Carian Artikel di sini

Saturday, May 19, 2012

4 Alasan yang ditolak oleh Allah dengan 4 Alasan



Pada hari kiamat Allah SWT akan menolak alasan empat orang dengan empat iaitu:

Menolak alasan orang-orang kaya dengan nabi nabi Sulaiman a.s, jika si kaya berkata, “Kekayaan itulah yang menyebabkan aku sibuk sehingga tidak sempat beribadat.” Maka dijawab Allah SWT, “Engkau tidak lebih kaya dari Sulaiman tetapi kekayaannya tidak melupakannya dari ibadat.”

Jika hamba sahaya berkata, “Kerana saya sebagai hamba sahaya maka tidak dapat bebas untuk beribadat kepadaMu.” Maka Allah SWT menjawab, “Yusuf AS menjadi hamba sahaya tetapi kehambaannya tidak menghalangi untuk melakukan ibadat.”

Jika si miskin berkata, “Kemiskinanku itulah yang menghalangi untuk beribadat kepadaMu.” Maka Allah SWT menjawab, “Engkau tidak lebih miskin dari Isa AS tetapi Isa AS tidak terhalang untuk melakukan ibadat.”

Jika terhadap orang yang sakit dengan Nabi Ayyub AS. Jika si sakit berkata,
“Penyakitku itulah yang menghalangi aku untuk beribadat.” Maka Allah SWT menjawab, “Penyakitmu tidak lebih berat dari penyakit Ayyub AS tetapi ia tidak terhalang untuk beribadat kepadaKu.”

Sehingga tidak ada alasan bagi orang yang akan beralasan di sisi Allah SWT pada hari kiamat. Orang-orang sholihin senang dengan penyakit dan kesukaran itu kerana dapat menjadi penebus dosa.

Abu Dardaa’ RA berkata, “Orang tidak suka kemiskinan dan saya suka, orang tidak suka mati dan saya suka, orang tidak suka penyakit dan saya suka. Saya suka penyakit kerana menjadi penebus dosa-dosaku, saya suka miskin sebab menjadikanku tawadhu’ kepada Allah SWT dan saya suka mati kerana rindu kepada Allah SWT

1 comment:

mola said...

Sah sembahyang belum tentu diterima. Sembahyang ditolak kerana tidak mencapai matlamatnya. Aantara matlamatnya ialah yang sebut oleh ayat 45 surah al-Ankabut iaitu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Ramai orang mengaku biasa mendengar ayat ini, tau juga terjemahannya, tetapi bila diminta berikan satu contoh kemungkaran yang dimaksudkan itu, mereka gagal. Walhal besar kemungkinannya mereka adalah antara orang yang melakukannya. Mengapa? Kerana mereka tidak pernah diajar. Sebenarnya sembahyang kita berkait dengan etika dan peraturan parking, membuat halanagan, menjaga badan dan pakaian daripada berbau, dan banyak lagi. Sebab yang paling serius mengapa ditolak ialah tidak menegakkan islam dan Islam, tidak mendatangkan rahmat kepada orang lain dan sekalian makhluk Allah sama ada yang hidup atau tidak hidup. Ketahuilah kesemuanya itu ada penjelasannya (ringkasannya) di blog http://sembahyangditolak.blogspot.com Penjelasan lanjut dapatkan buku SEMBAHYANG ANDA MUNGKIN DITOLAK Walaupun Sah.

Artikel-Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terjemahan Bacaan AL-Quran Untuk Dihayati Bersama

Listen to Quran