNYA.

Allah SWT Berfirman “Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal karena mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Al- Ahzab: 59)

Berjilbab @ bertudung menutup aurat adalah perintah langsung dari ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala, melalui utusan-Nya yakni baginda Nabi Besar Muhammad Rasulullah Saw. Yang namanya perintah dari ALLAH adalah wajib bagi seorang hamba untuk mematuhi-Nya. Dan apabila dilanggar, ini jelas seseorang itu telah berdosa.

Sumber: Dunia islam

Hamba Dunia

27 TANDA-TANDA ANDA SUDAH MENJADI HAMBA DUNIA:





1. Anda tidak bersiap-siap saat waktu solat akan tiba.

2. Anda melalui hari ini tanpa sedikit pun membuka lembaran Al-Qur'an lantaran Anda terlalu sibuk.

3. Anda selalu berfikir setiap waktu bagaimana caranya agar harta Anda semakin bertambah.

4. Anda marah ketika ada orang yang memberikan nasihat bahawa perbuatan yang Anda lakukan adalah haram.

5. Anda terus menerus menunda untuk berbuat amal soleh. “Aku akan mengerjakannya besok, nanti dan seterusnya.”

6. Anda sangat kagum dengan gaya hidup orang-orang kaya.

7. Anda selalu bersaing dengan orang lain untuk meraih cita-cita duniawi sehingga terabaikan amal ibadah

8. Anda tidak merasa bersalah saat melakukan dosa-dosa kecil.

9. Anda tidak mampu untuk segera berhenti berbuat yang haram, dan selalu menunda bertaubat kepada Allah.

10. Anda tidak kuasa berbuat sesuatu yang diredhai Allah sekiranya perbuatan itu boleh mengecewakan orang lain.

11. Anda sangat menumpukan perhatian terhadap harta benda yang sangat ingin Anda miliki.

12. Anda merencanakan kehidupan hingga jauh ke hadapan.

13. Anda menjadikan aktiviti belajar agama sebagai aktiviti pengisi waktu luang saja, setelah sibuk berkerjaya

14. Anda memiliki teman-teman yang kebanyakannya tidak mengingatkan Anda kepada Allah.

15. Anda hanya menilai orang lain berdasarkan status sosialnya di dunia.

16. Anda melalui hari ini tanpa sedikit pun memikirkan kematian, bahkan anda benci pada mati dan tidak ingin memikirkannya

17. Anda meluangkan banyak waktu sia-sia melakukan sesuatu yang tidak bermanfaat bagi kehidupan akhirat.

18. Anda merasa sangat malas dan berat untuk mengerjakan suatu ibadah.

19. Anda tidak kuasa mengubah gaya hidup Anda yang suka berpoya-poya, walaupun Anda tahu bahawa Allah tidak menyukai gaya hidup seperti itu.

20. Anda diberi nasihat tentang bahaya memakan harta riba, akan tetapi Anda beralasan bahawa beginilah satu-satunya cara agar tetap bertahan di tengah kesulitan ekonomi.

21. Anda ingin menikmati hidup ini sepuasnya-puasnya

22. Anda sangat perhatian dengan penampilan luaran Anda.

23. Anda meyakini bahawa kematian dan hari kiamat masih lambat lagi dan lama datangnya.

24. Anda ikut menguburkan orang lain yang meninggal, tapi Anda sedikit pun tidak mendapat pengajaran dari kematiannya.

25. Anda mengerjakan solat dengan tergesa-gesa agar segera melanjutkan pekerjaan.

26. Anda tidak pernah berfikir bahawa hari ini boleh jadi hari terakhir Anda hidup di dunia.

27. Anda merasa mendapatkan ketenangan hidup dari berbagai kemewahan yang Anda miliki, bukan merasa tenang dengan mengingati Allah.

- Semoga Allah melindungi kita dari hal tersebut dan semoga kita termasuk golongan hamba-hamba Nya yang soleh.

Amiin..

Artikel-Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terjemahan Bacaan AL-Quran Untuk Dihayati Bersama

Listen to Quran