Carian Artikel di sini

Monday, January 30, 2012

Ilmu Tasawwuf


Kepentingan Ilmu Tasawuf
(di tulis oleh: Ustaz Azhar Idrus)

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahiim

Ilmu Tasawwuf merupakan salah satu cabang ilmu-ilmu islam selain
daripada ilmu akidah dan juga ilmu syariat(fiqh). Ia merupakan suatu
ilmu yang perlu dipelajari oleh setiap muslim demi kesempurnaan
sesuatu ibadah yang dilakukan.
Oleh itu, ilmu tasawwuf ini harus difahami berlandaskan tuntutan Al
Quran dan Sunnah, agar kita tidak tergelincir menjadi kaum yang
memahami secara melampau berkaitan ilmu tasawwuf ini seperti ada
orang yang mendalaminya supaya mendapat kelebihan kelebihan tertentu
seperti kebal, dapat terbang di udara, berjalan di atas air dan
sebagainya. Kita tidak menolak karamah yang diberikan Allah, tetapi
janganlah karamah itu yg menjadi tujuan utama.

Di dalam kesempatan ini, marilah kita sama sama meneliti beberapa
kepentingan dan tujuan tujuan mendalami ilmu tasawwuf. Antara
kepentingan dan tujuan mendalami ilmu tasawwuf adalah :

1. Agar ummat islam dapat menjalani hidup dengan baik dan
seimbang selaras dengan identiti mereka yang difirmankan Allah Taala
(maksud): "dan demikianlah kami telah menjadikan kamu satu ummat
pertengahan"(143:Al Baqarah).

Ummat pertengahan adalah ummat yang bersikap sederhana dalam urusan
kehidupan,tidak terlebih dan tidak terkurang. Mereka dapat
mengimbangi antara urusan dunia dan urusan akhirat. Mereka mengambil
kedua-duanya tetapi mereka mengutamakan akhirat kerana akhirat
itu "khairun wa abqo". Mereka tidak mengabaikan dunia, malah
menjadikan dunia sebagai "mazraa'tul akhirat".

Mereka sedar jika mereka tidak menguasai dunia nescaya ianya akan
dikuasai oleh ummat lain yang akan mengancam keselamatan ummat islam
dan keutuhan syariat islam itu sendiri.Sebagaimana yang dapat kita
lihat pada hari ini,kuasa kuffar laknatullah sedang menggayang
daging ummat islam seluruh dunia terutama di palestin, iraq,
afghanistan dan sebagainya.

2. Agar ummat islam bukan hanya ummat yang berdoa semata mata
kepada Allah tanpa adanya usaha yang bersunguh sungguh. Mereka tidak
semata mata berdoa tetapi mereka terus berusaha kerana mereka faham
maksud firman Allah Taala ( maksud): "Sesungguhnya Allah tidak akan
mengubah nasib suatu kaum sehingga kaum itu sendiri yang berusaha
mengubahnya"(11:ArRa'd).

Mereka juga faham apa yang dilarang oleh Saidina Umar r.a "janganlah
seseorang daripada kamu duduk tanpa berusaha mencari rezeki sambil
berdoa"Ya Allah, kurniakan rezeki kepadaku" maka sesungguhnya kamu
mengetahui bahawa langit tidak menurunkan hujan emas dan perak".

3. Agar kita memahami dan mengerti tentang pengertian ibadah
itu sendiri dalam lingkungan yang luas.Mereka memahami ibadat itu
sebagaimana yang tersebut dalam hadis nabi s.a.w daripada Abi said
Al khudri, sabda nabi (maksud) "peniaga yang benar sifatnya lagi
amanah adalah bersama sama para nabi,para siddiqin dan para
syuhada'" (riwayat attirmizi).

Dr. Yusuf Al Qardawi dalam bukunya " Al Ibadah Fi Islam" telah
memetik apa yang ditulis oleh Syaikh Islam ibnu Taimiah dalah
risalahnya "Al Ubudiah", katanya "ibadah adalah satu nama yang
merangkumi bagi semua perkara yang dikasihi dan diredhai Allah
daripada perkataan-perkatan dan perbuatan-perbuatan, batinnya dan
zahirnya, sembahyang,zakat,puasa,haji,bercakap benar,menunaikan
amanah,berbuat baik pada ibubapa, menghubung silaturrahim,setia pada
janji, menyuruh berbuat baik, baik pada jiran tetangga, anak
yatim,orang musafir, orang miskin, hamba sahaya dan
binatang,berdoa,berzikir,membaca dan seumpamanya itu adalah ibadah.

Begitu juga cintakan Allah dan rasulNya, takutkan Allah, kembali
kepadaNya, ikhlas beragama kepada Allah, sabar terhadap hukumanNya,
syukur atas nikmatNya, redha dengan qada'Nya, bertawakkal padaNya,
berharap pada rahmatNya, takut pada azabNya dan seumpama itu adalah
beribadah kepada Allah."

4. Memahami benar-benar pengertian sebenar zuhud,uzlah dan
tawakkal. Dengan itu tidak menjadikan mereka lemah, tidak menjadikan
mereka miskin dan makan bantuan orang lain, tidak menjadikan meraka
jahil bebal dan mereka tidak dikuasai oleh orang kafir tetapi mereka
menguasai orang kafir. Mereka sanggup berkorban bukan dikorbankan
sebagaimana yang berlaku pada ummat islam hari ini.

5. Dengan kefahaman yang benar terhadap tasawwuf ini
berlandaskan Al Quran, Sunnah dan sirah rasul dan disusuli dengan
penghayatan, meletakkan ummat islam sebagai sebaik baik ummat. Dan
pada ketika itu, ummat umat lain akan tertarik dan terpesona
dengan "khairun ummat" ini dan seterusnya akan berlakulah apa yang
difirmankan Allah Taala (maksud) "Apabila telah datang pertolongan
Allah dan kemenangan, kamu melihat manusia masuk ke dalam agama
Allah beramai-ramai"
(1-2 : An Nasr).

Sebagai kesimpulannya, kemunduran ummat islam tidak boleh
dipersalahkan kepada ulama' ulama' tasawwuf, mereka menekankan agar
manusia bencikan dunia kerana mereka bimbang bila manusia memiliki
dunia, mereka akan lupa daratan.Berkata Sayid Ahmad Al Badawi "orang
boleh kaya dunia tetapi nabi s.a.w melarang kita cintakan dunia,
seperti nabi Sulaiman a.s. dan para sahabat r.a yang kaya, kita
harus menundukkan dunia, dunia tidak boleh diletak di dalam hati".

Mereka ( ulama' tasawwuf) mendesak agar beruzlah kerana bimbang
terhadap mereka yang rapuh imannya, yang tiada ketahanan jiwa dan
kurang takwa, kemungkinan akan terpengaruh dengan masyarakat yang
sudah rosak tamadunnya. Mereka bertindak demikian untuk
menyelamatkan mereka yang lemah agar tidak musnah.

Oleh itu, untuk memiliki dunia, setiap orang islam mesti mempunyai
ilmu, iman yang kuat, takwa, kesabaran, ketahanan, keikhlasan dan
kesedaran betapa pentingnya akhirat berbanding dunia. Dunia hanya
batu loncatan sahaja untuk ke akhirat.

Wassalam.

Thursday, January 26, 2012

Bahaya FAST FOOD!!



((( RAHSIA HITAM )))
Nak tahu sebab apa makanan segera dicipta?? Seperti yang terdapat di Restoran-restoran Fast Food yang Terkenal di Malaysia & di serata dunia? Malah kini ianya boleh didapati dengan sangat mudah & MURAH dan kadang kala diberikan percuma bila top-up kad prepaid & sebagainya.

Mengapa makanan ini dicipta?

Ianya sengaja dicipta sebagai jenama berprestij hingga menjilat jari,
kerana akibat memakannyalah minda anda akan diBLOCK
untuk berfikir hal-hal berkaitan ketuhanan & hidup akan menyimpang jauh dari tujuan hidup sebenar...
anda tak perlu minum ARAK untuk menyebabkan hati anda gelap,
kerana molekul2 fast food ini sudah memadai menyebabkan
anda menjadi lebih benak dari binatang ternak...
sebab apa ya...?
sebab akibat dari memakan makanan inilah (walau berCOP halal)
tetap kesannya anda gagal mengenal tanda-tanda kebesaran Allah,
maksiat nampak elok di mata, perkara baik pula nampak pelik. Susah nak buat kebaikan & makin jauh dari mengenal Allah
kenapa yea?
kerana hati yang gelap & mati tak dapat DETECT apa2... nauzubillah.
Kalau tak percaya anda boleh cuba sendiri, tinggalkan makanan ini utk suatu tempoh… insyaAllah hati yg gelap akan kembali cerah.

Nota:
kenapa kita RELA membayar utk diSIHIRKAN oleh Zionist (kaum penyembah syaitan) melalui FAST FOOD???? ~ Sesungguhnya mereka telah berjaya memprogramkan 1 Dunia utk cintakan fast food.

Artikel-Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terjemahan Bacaan AL-Quran Untuk Dihayati Bersama

Listen to Quran