Carian Artikel di sini

Tuesday, October 17, 2017

GARAM


TAKUTKAN PENYAKIT YANG TIMBUL DARI GARAM?
INI CARA RASUL MENGGUNAKAN GARAM

*Nabi Muhammad Shalallahi wa'alaihi wasalam bersabda :* "Sebaik-baik lauk adalah garam"
(Al-Baihaqi).
*SEBAIK BAIK LAUK ADALAH GARAM.*
Sangat bertentangan dengan dunia medic ketika ini yang mengatakan bahwa makan garam boleh menyebabkan berbagai penyakit seperti darah tinggi, dehidrasi, tulang reput dan penyakit hempedu, namun hal itu tidak akan terjadi jika Anda mengetahui cara mengkonsumsi garam dengan baik dan secara betul. Sesuai Sunnah Rasul.

Begini Cara Mengkonsumsi Garam Agar Terhindar Dari Penyakit2.
Jadi sesuai dengan hadist diatas yang menyatakan Garam bukanlah penyebab penyakit, tapi malah ubat yang paling mujarab seandainya digunakan dengan cara yang betul.

Kuncinya adalah
*GARAM TIDAK BOLEH DIMASAK !!!*.
Ingat tidak boleh dimasak !!!

*Kesalahan kita (kebanyakan orang melayu ) ialah kita memasak garam yaitu memasukkan garam ke dalam masakan ketika masakan sedang MENDIDIH / PANAS.*
Hal tersebut akan menyebabkan garam menjadi racun/toksik…
Jika garam dimasak dengan cara di atas, garam akan menyebabkannya ber-asid dan membahayakan kesihatan serta mengundang berbagai penyakit, selain itu kandungan sodium pada garam juga akan hilang dengan percuma. Ingat sodium sangat bermanfaat untuk kesehatan tubuh kita.

*Begini Cara yang betul penggunaan garam agar garam benar-benar menjadi ubat bagi Anda,
bukan jadi Penyakit.

Masaklah makanan yang ingin dimasak sehingga selesai. Contohnya:
masakan sayur sayuran – masukkan garam dalam masakan *apabila makanan dan airnya sudah beransur sejuk, atau dalam keadaan dingin.*

*Ingat makanan yang dimasak harus tanpa garam ingat tanpa garam !!!!!*

Ketika nak makan, sediakan semangkuk garam dan taburkan di atas makanan yang ingin dimakan sesuai selera masing2.

Garam adalah mineral bagi tubuh, "Banyak amalan yang dilakukan oleh *para Salafus soleh ialah dengan mengambil garam sebelum memulai makan"*

Garam digunakan sebagai pembuka makan dengan mengambilnya dengan ujung jari dan dimasukkan ke mulut.

*INGAT GARAM ADALAH MINERAL !!!!*
Kelebihannya atau manfaatnya..
Menggunakan garam antara lain ialah:
*Mengubati lebih dari 70 penyakit,* antara lain Darah tinggi, Diabetes, Tulang reput, Pening atau sakit kepala dll serta tidak akan mengalami keadaan mati mengejut.

Silakan sebarkan, sekiranya anda ingin orang-orang yang anda cintai menjadi sihat..
Berbagai penyakit yang didakwa timbul akibat garam seperti gejala jantung dan tekanan darah tinggi *adalah akibat dari penggunaan garam yang salah.*
Ingat.. kalau memasak jangan masukkan garam.. *Ingat garam jangan dimasak.*

Insyaallah penyakit darah tinggi, *jantung mampu dihindari dengan cara pemakanan garam yg betul.*

*Jadi kesimpulannya yg sebetulnya garam itu adanya dimeja makan bukan didapur.*

MARILAH BERUBAH AGAR SEMUA SIHAT.
KEBANYAKAN ORANG ASING LEBIH AWAL DALAM PENGAMALAN GARAM DI MEJA..

Semoga bermanfaat.

Pesanan Rasulullah s.a.w - Amalan Sebelum Tidur

★Suatu hari Rasulullah SAW pernah bersabda kepada Ali ( R.A. ) :

Wahai Ali, lakukanlah 5 perkara ini sebelum kamu tidur...

◆ 1. Berikan sedekah 4000 Dinar, kemudian tidurlah..

◆2. Khatamkan Al Quran, lalu tidurlah..

◆3. Belilah Syurga, lalu tidurlah.

◆4. Perbaikkilah hubungan dua orang  yang tengah berselisih, kemudian kamu tidurlah.

◆5. Tunaikanlah satu kali Haji, lalu tidurlah.

★Ali ( R.A.) pun menjawab, "Ya Rasulallah. Mana mungkin aku boleh melakukan semuanya itu ?

Lalu Nabi ( SAW ) pun menjawab :

◆4 kali membaca Al Fatihah adalah sama nilai dengan sedekah 4,000 Dinar.

◆3 kali membaca surah Al Ikhlas adalah sama nilainya dengan menamatkan bacaan satu Al-Qur'an.

◆3 kali membaca Shalawat adalah sama nilai dgn harga Syurga.

◆10 kali bacaan "Istighfar" adalah sama nilainya dengan menyambung silaturrahim dua orang yg berselisih.

◆4 kali membaca  "Subhanallah,Alhamdulillah, Laa ilaaha ilallah, Allahu Akbar" adalah sama dengan menunaikan satu kali Haji.

★Lalu Ali (R.A.) pun berkata, "Ya Rasulallah SAW! Kini aku akan menjalankan semua nasihatmu itu sebelum aku masuk tidur...

★Hanya perlu masa kurang 5 minit untuk melaksanakannya,
namun lihatlah semua kebaikan amalan yg Anda akan perolehi...

★Untuk mengingatkan Anda akan amalan ini, cara termudah adalah dengan menuliskan kesemua zikir tsbt dlm sehelai kertas untuk dibaca sebelum tidur & sesuai jg utk ditampalkan dekat tempat tidur supaya Anda tak lupa untuk membacanya 😊....
Dan tentu saja, dengan niat kerana Allah SWT....

🌻Indahnya jika Anda blh hebahkan tulisan ini kpd seramai Muslim yang Anda kenal kerana jika atas usaha Anda seseorang itu dpt menjalankan amalan2 ini, maka Anda pun akan menerima pahala dan kebaikannya .. InsyaALLAH.
     Aamiin...YaRobbal 'Aalamiin...

🌻Surah Al- Fatihah utk melindungi Anda dari kemurkaan Allah

🌻 Surah Yaasin utk melindungi Anda dari kehausan pada hari pengadilan.

🌻Surah Waaqi'ah utk melindungi Anda dari kefakiran dan kelaparan.

🌻Surah Al-Mulk utk melindungi Anda dari azab kubur.

🌻Surat Al-Kautsar utk melindungi Anda dari kejahatan musuh.

🌻Surat Al-Kaafiruun utk melindungi Anda dari kekafiran pd saat ajal menjemput Anda.

🌻Surat Al-Ikhlaas utk melindungi Anda dari kemunafikan.

🌻Surat Al-Falaq utk melindungi Anda dari merbahaya.

🌻Surat An-Naas utk melindungi Anda dari fikiran jahat.

"Aamiin Yaa  Robbal Aalamiin "

Panduan Untuk Hidup Lebih Baik

En Ahmad Zamri 47 tahun, seorang Pensyarah Sains Komputer dari Malaysia Dia meninggal dunia disebabkan oleh kanser pankreas pada 2008, tetapi dia menulis buku "The Last Lecture" pada 2007. Suatu legasi yang dia tinggalkan.
Dalam suratnya kepada isteri dan anak-anaknya, Didi Lokman, dan Cici dia menulis satu panduan yang sangat baik, "Panduan Untuk Hidup Yang Lebih Baik" untuk isteri dan anak-anaknya.
Bagaimana untuk memperbaiki hidup anda.
1. Jangan bandingkan hidup anda dengan orang lain. Anda mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka.
2. Jangan mempunyai pemikiran negatif terhadap benda yang kamu tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan tenaga anda terhadap benda yang positif yang anda miliki pada masa ini.
3. Jangan terlebih buat apa yang anda mampu. Cukuplah setakat yang anda mampu.
4. Jangan terlalu serius terhadap diri anda. Tiada siapa yang berbuat demikian.
5. Jangan bazirkan tenaga anda terhadap gossip.
6. Berfikir lebih jauh bila anda masih terjaga.
7. Iri hati adalah sia-sia. Kamu sudah mempunyai semua yang kamu perlukan.
8. Lupakan perkara yang sudah lepas. Jangan ungkit kesilapan pasangan anda di masa lampau. Ianya akan menghancurkan kegembiraan anda di masa kini.
9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Hindarkan daripada membenci sesiapa.
10. Berdamailah dengan masa lalu kamu supaya ia tidak akan merosakkan masa sekarang kamu.
11. Tiada siapa yang mengawal kegembiraan kamu selain dari kamu sendiri.
12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kamu di sini untuk belajar. Masalah ialah salah satu dari kurikulum yang akan muncul dan pergi seperti kelas algebra, tetapi pengajarannya akan kamu pegang seumur hidup kamu.
13. Senyum dan tertawa selalu.
14. Kamu tidak perlu menang setiap pertengkaran. Setuju untuk tidak setuju.
15. Hubungi keluarga kamu selalu.
16. Beri sesuatu yang baik untuk orang lain setiap hari.
17. Maafkan orang lain.
18. Luangkan masa untuk orang yang berumur 70 tahun ke atas dan 6 tahun ke bawah.
19. Pandangan orang lain terhadap kamu bukan urusan kamu.
21. Pekerjaan kamu tidak akan menjaga kamu bila kamu sakit tetapi keluarga kamu akan menjaga kamu. Selalu berhubung.
22. Dahulukan Tuhan dalam segala yang kamu fikir, katakan dan buat.
23. Tuhan itu penyembuhan.
24. Buat perkara yang betul.
25. Bagaimana baik atau buruk pun situasi sekarang, ia akan berubah.
26. Bagaimanapun yang kamu rasa, bangun, salin pakaian dan pergi.
27. Yang terbaik akan datang kemudian.
28. Buang apa yang tidak berguna atau yang tidak menggembirakan.
29. Bila kamu terjaga di waktu pagi, bersyukur kepada Tuhan.
30. Kalau kamu kenal Tuhan kamu akan gembira selalu. Jadi, bergembiralah selalu.
Apabila kamu mengamalkan kesemua di atas, kongsikanlah pengetahuan ini dengan orang yang kamu sayangi, orang di sekolah kamu, orang yang kamu selalu bermain bersama, orang yang kamu kerja bersama, dan orang yang tinggal bersama kamu. Bukan sahaja ianya akan memperbaiki hidup anda, tetapi juga orang di sekeliling anda.

Bahaya Handphone/ Telefon Bimbit Kepada Kanak-Kanak

Assalammualaikum Saya menyertai *taklimat* dan perbincangan dengan kumpulan sukarelawan ngo islam petang tadi berkaitan *pembentangan masalah sosial pelajar pelajar melayu* di sekolah rendah dan sekolah menengah.

 Hasil dari beberapa kumpulan yg dibahagikan bagi membuat kajian permasalahan sosial pelajar yg telah mendapatkan beberapa pelajar dan waris di interview secara lapangan di kawasan seluruh pulau pinang dan di sasaran beberapa buah sekolah.

 *Hasil perbentangan* dari kawan saya dapatan responden yg di interview dan pengumpulan data tersebut yg telah menunjukkan *diantaranya  punca-punca utama berlaku kejutan sosial yg diluar jangkaan* adalah disebabkan penyumbang *adalah talipon bimbit* yg waris berikan kepada anak anak. Hasil dari pemberian itu kami dapati anak anak yg berumur 10 tahun sudah mempunyai *akaun FB, whapps, intergram, wechat dan lain2* hubungan media maya. Al hasil dari fasiliti ini 80% anak anak *menyalah guna kemudahan* tersebut dengan sebahagiannya mengekses gambar gambar porno(lucah) dan lain2 yg berunsur kepada pengodaman fikiran positif dan rasional.

Dengan itu mereka berpotensi untuk melakukan perkara tersebut ditahap hampir 90% untuk mencuba apa yg mereka lihat melalui handphone tersebut. Maka kami dapati punca utama permasalahan sosial anak anak melalui talipon adalah peratusan yg cukup tinggi mempengaruhi kehidupan mereka. Yg paling malang hasil interview kami dengan beberapa ibubapa pelajar hampir 70% ibubapa tidak mampu kawal pengunaan talipon anak anak dan apa yg dilakukan pada handphone tersebut.

Oleh itu kami yakini bahwa anak anak islam sekrang sudah *dimomok dengan racun handphone sehingga ibubapa tidak menyedari bawa kemudahan itu sebenarnya membunuh sosial kehidupan anak anak* mereka. Oleh itu saya menasihati ibubapa supaya :

1. Ibubapa harus *mengawal* pengunaan talipon kepada anak anak dan talipon tersebut mesti boleh di akses historinya.

2. Seboleh yg mungkin *haramkan anak anak mempunyai FB, wechat* kerana 2 akaun ini tiada manfaat pada usia bawah 17 tahun.

3. Jika ingin berkomunikasi ibubapa boleh *membeli handphone yg tidak boleh akses internet.*

4. *Jadualkan pengunaan handphone* dan sentiasa melihat komunikasi anak anak di alam maya.

5. Handphone mesti disimpan oleh ibubapa dan *jangan benarkan anak buat password sendiri.*

6. Kegunaan komputer dirumah atau handset *mesti ditempat yang terbuka,* jangan biar anak bersendirian dalam bilik dengan hanset yg boleh akses internet.

7. *Ibubapa perlu jadi handphone kepada anak anak* dan berkawan supaya meraka meraikan wujudnya kasih sayang dan kita mengambil berat segala gerak geri mereka

8. Ibubapa *perlu selidik semua kawan* kawan anaknya dan tiada istilah kawan lelaki yg berusia dibawah 18 tahun.

9. Ibubapa perlu sentiasa *dapatkan performance pelajaran* anak anak daripda guru sekolah.

10. Perlu *sarankan anak anak sertai  aktiviti yg dianjur oleh mana mana pertubuhan diqariah masing masing.*


Saya secara jujur nyatakan ini kerana saya sayangkan anak bangsa kita. Saya tidak sangup melihat anak bangsa saya menjadi kapsul kapsul perosak dalam negara kita sedangkan bangsa lain telah jauh maju meningalkan anak anak kita. *Wahai saudaraku ibubapa bangunlah dan lihatlah diluar sana* dalam akhbar akhbar memuatkan bagaimana gejala sosial yg menggila sehingga kita seseolah hilang solusi utk mengatasinya. *DIDIK ANAK KITA DENGAN AGAMA ISLAM YANG DITUNJUKKAN OLEH ALLAH DAN NABI MUHAMMAD SAW.*

Ingat wahai ibubapa *segala apa yg kita usahakan hari ini allah akan minta kita pertangungjawabkan.* Oleh itu ayuh sama sama kita mendidik anak anak kita dan bertindak sebelum ianya lebih parah.

Ustaz Usman Al Marbawi
Pengasas MATSA.
25hb september 2017.

SUCI KAH MESIN KHAS UNTUK MUSLIM???



Dalam isu bab dobi khas MUSLIM, saya terbaca beberapa komen pengusaha dobi.  Komen yang membuka MINDA saya bab KESUCIAN.

Ramai tak faham bezakan SUCI @ BERSIH .

PAKAIAN BERSIH BOLEH DIPAKAI KE MANA MANA TETAPI PAKAIAN MUSLIM WAJIB SUCI DARIPADA NAJIS!!! JIKA NAK SOLAT  LAGI WAJIB SUCI NAJIS BERAT.

Haaa bab ni berkait rapat dengan najis. NAJIS MUGHALLAZHOH. ANJING DAN KHINZIR.

CARA SERTU yakni menyucikan kita semua tahu wajib 1 kali air tanah dan 6 kali air mutlak.

Seorang pengusaha cerita. Kedainya tiap hari membasuh T Shirt pekerja pemotong babi!!!. Dan dia kata dia membasuh dengan 3kali bilasan!!!

Pada pandangan jahil saya, baju itu bersih tetapi tidak suci. Ahhhh...dia bukan Muslim. Ya memang bukan Muslim. Tetapi siapakah pengusaha Tu? MUSLIM???
Pekerjanya MUSLIM???

Mereka menggunakan peralatan seperti mesin dobi, iron board, sterika @ apa saja dan peralatan sama mencuci pakaian MUSLIM???

Pengusaha yang bertanggung jawab dalam hal ini. Sepatutnya dia sucikan pakaian itu dengan kaedah SERTU agar dia terlepas rasa bersalah bila mencuci pakaian Muslim.

Pelanggan yang menghantar ke kedai dobi Muslim kerana keyakinan KETAQWAAN pengusaha menjaga kesucian pakaian mereka.

Bayangkan pakaian kita DINAJISKAN kemudian kita bawa solat dan basuh pula di rumah bercampur pakaian lain. Semua bernajis mughallazah. Itu jika kita nak membayangkan.

Dulu memang tidak pernah saya membayangkan tetapi kini terus terbayang bila ada pengusaha membuka mulut.

Ya kita tidak berdosa kerana tidak tahu. Pakaian itu dianggap suci kerana kita tidak tahu. Macam kita makan guna sudu gelas di food court.

Cuma kita sanggup ke nak makan di food court yang ada jual masakan non halal? Berkongsi pinggan mangkuk???

Orang muslim yang beriman dia anggap BIASA. ISLAM ITU MUDAH. BOLEH SAJA . TIADA MASALAH. Tapi berbeza dengan orang yang mahu menjadi INSAN BERTAQWA. Dia akan meneliti semua aspek.

Orang bertaqwa dia akan meninggalkan perbuatan was was, syubhah dan haram.

Ada beza orang beriman dan orang bertaqwa. Sama saja macam kita rakyat biasa dan golongan di raja. Ada beza. Perbezaannya di sisi ALLAH TAALA.

Salah satu sebab saya MENCUBA menjadi INSAN BERTAQWA adalah kerana DOA CEPAT MAQBUL. Saya tak mahu jenuh berdoa dan berusaha tetapi tak muncul2...

Soal menjadi TAQWA  @ TIDAK itu  pilihanNya tapi perlu berusaha . Oleh itu saya mulai meragui kesucian kedai dobi Muslim kecuali memang ada peralatan khas untuk muslim only!

Oleh itu saya menyokong 100% usaha pengusaha muslim untuk menjaga KESUCIAN MESIN BASUHNYA. @ SATU CADANGAN LAGI

SERTU SAJA SEMUA PAKAIAN DAN APA SAJA BARANGAN NON MUSLIM. HABIS CITER

TULIS SIAP2

"SEMUA PAKAIAN NON MUSLIM AKAN DISERTU DENGAN AIR TANAH"

INSYAALLAH tiada isu racist!!!

***
Maaf saya tulis saja. Jangan marah naa. Jika STRESS klik http://bit.ly/testimonikd

Jadi lah ibu ayah yang bertaqwa!!!

SILA SHARE AGAR RAMAI FAHAM

اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Perkongsian drp ustazah Sahida Saad (CEO Al-Mujahid)

SEMPURNAKAH SOLAT KITA

Assalamualaikum.wrb

*ULANGKAJI MENGAJI*

*Dalam 13 rukun solat itu terdapat 3 rukun khusus*

*Ramai yang SOLAT tetapi ramai juga yang solat ikut-ikutan dan tidak berapa faham cara solat yang sebenar yang boleh menjejaskan sah solat kita*

*Rukun solat ada 13*

1.   Niat
2.   Berdiri dengan betul
3.   Takbiratul ihram
4.   Membaca Al Fatihah
5.   Rukuk
6.   I’tidal
7.   Sujud
8.   Duduk antara 2 sujud
9.   Bacaan tahiyat akhir
10. Duduk tahiyat akhir
11. Selawat dalam tahiyat akhir
12. Salam
13. Tertib

*Dalam 13 rukun itu dipecahkan kepada 3 bahagian*

*I. Rukun Qalbi* iaitu rukun ke atas pekerjaan hati
*2. Rukun Fi’il* iaitu rukun ke atas perbuatan atau gerak kerja
*3. Rukun Qauli* iaitu rukun ke atas ucapan atau kata-kata di mulut.

Majoritinya ramai dari kita faham dan lulus 2 rukun pertama iaitu *Rukun Qalbi dan Rukun Fi’il* dan ramai yang melanggar *Rukun Qauli* terutamanya ke atas mereka yang menjadi makmum dalam solat.

*Kesalahan Rukun Qauli Yang Selalu Di Langgar Dalam Solat*

Ramai dari kita tidak kira samada ketika bersolat sendirian mahupun ketika berjemaah kita selalu *membaca bacaan-bacaan solat di dalam hati*
Kita ingat dengan bersolat begitu kita rasa kita sah tapi kita khuatir ianya tidak sah.

Ada juga yang seperti membaca di bibir tetapi rupa-rupanya hanya *bunyi angin yang keluar dari mulut yang tidak mengeluarkan bunyi bacaan* (Hanya bunyi angin sahaja).

*5 Rukun Qauli yang selalu kita langgar di dalam solat*

*1. Tidak takbir ‘Allahu Akbar’ dengan menyebut atau melafaz jelas di bibir*

*2. Tidak membaca Al Fatihah secara lafaz*

*3. Tidak membaca Tahiyat Akhir secara lafaz*

*4. Tidak membaca selawat secara lafaz di rakaat terakhir*

*5. Tidak memberikan salam ‘Assalamualaikum Warahmatullah’ dengan secara lafaz*

*Apa Maksud “Menyebut Dan Melafaz” ?*

Dalam Rukun Qauli kita perlu menyebut atau melafaz bacaan yang perlu kita sebut dan lafazkan sehingga terdengar pada telinga kita sendiri.
Cukup sekadar untuk telinga kita sendiri dan tidak wajib ke atas semua bacaan solat tetapi pada *5 tempat*

*1. Semasa Takbiratul Ihram*

*2. Semasa membaca Al Fatihah*

*3. Semasa Tahiyat Akhir*

*4. Semasa membaca selawat pada rakaat terakhir*

*5. Semasa lafaz salam*

Oleh itu, perbaiki segera 5 Rukun Qauli ini untuk menjadikan solat kita sah dan sempurna.

Jika solat yang selama ini kita lakukan tidak sempurna atau tidak sah,  perlulah kita segera:

1. Taubat mohon keampunan dari Allah dan jangan di ulagi lagi kesalahan yang sama

2) Tuntut ilmu, belajar, ulangkaji, jangan melenting apabila di tegur, perbaiki diri dan kesilapan lalu..

*Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Pengampun*

Carilah ilmu yang sebenar dan beramal dengannya agar tidak rugi di dunia apatah lagi di  akhirat nanti.

*Sebarkan kebaikan*
*Kongsikan kebahagiaan*

Rahsia Khusyuk Menurut Imam aI-Ghazali rahimahullah


Menurut Imam al-Ghazali, untuk menghadirkan rasa khusyuk dalam solat, ada enam perkara yang perlu kita lakukan:

Pertama: Hudhur aI-Qalbi (حضور القلب);
menghadirkan hati kita ketika menunaikan solat iaitu dengan membuang daripada hati segala yang tidak berkaitan dengan solat kita.

Kedua: At-Tafahhum (التفهم);
berusaha memahami segala perkara yang dilakukan dalam solat sama ada perbuatan atau bacaan yang diucapkan.

Ketiga: At-Ta'zhim (التعظيم)؛
merasai kebesaran Allah SWT iaitu dengan merasakan bahawa diri terlalu kerdil di hadapan Allah.

Keempat: AI-Haibah (الهيبة)؛
 berasa gerun terhadap keagungan Allah SWT dan seksaan-Nya.

Kelima: Ar-Raja' (الرجاء);
sentiasa menaruh harapan besar kepada Allah SWT mudah-mudahan solat yang dikenakan akan diterima dan diganjari oleh Allah SWT.

Keenam: Al-Haya' (الحياء);
berasa malu terhadap Allah SWT di atas segala kekurangan dan kecacatan yang terdapat dalam solat.

(Kitab Ihya 'Ulumuddin dalam Bab Rahsia Solat dan Kepentingannya)

Bina Ikatan Dengan Rasulullah s.a.w

*Buatlah ikatan dengan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam agar dijauhkan dari api Neraka*

Suatu ketika *Sayyidina Anas bin Malik RadiAllahu 'anhu* mengusap wajahnya dengan sapu tangan, lalu memberikannya kepada pembantunya agar sapu tangan itu dibersihkan

Tiba2 pembantu itu memasukkan sapu tangan tadi kedalam api hingga terbakar semua kotoran yang menempel.

Namun yang menghairankan tak lama kemudian pembantu itu menarik sesuatu dari api tadi.

Ternyata sapu tangan yang tadi dilemparnya tidak habis terbakar, bahkan *masih tetap sempurna dan menjadi jernih* kerana kotoran yang menempel padanya terbakar.

Melihat kejadian yang menakjubkan itu seseorang bertanya, "Sapu tangan apakah itu?" Anas radiAllahu anhu menjawab, "Sapu tangan ini pernah bercampur dengan *keringat Rasulullah* sallallahu alaihi wasallam  صلى الله عليه و سلم saat ia mengusap wajah Baginda dengannya

Bukankah api tak akan menyentuh jasad Nabi صلى الله عليه و سلم? "

Sahabatku berusahalah mendekati Nabi صلى الله عليه و سلم dan jangan kau putuskan ikatan dengan Baginda.

Sebab kelak yang berdekatan dengan Rasulullah صلى الله عليه و سلم *tidak akan disentuh API neraka..*
(الحبيب عمر بن محمد بن حفيظ بن الشيخ ابي بكر بن سالم)

اللهم صل وسلم على سيدنا محمد  وعلى آل سيدنا محمد

*[Al Habib Omar bin Muhammad bin Hafidz bin Shaikh AbuBakar bin Salim]*

Artikel-Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terjemahan Bacaan AL-Quran Untuk Dihayati Bersama

Listen to Quran