Carian Artikel di sini
Saturday, May 7, 2011
7 keadaan mayat didalam kubur
1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.
2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan di tempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tidak menutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan.
3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.
4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri...harta yang haram. Merompak...harta haram. Melesapkan duit kawan...harta yang haram.
5. Mayat yang kukunya mencengkam dan melilit seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.
6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.
7. Mayat yang wajahnya tersenyum. Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal.
Friday, May 6, 2011
5 perkara yang wajib disegerakan.
Dari Hatim Al-Asam: 'Terburu-buru itu termasuk sifat syaitan, kecuali pada lima tempat', maka ia turut termasuk dalam sunnah Rasulullah SAW:
PERTAMA,
Pabila rumahmu dikunjungi oleh para tetamu, WAJIBlah kamu sebagai tuan rumah untuk memberi mereka makan.
KEDUA,
Pabila ada berita kematian atau seseorang meninggal dunia, WAJIBlah bagi kamu untuk menyiapkan perkuburan bagi mayat tersebut.
KETIGA,
Pabila seseorang anak gadismu telah cukup umur dan matang, WAJIBlah bagi kamu untuk mengahwinkannya.
KEEMPAT,
Pabila kamu berhutang dengan sesiapa yakni Allah SWT sekalipun, WAJIBlah bagi kamu untuk membayarnya kembali tatkala sampai masanya.
KELIMA,
Pabila pelbagai kesalahan dan dosa telah dilakukan kepada Allah SWT, WAJIBlah bagi dirimu untuk segera bertaubat dan memohon keampunan daripada-Nya.
Allahumma solli a'la Muhammad, wa ali Muhammad

Thursday, May 5, 2011
Hari Kehancuran
1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
10. Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
a) Pemimpin yang adil.
b) Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
c) Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
d) Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
e) Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
f) Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
g) Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
h) Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi".
Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
- Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
- Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.
- 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
- Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.
- Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
- Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
- Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
- Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
- Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
- Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
- Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.
- Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
1. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
2. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
3. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
4. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
5. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
6. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
7. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat.
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
i. Sedekah/amal jariahnya.
i¡. Doa anak²nya yang soleh.
iii. Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
Wallahu'alam
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
sumber: Amar Sufi

Wednesday, May 4, 2011
BerDATING cara ISLAM
Tak kenal maka tak cinta, Tak cinta, macamana nak kawin? So kena 'berdating', bila berdating boleh tanya khabar, kenal mesra dan lain-lain. Pastu bertunang, then kawinlah Ustaz kata 'berdating haram'. Jadi macamana sebenarnya?
Mari kita lihat tulisan seorang ustaz, saya kira menarik juga tulisannya ,"BERDATING CARA ISLAM = ISLAMIC DATING. Baca dan fahami betul-betul.
Hari ini sudah terlalu ramai yang berdating. Ramai yang belum bertunang sudah keluar dating. Ada juga yang keluar berdating semasa bertunang. Hubungan sebagai pasangan kekasih dan hubungan pertunangan tidak sama dengan perkahwinan. Pertunangan tidak menghalalkan apa-apa hubungan. Ia sekadar perjanjian untuk mereka berkahwin sahaja. Ramai juga yang kurang faham konsep pertunangan ini atau buat-buat tak faham. Mereka melancong ke sana-sini berdua-duaan, menunaikan umrah bersama tanpa ditemani mahram dan sebagainya.
Dating dengan makna dan gambaran yang wujud pada hari ini seperti berdua-duaan, berpegang tangan, menonton wayang bersama, si gadis membonceng motosikal tunangnya dan sebagainya adalah dating yang menyalahi hukum agama.
Tetapi Islam bukanlah agama jumud/beku. Ia membenarkan pertemuan yang baik dan harmoni dengan syarat-syarat tertentu.
Antaranya :
1) Menjaga pandangan mata
2) Percakapan yang baik2
3) Pakaian yang menutup aurat dan sopan
4) Tempat pertemuan yang tidak menimbulkan fitnah
Menjaga pandangan mata
1. Ketika berbual, pandangan mata hendaklah dijaga agar tidak memandang dengan nafsu syahwat. Pandangan mata adalah satu senjata sulit Iblis dan Syaitan bagi merosakkan anak Adam. Oleh kerana itu, Quran menyuruh lelaki dan wanita menundukkan pandangan.
Firman Allah :قُلْ لِلْمُؤْمِنِيْنَ يَغُضُّوْا مِنْ أَبْصَارِهِمْ ... وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ“ Katakanlah kepada lelaki yang beriman agar mereka menahan pandangan mereka… dan katakanlah kepada wanita beriman agar mereka menahan pandangan mereka…” (Surah an-Nur :30-31).
2. Tidak melihat aurat orang lain atau berusaha melakukannya. Jika terpandang aurat, maka hendaklah cepat-cepat mengubah pandangan mata.
Percakapan yang baik
1. Suara yang lunak dan menggoda akan menarik antara satu sama lain ke arah melakukan maksiat. Oleh itu, dalam aspek bercakap, Islam membenarkan lelaki dan wanita berkomunikasi antara satu sama lain dengan syarat percakapan itu tidak menggoda.
Quran menyebut syarat ini dalam wahyu :فَلاَ تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِيْ فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلاً مَعْرُوْفًا “Maka janganlah kamu kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya dan berkatalah akan perkataan yang baik”. (al-Ahzab : 32).
2. Tajuk perbualan hendaklah tajuk yang serius atau agak serius. Tidak wajar untuk berbicara tentang perkara-perkara lucah, tentang anggota seksual sendiri dan seumpamanya. Mungkin tidak wajar juga berbual perkara-perkara yang remeh-temeh seperti pertanyaan tentang mandi, makanan, masakan hari ini dan sebagainya.
3. Tidak mengandungi unsur-unsur mengumpat, menghina orang lain, mencerca dan sebagainya.
Ciri pakaian yang menutup aurat
1. Pakaian mestilah pakaian yang menutup aurat.
2. Aurat wanita ketika bertemu lelaki ajnabi (bukan mahram iaitu lelaki yang boleh menjadi suaminya) ialah seluruh tubuh kecuali muka dan pergelangan tangan. Pergelangan kaki juga dikira sebagai aurat. Ada sebahagian ulama berpendapat ia tidak aurat. Oleh itu adalah baik jika wanita memakai stoking. Pakaian yang elok dipakai adalah baju kurung dan tudung kepala.
3. Pakaian juga mestilah tidak nipis sehingga menampakkan kulit seseorang pemakainya.
4. Pakaian juga mestilah tidak ketat hingga menampakkan bentuk tubuh seseorang pemakainya. Kebiasaannya seluar jeans adalah seluar yang ketat. Baju kebaya juga biasanya dibuat daripada kain yang nipis dan ketat. Namun jika baju kebaya dibuat dengan kain yang tidak nipis dan tidak ketat, maka ia boleh dipakai.Ada sesetengan remaja wanita suka memakai seluar. Ini tidaklah menjadi kesalahan dalam agama selagi ia tidak nipis dan tidak ketat serta menutup aurat.
5.Tudung kepala hendaklah menutup rambut dan tengkuk/leher. Pemakaian skaf untuk tudung kepala adalah tidak sempurna kerana masih nampak leher. Tudung juga hendaklah labuh agar menutup bahagian depan dada wanita.
Firman Allah :وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوْبِهِنَّ“dan hendaklah mereka menutup kain kerudung mereka ke dadanya” (Surah an-Nur :31).
Fesyen tudung seperti tudung labuh, tudung tiga segi, tudung ‘wardina’, tudung bawal, tudung ‘mawi’ dan sebagainya adalah baik selagi ia menutup aurat.
6. Fesyen pakaian hari ini seperti menampakkan pusat, ketat dan sebagainya adalah jelas haram.
7. Pakaian wanita tidaklah menyerupai pakaian lelaki dan pakaian lelaki tidaklah menyerupai pakaian wanita. Hadis menyebut bahawa rasulullah saw bersabda :لَعَنَ رَسُوْلُ اللهِ الرَّجُلَ يَلْبَسُ لبْسَةَ الْـمَرْأَةِ ، وَالْـمَرْأَةَ تَلْبَسُ لبْسَةَ الرَّجُلِ .“Rasulullah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki”. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud). Tiru ini termasuk dalam banyak aspek. Antaranya aspek pakaian. Islam bukan anti-fesyen bahkan Islam mengalu-alukan setiap fesyen yang baik. Islam anti-dedah aurat dalam berfesyen.
Tempat pertemuan
1. Jauhi tempat-tempat yang banyak hiburan, maksiat dan fitnah. Disko, bar, kelab malam (dalam pengertian sekarang) adalah tempat yang tidak wajar dikunjungi oleh setiap muslim.
2. Tempat yang sunyi dan jarang dikunjungi orang adalah tempat yang tidak sesuai untuk bertemu. Pertemuan di kelas-kelas yang terpencil pada waktu petang mesti dielakkan.
3. Alangkah elok jika tempat bertemu itu tempat yang terbuka seperti restoran, kedai makan, pejabat, bank dan sebagainya. Dalam hadis diceritakan bahawa seorang wanita Ansar datang kepada Nabi s.a.w. maka Nabi pun bersunyian dengan wanita tersebut. (Mafhum HR Bukhari). Ada riwayat menyebut bahawa bersama wanita tersebut seorang budak lelaki. Maksud ‘bersunyian’ dalam hadis bukan bermakna Nabi s.a.w. bersama dengan wanita itu di tempat tertutup. Maksudnya ialah Nabi bercakap dengan wanita tersebut di tempat yang jauh sedikit daripada orang lain sehingga mereka tidak mendengar perbualan Nabi, tetapi orang ramai masih melihat Nabi dan wanita Ansar tersebut.
Adat yang berlaku dewasa ini di mana seseorang bersama tunangnya ke sana-ke mari adalah adat yang bertentangan dengan Islam. Sabda Nabi s.a.w. : “Tidak boleh bersunyi-sunyian seorang lelaki dengan seorang wanita melainkan ada mahramnya”. (Mafhum HR Bukhari).
Tujuan Islam adalah bagi menjaga agama dan maruah diri agar terhindar daripada fitnah. Jika pantang larang ini tidak dipatuhi, akan berlaku fitnah dan keburukan seperti khalwat, berdua-duaan dan zina.
Sebab itu, Nabi s.a.w. mewasiatkan tentang fitnah lelaki terhadap wanita dan fitnah wanita terhadap lelaki dengan sabdanya :مَا تَرَكْتُ بَعْدِيْ فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنَ النِّسَاءِ“ Aku tidak tinggalkan fitnah yang lebih mudharat ke atas lelaki daripada wanita”. (Riwayat Bukhari).
selamat ber'dating' menurut hukum syarak . . . oleh Nidzam Kadir

Dan dalam Islam sendiri, pertemuan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim dikategorikan antara Syarie dan Tidak Syarie.
Contoh pertemuan Syarie : perubatan, mensyuarat, pendidikan, urusan jualbeli, dan sebagainya yang mempunyai matlamat jelas serta tidak bertentang dengan syarak.
Contoh pertemuan Tidak Syarie: menonton wayang, makan-makan, membeli-belah, bersiar-siar dan sebagainya yang ada keperluan penting.
Sebenarnya pertemuan antara dua gender ini tanpa tujuan yang khusus akan sentiasa menimbulkan fitnah. Sepertimana hadis yang masyhur mafhumnya, tiada pertemuan antara lelaki dan perempuan melainkan yang ketiganya adalah syaitan. Sebaik manapun sesebuah pertemuan itu, kadang-kadang syaitan tetap mengganggu dengan berbagai bisikan dan helah untuk menghiaskan pertemuan itu supaya terlencong dari tujuan sebenar.
Subscribe to:
Posts (Atom)