Carian Artikel di sini

Saturday, March 31, 2012

Cara Asif Memindahkan Istana Balqis


Artikel ini adalah sebagai membahaskan hujah Muhammad Isa Dawud tentang penggunaan tenaga cahaya dalam operasi pemindahan Istana Balqis oleh Asif Bin Barqiya.
Artikel ini juga ingin menyatakan ‘tidak setuju’ akan pendapat bahawa Asif telah menggunakan tenaga cahaya. Hujah ini bukanlah kajian baru, tetapi hujah yang diambil dari kitab kajian-kajian ulama’-ulama’ tasawuf terdahulu.
Dalam bukunya (Muhammad Isa Dawud) yang bertajuk, “Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin Di Segitiga Bermuda”, dengan panjang lebarnya menerangkan akan teknologi cahaya yang telah dicapai sejak zaman silam.
Penerangan ini mencakupi pelbagai sudut dan intipati bermula dari beberapa kiraan kelajuan cahaya, kenderaan UFO sehinggalah kepada kesimpulan bahawa Asif Bin Barqiya telah menggunakan cahaya.
(kami sendiri berasa hairan mengapa MID tidak menggunakan kitab tasawuf untuk membahas soal Asif bin Barqiya, mustahil beliau tidak mengetahui. Namun mungkin beliau ada sebab-sebab tertentu yang tidak dapat kita fikirkan. Mudah-mudahan Allah melimpahi rahmat dan kesihatan atasnya untuk terus menulis)
Sebenarnya Asif Bin Barqiya bukanlah seorang saintis, tetapi beliau adalah ahli sufi, ahli tasawuf dan pengamal tarekat dengan ilmu-ilmu laduni yang tak terkira banyaknya.
Biografi Asif Bin Barqiya hanya dapat diperoleh melalui kitab-kitab pengajian tasawuf dan kelas-kelas tarekat sama ada di Timur Tengah, Pattani, Malaysia atau Indonesia. Bagi sesiapa yang pernah menyertai kumpulan-kumpulan tarekat Shatriyah atau Ahmadiah, sudah pasti guru-guru tarekat tidak terlepas mendedahkan tentang hal Asif yang zuhud ini.
Bagaimana Asif Memindahkan Istana Balqis?
Sebelum menjawab soalan di atas adalah lebih baik kita renung semula ayat al-Quran berikut:
“Hai pembesar-pembesar siapakah diantar kamu sekelian sanggup membawa singgahsananya kepada ku sebelum mereka datang kepada ku sebagai orang-orang yang berserah diri.”
“Berkata Ifrit (yang cerdik) itu dari golongan jin, aku akan datang kepada ku dengan membawa singgahsana itu kepada mu sebelum kamu berdiri dari tempat dudukmu; sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk membawanya lagi dapat dipercayai. Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu dari al-Kitab; “Aku akan membawa singgahsana itu kepada mu sebelum matamu berkedip.”
“Maka tatkala Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di hadapannya, ia pun berkata; “Ini termasuk kurniaan Tuhanku untuk menguji aku, apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmat-Nya) . Dan barang siapa bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri. Dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia.” (An-Namli, ayat 38-40)
Jawapannya ialah;
Cara Asif memindahkan Istana Balqis cukup mudah iaitu dengan niat di dalam hati sahaja. Walaupun Asif hanya sekadar berniat, tetapi “niat” yang dicetuskan dalam hati Asif tidak sama dengan cara kita orang biasa berniat.
Niat yang didetikkan oleh Asif sebenarnya “berkaedah”. Dan ia sejenis kaedah teknologi yang berkaitan amalan-amalan tarekat dalam ilmu tasawuf.
Niat beliau telah disokong oleh suatu teknologi tasawuf yang diberi namaKeramat Dunia Ke-19.
Dalam kitab Lum’atul Aurad karangan Wan Ali Bin Abdul Rahman Al-Kelantani ada membahaskan bahawa ketika Asif berniat ‘menghadirkan’istana Balqis, Asif telah menyertakan sekali dalam niatnya kalimah “Yaa zaljalaa..liwal ikram…”.
Ulama’-ulama’ tasawuf keseluruhannya menyetujui bahawa martabat teknologi yang dimiliki Asif adalah antara tertinggi dikalangan manusia biasa (tidak termasuk Nabi & Rasul). Teknologi keramat Asif sudah berada di puncak teknologi tasawuf yang dinamakan capaian akhir “Kun fayakun”.
Perbahasan panjang lebar tentang martabat-martabat keramat seperti ini juga boleh didapati dalam kitab Syarah Hikam dan Sairus As-Salikin.
Apakah Keramat Dunia KE-19?
Keramat Dunia Ke-19 atau ringkasnya KDK-19 ialah suatu martabat ilmu yang dianugerahkan Allah SWT kepada insan-insan yang telah mencapai tahap kekasih Allah. Sesiapa sahaja boleh memperolehnya asalkan bertaqwa, berzuhud, bertarekat dan beramal soleh.
KDK-19 tidak boleh diperoleh hanya dengan kuat beribadat dan berzikir. Terdapat kaedah-kaedah tertentu yang mesti diikuti dan dipandu oleh guru tarekat yang mursyid untuk memperolehnya.
Keramat Dunia Ke-19 bermaksud sesiapa yang memilikinya akan mampumenghadirkan atau mengadakan sesuatu benda, kejadian atau tingkahlaku hanya dengan niat di dalam hati. Dalam erti kata lain apa yang terlintas di hati akan dimakbulkan Allah.
Peringkat-Peringkat Keramat Dunia
Di dalam kitab tasawuf telah diterangkan dengan nyata akan KDK-1 hingga KDK-20. KDK boleh diringkaskan sebagai visi akhir seseorang ahli tarekat. Tetapi ada juga ahli tarekat yang tiada langsung mendapat KDK ini, cuma sekadar mendapat keramat-keramat yang biasa seperti menyembuhkan penyakit, berkomunikasi jarak jauh atau berjalan di atas air.
Berikut ialah senarai teknologi KDK yang menjadi rebutan ahli-ahli tarekat:
KDK-1 : Peringkat ini Allah amat kasihkan dan memuji-muji nama mereka (ahli tasawuf). Alangkah bertuah dan mulianya mereka ini kerana sentiasa dipuji Allah.
KDK-2 : Allah sendiri mengucap terima kasih kepada mereka. Sekiranya kita diucap terima kasih oleh seorang yang hina pun sudah cukup baik, apatah lagi jika Allah sendiri yang mengucapkannya.
KDK-3 : Allah Taala sangat kasih dan cinta akan mereka. Jika seorang raja mencintai kita sudah cukup untuk kita bermegah dan mendapat faedah, apatah lagi raja sekian alam sendiri yang cintakan kita.
KDK-4 : Allah Taala sendiri menjadi wakil untuk mengurus urusan mereka.
KDK-5 : Allah Taala menjamin rezeki ke atas mereka ke mana sahaja mereka pergi.
KDK-6 : Allah Taala mengawal tubuh badan mereka dari disakiti musuh.
KDK-7 : Allah Taala menjadi sahabat teman setia mereka.
KDK-8 : Ahli sufi berjiwa besar dan tidak terasa terhina membuat kerja-kerja yang tidak disukai orang. Malah mereka tidak suka ditolong orang hatta raja sekalipun.
KDK-9 : Tinggi hemah dan kezuhudan seta tidak sedikit pun ternoda dengan kemegahan dunia.
KDK-10 : Kaya hati, tenteram dan aman. Tidak terkejut dengan kekayaan baru yang datang dan tidak pula susah hati bila ditimpa kemiskinan.
KDK-11 : Bersinar-sinar nur hati mereka hingga dapat memberi petunjuk kepada orang ramai tentang ilmu-ilmu rahsia, hikmat-hikmat yang tidak dapat diberi oleh manusia biasa.
KDK-12 : Sentiasa berlapang dada sehingga bala yang besar tidak mampu langsung menggundah-gulanakan jiwa mereka.
KDK-13 : Wajah mereka sentiasa terpancar sinar kehebatan dan mampu merebahkan orang yang melihat atau musuh yang mendekati hatta raja yang zalim sekali pun.
KDK-14 : Allah Taala melimpah keberkatan pada segala pergerakan tubuh dan perilaku mereka seperti tempat tidur, bekas makan dan tempat duduk sehingga diambil orang untuk keberkatan. Malah yang bersahabat dengan mereka juga mendapat tempias ilmu-ilmu keramat mereka.
KDK-15 : Mereka menguasai lipat jalan bumi, udara dan air sehingga jika dikehendaki terbang di udara atau menyelam di laut dalam nescaya diperkenankan Allah.
KDK-16 : Mereka dapat menunduk dan menjinakkan segala jenis binatang buas malah binatang itu dapat dijadikan khadam suruhan pula.
KDK-17 : Mereka dianugerahkan perbendaharaan bumi. Sekiranya mereka mengkehendaki harta karun itu timbul dari perut bumi nescaya berlaku. Mereka juga mampu mendatangkan rezeki (makanan) sendiri jika terasa kelaparan.
KDK-18 : Mereka menjadi tumpuan orang ramai Kepada orang yang berhajat berkasih kepada Allah wajarlah dijadikan mereka ini sebagai wasilah. Berkhadamlah dengan mereka ini mudah-mudahan akan sampai makrifat kepada Allah.
KDK-19 : Apa sahaja yang terlintas di hati atau tergerak lidah untuk meminta sesuatu hajat nescaya tercapailah hajat mereka.
KDK-20 : Terjatuh mesra kasih orang ramai apabila terpandang mereka.
Kesimpulan
Dajjal tahu siapa Asif bin Barqiya, apa kehebatannya dan ini bukan sesuatu jangkaan kerana Dajjal mampu mendapat maklumat berikut melalui Iblis laknatullah. Cuma Dajjal itu tidak mampu meniru dan mencipta ilmu tasawuf kerana ia ilmu makrifat yang berkaitan kezuhudan hati.
Dajjal tidak mampu mencipta teknologi ini kerana ia berasaskan wirid dan zikir. Zikir tidak boleh dilihat kehebatannya, ianya hanya boleh didengar.
Menyedari kekurangan ini Dajjal terpaksa berhempas pulas menggunakan tenaga elektrik dan cahaya untuk menandingi ilmu tasawuf ini. Eksperimen Phildephia sudah menjalani beratus-ratus ujian tanpa diketahui.
Ini bukanlah bermakna Dajjal masih diperingkat tenaga elektrik, Dajjal sudah pun mempunyai teknologi cahaya yang digunakan UFO. Cuma Dajjal belum bersedia menimbulkan teknologi itu di tengah-tengah masyarakat sekarang kerana ia belum sesuai.
Kejayaan menggunakan cahaya akan berlaku juga seperti kejayaan memunculkan gambar di skrin televisyen zaman dahulu. Idea teknologi ini akan didetikkan di otak salah seorang terpilih (the chosen one) tidak lama lagi.
Dengan terhebahnya teknologi itu kelak maka hampirlah saat perang dunia akhir zaman.
P/S : Maklumat ilmu tasawuf adalah sesuatu yang sensitif bagi masyarakat yang tiada ilmu zaman sekarang ini. Bagi yang berminat mengetahuinya dengan lebih lanjut hendaklah menanyakan sendiri kepada tuan guru-tuan guru di mana-mana sekolah pondok. Jangan sesekali menanyakan ilmu ini di internet walaupun ada ustaz-ustaz yang membuka ruang bicara secara online

Friday, March 30, 2012

Kewajipan Berselawat ke atas Nabi S.A.W



Pengertian Selawat

Selawat adalah jamak dari kalimat solat . Selawat menurut bahasa ertinya ialah doa , rahmat dari allah , memberi berkah dan ibadat .

Dalam kitab suci Al-Quran Allah berfirman yang bermaksud “ Sesungguhnya Allah dan para malaikat-nya selawat kepada Nabi . Hai orang² yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya .” ( Surah Al-Ahzab:ayat 56 )

Selawat kepada nabi terdiri dari tiga macam tingkatan :

1.                      Selawat Allah kepada Nabi dan Rasulnya , istimewa kepada Nabi Muhammad S.A.W. bererti Allah memberi rahmat , memuji dan melahirkan keutamaan serta mendekatkan Nabi Muhammad S.A.W kepadanya .

2.                      Selawat para Malaikat kepada para Nabi dan Rasul dan Nabi Muhammad S.A.W , bererti malaikat² mendoakan atau memohon rahmat kemuliaan serta keampunan .

3.                      Selawat manusia kepada Nabi Muhammad S.A.W , bererti mengakui kerasulannya , memohon kepada Allah melahirkan keutamaan , kemuliaan dan mengakui serta mengikuti kebenaran ajaran yang dibawanya .

Hukum Membaca Selawat

Para ulamak telah memberi berbagai pendapat tentang hokum membaca selawat ke atas Nabi S.A.W diantaranya :

1.          Imam Syafie mengatakan , selawat itu wajib dibacakan dlm tasyahud akhir, iaitu di antara tasyahud (tahiyyat) dan salam .

2.          Imam Asy-Sya’bi berpendapat, selawat wajib dibaca dalam solat dalam kedu-dua tasyhud awal dan akhir .

3.          Abu Jaafar Al-Baqir mengatakan , selawat wajib dibaca di dalam solat sama ada dlm tasyahud awal atau akhir .

4.          Abu Bakar ibnu Al-Baqir berpendapat , selawat wajib dibaca tanpa mengira bilangannya .

5.          Abu Bakar Ar-Razi & Ibnu Hazmin berpendapat , berselawat wajib dalam seumur hidup walaupun hanya sekali .

6.          At-Thahawi berpendapat , selawat wajib apabila seseorang mendengar orang menyebut nama Nabi Muhammad S.A.W

7.          Az-Zamakhsyari berpendapat , selawat wajib dibaca pada tiap² sesuatu majlis .

8.          Ibnu Jarir At-Thabari berpendapat , berselawat kepada Nabi adalah suatu pekerjaan yang disukai sahaja .

9.          Ibnu Qashshar berpendapat , berselawat kpd Nabi adalah suatu ibadah wajib .

Kesimpulannya , membaca selawat ke atas Nabi S.A.W adalah suatu amaliah dan ibadah yang terpuji yang amat disukai Allah dan para malaikat-nya serta sangat dianjurkan sebagai suatu penghormatan dan memohon rahmat kepada Nabi S.A.W.

Dalil-dalil Hadis Tentang Selawat

1.                      Sabda Nabi S.A.W “ Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.” ( Hadis Riwayat At-Trimidzi )

2.                      Sabda Nabi s.a.w : “ Berselawat atas para Nabi Allah dan utusan-Nya sebagaimana kamu berselawat kepadaku kerana mereka itu sama diutuskan sebagaimana aku diutus . “ (Hadis Riwayat Ahmad & Al-Khatib )

3.                      Sabda Nabi s.a.w : “ Dari Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : Janganlah kamu jadikan kuburku sebagai tempat perayaan dan berselawatlah kepadaku , maka sesungguhnya bacaan selawatmu itu akan sampai kepadaku dimana sahaja kamu berada . “ ( Hadis Riwayat Abu Daud )

4.                      Sabda Nabi s.a.w : “ Tiada dari seseorang yang mengucapkan salam kepadaku melainkan Allah menerima ruhku sehingga aku menjawab salam kepadanya. “ ( Hadis Riwayat Abu Daud )

Berdasarkan dari hadis² , jelas bahawa membaca selawat kepada Nabi s.a.w adalah suatu dari rangkaian iman dan ibadah yang wajib disempurnakan oleh kaum Muslimin dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan . Semoga dengan sentiasa berselawat ke atas Nabi , Allah akan memberi rahmat dan keberkatan dalam kehidupan kaum Muslimin .

Waktu-Waktu berselawat

Terdapat banyak hadis yang menerangkan mengenai tempat² dan waktu² yang dituntut supaya kaum Muslimin membaca selawat ke atas Nabi s.a.w. Diantaranya :

1.          Ketika hendak masuk ke dalam masjid dan ketika hendak keluar darinya . Nabi s.aw bersabda :         “ Apabila seseorang kamu masuk ke dalam masjid , maka hendaklah ia membaca salam kepadaku ( selawat dan salam ). Sesudah itu berdoa : Wahai Tuhanku , bukakanlah untukku segala pintu rahmat-Mu . Dan apabila ia hendak keluar hendaklah berdoa : Wahai Tuhanku , aku memohon kepadamu limpahan rahmat-Mu .” ( Hadis Riwayat Abu Daud )

 Ibnu Sunni menceritakan bahawa apabila Rasulullah s.a.w masuk dari masjid beliau membaca selawat  yang bermaksud “ Dengan Nama Allah , selawatlah keatas Muhammad “

2.          Sesudah Azan . Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud : “ Apabila kamu mendengar mu’azzin yang menyerukan azan, maka jawablah dengan bacaan yang sama ia baca. Setelah selesai maka berselawatlah kamu kepadaku .” ( Hadis Riwayat Ahmad dan Muslim )

3.          Sesudah membaca tasyahud akhir dalam sembahyang .

4.          Di dalam sembahyang jenazah . Menurut Imam Syafi’e dalam Al-Musnad : “ Sunnah Rasulullah s.a.w dalam melaksanakan sembahyang jenazah adalah bertakbir pada permulaannya , setelah itu ia membaca fatihah lalu takbir kedua dan sesudahnya membaca selawat dan kemudian bertakbir lagi kali ketiga.”

5.          Diantara takbir-takbir sembahyang sunat hari raya . Berkata sebahagian ulamak adalah lebih baik jika membaca selawat mengiringi takbir hari raya seperti yang bermaksud “ Maha suci Allah segala puji dan sanjungan bagi Allah jua . Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah yang Maha Besar. Ya Allah , muliakan olehmu Nabi Muhammad dan keluarganya. Ya Allah ampuni aku dan berilah rahmat kepadaku. “

6.          Di permulaan dan akhir doa . Nabi bersabda : “ Sesungguhnya doa itu berhenti antara langit dan bumi . tiada naik , barang sedikit jua daripadanya sehingga kamu berselawat kepada Nabimu. “   ( Hadis Riwayat At-Tirmidzi )

7.          Di akhir qunut dalam sembahyang . Diriwayatkan oleh An-Nasai bahawa disukai seseorang mengakhiri qunut dengan membaca selawat yg bermaksud “  Dan mudah-mudahan Allah melimpahkan selawat (rahmat) atas Muhammad . “

8.          Di malam dan di hari Jumaat . Sabda Nabi s.a.w yg bermaksud “ Banyakkanlah olehmu membaca selawat di malam hari Jumaat dan siangnya kerana selawat itu dikemukakan kepadaku . “        ( Hadis Riwayat Thabarani )

9.          Di dalam khutbah Jumaat . Dalam mazhab Syafi’e para khatib wajib membaca selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w pada permulaan kutbah , sesudah membaca thamid dan juga sebelum akhir khutbah Jumaat .

10.    Ketika berziarah di makam atau kubur Nabi Muhammad s.a.w . Sabda Nabi s.a.w : “ Tidak seorang pun di antara kamu yang memberi salamnya iaitu di sisi kuburku , melainkan Allah mengembalikan kepadaku ruhku untuk menjawab salamnya. “ ( Hadis Riwayat Abu Daud )

11.    Sesudah bertalbiah . Sabda Nabi s.a.w : “ Memang disuruh seseorang membaca selawat untuk Nabi ketika ia telah selesai talbiahnya dalam segala keadaan . “ ( Hadis Riwayat Syafi’i &Daraquthni )

12.    Ketika setiap mengadakan majlis atau keramaian . Sabda Nabi s.a.w : “ Tiadalah duduk suatu kaum di dalam sesuatu majlis sedang mereka telah menyebut (mengingati) Allah Taala dan tiada berselawat ke atas Nabinya, melainkan menderita nescaya Allah akan menyeksa mereka dan jika Allah menghendaki nescaya akan mengampuni mereka .” (Hadis Riwayat At-Tirmidzi & Abu Daud)

13.    Ketika berjumpa sahabat handai atau saudara mara sesame Islam . Sabda Nabi s.a.w : “ Tiadalah dua hamba yang saling cinta mencintai kerana Allah yang berjumpa salah seorang yang lain lalu berjabat tangan ( bersalam ) dan berselawat kepada Nabi s.a.w . melainkan Allah mengampuni dosanya sebelum mereka berpisah , baik yang telah lalu ataupun yang akan datang . “ ( Hadis riwayat Ibnu Sunni )

14.    Ketika akan memulakan sesuatu pekerjaan yang baik atau penting . Sabda Nabi s.a.w : “ Setiap pekerjaan yang baik yang tidak dimulai dengan hamdalah (memuji Allah) dan selawat , maka pekerjaan atau urusan itu terputus dan hilang barkahnya . “ ( Hadis Riwayat Ar-Rahawi )

15.    ketika mendengar orang menyebut nama Nabi s.a.w . Sabda Nabi s.a.w : “ orang yang bakhil itu adalah orang yang tidak mahu berselawat ketika orang menyebut namaku di sisinya . “ ( Hadis Riwayat At-Tirmidzi )

16.    Ketika telinga berdengung . Sabda Nabi s.a.w : “ Jika telinga salah seorang dari kamu berdengung , maka hendaklah ia mengingati dan berselawat kepadaku . “ ( Hadis Riwayat Ibnu Sunni )

17.    Ketika mengalami kesusahan dan kebimbangan . Diberitakan oleh Ubay bin Kaab bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah , ujurnya : “ Ya Rasulullah bagaimana pendapat engkau sekiranya aku jadikan selawat untuk engkau semua? Jawap Rasulullah s.a.w “ Kalau demikian Allah akan memelihara engkau baik mengenai dunia mahu pun mengenai akhiratmu. “ ( Hadis Riwayat Ahmad )

18.    Setiap waktu pagi dan petang . Sabda Nabi s.a.w : “ Barang siapa berselawat kepadaku waktu pagi sepuluh kali dan waktu petang sepuluh kali , maka ia akan mendapat syafaatku di hari kiamat . “  ( Hadis Riwayat Thabarani )

Artikel-Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terjemahan Bacaan AL-Quran Untuk Dihayati Bersama

Listen to Quran