Lanjutan daripada beberapa soalan yang dimajukan di dalam klip video Hukum Melukis Inai, saya telah meminta Ustaz Hj Wan Basiron untuk memberikan penjelasan berhubung persoalan yang tersebut di atas.
Orang yang paling mendapat siksa pada Hari kiamat adalah para pembuat gambar (pelukis/pengukir) . (Hadis Riwayat al-Bukhari dalam Kitab Pakaian (al-Libas), 5959. Muslim dalam bab yang sama, 2109)
Daripada Ibnu 'Abbas, "Aku mendengar Muhammad berkata, "Barang siapa membuat gambar di dunia ini, dia akan dipersoalkan serta diminta supaya memberikan nyawa kepada apa yang dilukiskannya pada Hari kiamat nanti, tetapi dia tidak akan mampu melakukannya" ." (Hadis Riwayat al-Bukhari Kitab Pakaian (7/72), no. 846)
Rasulullah berkata, "Pembuat gambar ini akan di-azab pada Hari kiamat." Rasulullah menambah, "Malaikat (pembawa rahmat) tidak akan masuk ke dalam rumah yang di dalamnya terdapat gambar"." (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Jual Beli (3/34), no. 318)
Hadis2 bagi jawapan no 2 di bawah ada juga yang berkaitan dengan soalan no 1.
2) Apakah hukum mengantung/meletakkan potrait /photo di dalam rumah?
Berkenaan dengan larangan membuat atau menggantung (menayangkan) gambar-gambar dari lukisan atau yang seumpamanya adalah dapat diperhatikan dengan baik daripada banyak hadis-hadis Rasulullah (s.a.w.) yang sahih. Berikut dibawakan sebahagian daripadanya berserta beberapa fatwa ulama berkenaan dengannya.
Daripada 'Aun bin Abu Juhaifa, Ayahnya menyatakan, "Nabi melarang mengambil duit jual beli anjing Dan darah, melarang kerja-kerja membuat tatoo Dan mentatoo diri, melarang menerima atau memberi riba, Dan juga mencela pembuat gambar". (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Jual Beli (3/34), no. 299)
Daripada 'Aisyah dia menjelaskan, "Aku membeli sebuah bantal bergambar. Apabila Rasulullah melihatnya , dia berdiri di pintu Dan tidak terus masuk ke rumah. Aku menyedari air mukanya berubah kelihatan seperti Ada sesuatu yang tidak disukainya. Aku berkata, "Wahai Rasulullah, aku bertaubat kepada Allah Dan Rasul-Nya, (tolong beritahu aku) apakah dosa Ku?" Rasulullah berkata, " Ada apa dengan bantal ini?" Aku menjawab, "Aku membelinya untuk engkau agar dapat duduk Dan bersandar padanya".
Daripada Said bin Abu al-Hasan, "Ketika saya bersama Ibnu 'Abbas, seorang lelaki datang Dan berkata, "Wahai Ibnu Abbas, pendapatan (periuk nasi) saya adalah dari hasil kerja tangan saya Dan kerja saya adalah membuat gambar-gambar ini". Ibnu 'Abbas berkata, "Saya sekadar memberi tahu apa yang saya dengar dari Rasulullah. Saya mendengar beliau bersabda, "Barang siapa membuat gambar dia akan di-azab oleh Allah sehingga dia mampu menghidupkannya Dan sesungguhnya dia tidak akan berupaya untuk menghidupkannya" . Mendengarkan hal ini, lelaki itu menarik nafas panjang (mengeluh) Dan mukanya menjadi pucat. Ibnu 'Abbas berkata padanya, "Jika kamu masih tetap mahu untuk membuat gambar-gambar, saya menasihatkan agar kamu membuat gambar-gambar pokok (tumbuh-tumbuhan) Dan sebarang gambar yang bukan berupa dari makhluk bernyawa"." (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Jual Beli (3/34), no. 428)
... Ibnu 'Abbas berkata padanya, "Jika kamu masih tetap mahu untuk membuat gambar-gambar, saya menasihatkan agar kamu membuat gambar-gambar pokok (tumbuh-tumbuhan) Dan sebarang gambar yang bukan berupa dari makhluk bernyawa"." (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Jual Beli (3/34), no. 428)
Daripada Ibnu 'Abbas, "Abu Talha, seorang sahabat Rasulullah Dan seorang sahabat yang pernah bersama dalam peperangan badar memberitahu kepadaku bahawa Rasulullah berkata, "Malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya Ada anjing atau gambar." Yang dia maksudkan adalah gambar yang menyerupai makhluk bernyawa." (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Ekspedisi Peperangan Bersama Nabi (5/59), no. 338)
Daripada Abu Talha, "Aku mendengar Rasulullah berkata, "Malaikat (Pembawa Rahmat) tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya Ada anjing atau gambar yang berupa dari makhluk bernyawa"." (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Penciptaan (4/54), no. 448)
Malaikat Rahmat Tidak Akan Memasuki RumahYang Mengandungi (Menayangkan/ Memaparkan) Gambar
Daripada Abu Talha, "Aku mendengar Rasulullah berkata, "Malaikat (Pembawa Rahmat) tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar yang berupa dari makhluk bernyawa"." (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Penciptaan (4/54), no. 448)
"Suatu ketika Malaikat Jibril berjanji kepada Nabi yang mana dia akan datang menemui Nabi, tetapi dia tidak datang-datang. Dan kemudiannya dia (Jibril) memberitahu, "Kami dari golongan malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya mengandungi gambar (berupa makhluk bernyawa) atau anjing." (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/54), no. 450)
'Aisyah menyatakan bahawa Jibril ('alaihis salam) berjanji dengan Rasulullah (s.a.w.) untuk menemuinya pada masa yang telah ditetapkan, namun pada masa yang tersebut, dia (Jibril) tidak datang. Kemudiannya Nabi mencampakkan tongkat di tangannya dan berkata, "Tidak pernah Allah dan utusannya (Malaikat Jibril) memungkiri janji". Kemudian nabi terlihat dan menemui anak anjing di bawah katil dan berkata, "Aisyah, bila anjing ini masuk ke sini?" Dan beliau ('Aisyah) menjawab, "Demi Allah, saya tidak tahu." Kemudiannya Nabi mengarahkan dan anjing itu pun dikeluarkan. Tidak lama selepas itu, Jibril pun datang dan Rasulullah berkata kepadanya, "Engkau berjanji kepada saya dan saya menantikan engkau, tetapi engkau tidak datang-datang. Jibril pun menyatakan, "Di dalam rumah-mu ada anjing, di mana ia menghalang (saya untuk masuk), untuk kami (malaikat) tidak masuk rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar"." (Hadis Riwayat Muslim, Kitab Pakaian &Perhiasan (24), no. 5246)
Daripada Ibnu 'Abbas, "Nabi pernah memasuki Ka'bah dan menemui di dalamnya (lukisan) gambar Nabi Ibrahim dan Mariam. Kemudiannya beliau berkata, "Benda apa ini? Bukankah mereka mengetahui bahawa malaikat tidak masuk rumah yang di dalamnya mengandungi gambar; termasuklah gambar (nabi) Ibrahim ini.. Dan kenapa dia digambarkan sedang mempraktikkan meramal dengan anak panah?"." (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Para Nabi (4/55), no. 570)
Daripada Ibnu 'Abbas, "Abu Talha, seorang sahabat Rasulullah dan seorang sahabat yang pernah bersama dalam peperangan badar memberitahu kepadaku bahawa Rasulullah berkata, "Malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar." Yang dia maksudkan adalah gambar yang menyerupai makhluk bernyawa." (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Ekspedisi Peperangan Bersama Nabi (5/59), no. 338)
Daripada Aisyah, Nabi menyatakan: "Malaikat (pembawa rahmat) tidak akan masuk ke dalam rumah yang di dalamnya terdapat gambar." (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Jual Beli (3/34), no. 318)
Walaubagaimanapun Hukum Fiqh bukanlah kesemuanya ”rigid” berikut beberapa pendapat ulamak yg terkenal.
Imam al-Hafiz Ibnu Hajar al-Atsqalani mengatakan:
"Kata al-Khaththabi: dan gambar yang menghalangi masuknya malaikat ke dalam rumah adalah gambar yang padanya terpenuhi hal-hal yang haram, yakni gambar-gambar berupa makhluk yang bernyawa, yang tidak terpotong kepalanya atau tidak dihinakan. Dan bahawasanya dosa tukang gambar itu besar kerana gambar-gambar itu ada yang di-ibadahi selain ALLAH, selain itu gambar tersebut mudah menimbulkan fitnah (bahaya) bagi yang memandangnya (gambar wanita, tokoh, ulama, red)." (Dinukil dari Majalah Salafy, Edisi V/Zulhijjah/ 1416/1996. Judul asli - Fatwa Ulama tentang Hukum Gambar, oleh Syaikh Abdullah Bin Abdul Aziz bin Baz, mufti Saudi Arabia )
Imam an-Nawawi mengatakan dalam kitabnya, Syarah Sahih Muslim:
"Sahabat kami dan para Ulama selain mereka mengatakan bahawa haramnya membuat gambar haiwan adalah sekeras-keras pengharamaan. Ini termasuk dosa besar kerana ancamannya juga amat besar, sama saja apakah ia dibuat untuk dihinakan atau tidak. Bahkan membuatnya jelas sekali haram kerana meniru ciptaan ALLAH. Sama saja apakah itu dilukis pada pakaian, permadani, mata wang, bejana, dinding atau lainnya. Adapun menggambar pepohonan dan sesuatu yang tidak bernyawa, tidak mengapa. Inilah hakikat hukum membuat gambar. Sedangkan gambar makhluk bernyawa, jika digantung/ditampal di dinding, di serban dan tindakan yang tidak termasuk menghinakannya, maka jelas hal itu terlarang. Sebaliknya bila dibentangkan dan dipijak sebagai alas kaki atau sebagai sandaran (setelah dipotong kepalanya, ed.) maka tidaklah haram dan tidak ada bezanya adakah gambar yang tersebut berjasad (mempunyai bayangan atau 3 dimensi) atau tidak. Ini adalah kesimpulan mazhab kami dalam masalah ini yang semakna dengan perkataan jumhur Ulama dari kalangan para Sahabat, Tabi'in, dan orang yang sesudah mereka (Tabi'ut Tabi'in). Ini juga pendapat Imam ats-Tsauri, Malik Bin Anas dan Abu Hanifah serta ulama lainnya.
"Tinggalkan apa yang meragukanmu kepada yang tidak meragukanmu. " (Hadis Riwayat Ahmad, 1/200. Disahihkan oleh Ahmad Syakir dalam tahqiqnya terhadap Musnad, 3/169. ath-Thayalisi, m.s. 163, no. 1178 dan al-Albani mensahihkannya dalam Jamius Shaghir, no. 3372 dan 3373)
Sheikh Muhammad bin Sholeh al-Utsaimin ditanya mengenai hukum membuat gambar, sama ada dengan menggunakan tangan (melukis) atau dengan alat pembuat gambar (kamera), apa hukum menggantung gambar di atas dinding, dan apa hukum memiliki gambar hanya sekadar dijadikan sebagai kenangan – berikut jawapannya.
Melukis dengan tangan adalah perbuatan yang diharamkan, bahkan melukis adalah termasuk salah satu dosa besar, kerana Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam melaknat para pembuat gambar (pelukis), sedangkan laknat tidak akan ditunjukan kecuali terhadap suatu dosa besar, sama ada yang digambar untuk tujuan mengungkapkan keindahan, atau yang dilukiskan (dijadikan gambar) sebagai model (bahan bantuan, ed.) bagi para pelajar, atau untuk hal-hal lainnya, maka hal itu adalah haram.
Tetapi bila seseorang melukiskan (menjadikan gambar) dari bahagian tubuh, seperti tangan saja, maka hal itu diperbolehkan. Adapun mengambil gambar dengan menggunakan alat fotografi, maka hal itu diperbolehkan kerana tidak termasuk pada perbuatan melukis. Yang menjadi pertanyaan adalah: Apa maksud dari pengambilan gambar tersebut? Jika pengambilan gambar (pemotretan) itu adalah yang dimaksudkan agar dimiliki oleh seseorang meskipun hanya dijadikan sebagai kenangan, maka pengambilan gambar tersebut hukumnya menjadi haram, hal itu dikeranakan segala macam sarana bergantung dari tujuan untuk apa sarana tersebut dipergunakan, sedangkan memiliki gambar hukumnya adalah haram. Kerana Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam telah menjelaskan bahawa malaikat enggan memasuki rumah yang ada gambar di dalamnya, di mana hal itu menunjukkan kepada haramnya memiliki dan meletakkan gambar di dalam rumah.
Adapun menggantungkan gambar atau foto di atas dinding adalah haram hukumnya sehingga tidak diperbolehkan untuk menggantungnya meskipun sekadar untuk kenangan, kerana malaikat enggan memasuki rumah yang di dalamnya terdapat gambar. (Rujukan: Fatwa-Fatwa Sheikh Ibn Utsaimin yang beliau tanda tangani, disalin dari kitab al-Fatawa asy-Syar'iyyah Fi al-Masa'il al-Ashriyyah Min Fatawa Ulama al-Balad al-Haram, Edisi Indonesia "Fatwa-Fatwa Terkini-3", Penyusun Khalid al-Juraisy, Penerjemah Amir Hamzah, Penerbit Darul Haq)