Carian Artikel di sini

Wednesday, February 14, 2018

Wajarkah menyebarkan gambar-gambar mangsa kemalangan maut?


Sesungguhnya berita kematian ahli keluarga terdekat adalah merupakan satu perkhabaran yang cukup perit untuk diterima. Kenangan terindah bersama insan tersayang ibarat lenyap sekelip mata. Pertemuan berikutnya tidak lagi di alam dunia namun nun di sana.
Sewajarnya sebagai seorang Islam kita turut merasai tempias keperitan ini. Kerana sabda Rasulullah SAW
مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ، وَتَرَاحُمِهِمْ، وَتَعَاطُفِهِمْ مَثَلُ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى) رواه مسلم
Perumpamaan orang-orang mukmin dalam berkasih sayang serta santun menyantuni antara satu sama lain adalah seperti satu jasad. Apabila satu anggotanya mengadu , maka pasti sekalian tubuhnya akan bertindak balas dengan sebab keletihan berjaga malam dan demam.

Justeru ,janganlah ditambah luka di hati saudara kita dengan tindakan kita menyebarkan gambar-gambar jenazah  lebih-lebih lagi dalam keadaan yang menghayat hati serta boleh meninggalkan kesan yang mendalam kepada keluarga si mati.
Sesungguhnya Allah telah memuliakan bani Adam.
ولو كرمنا بني ادم
Maka hendaklah kita memuliakannya ketika hidup mahupun setelah mati.

Beringatlah bahawa kita juga mempunyai keluarga. Kita juga sudah pasti tidak mahu gambar keaiban keluarga kita disebarkan melalui media-media sosial untuk menjadi tatapan umum. Betapa sedihnya kita saat itu.. Demikian juga mereka..
Tanda kesempurnaan iman seperti sabda Rasulullah SAW
لا يؤمن احدكم حتى يحب لاخيه ما يحب لنفسه
Tidak sempurna iman salah seorang kamu sehingga ia mencintai kepada saudaranya apa sahaja yang ia cintakan untuk dirinya.

Jadilah manusia yang bijak meletakan sesuatu di tempatnya. Keaiban adalah suatu yang patut ditutup bukan didedahkan. Nabi SAW sentiasa berdoa supaya ditutup segala keaiban dan diamankan dari segala ketakutan.

العلم والمال يستران كل عيب والجهل والفقر يكشفان كل عيب

Moga Allah pelihara kita semua.

alfaqir Uwais al Qarni

No comments:

Artikel-Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terjemahan Bacaan AL-Quran Untuk Dihayati Bersama

Listen to Quran