Carian Artikel di sini

Tuesday, October 17, 2017

SUCI KAH MESIN KHAS UNTUK MUSLIM???



Dalam isu bab dobi khas MUSLIM, saya terbaca beberapa komen pengusaha dobi.  Komen yang membuka MINDA saya bab KESUCIAN.

Ramai tak faham bezakan SUCI @ BERSIH .

PAKAIAN BERSIH BOLEH DIPAKAI KE MANA MANA TETAPI PAKAIAN MUSLIM WAJIB SUCI DARIPADA NAJIS!!! JIKA NAK SOLAT  LAGI WAJIB SUCI NAJIS BERAT.

Haaa bab ni berkait rapat dengan najis. NAJIS MUGHALLAZHOH. ANJING DAN KHINZIR.

CARA SERTU yakni menyucikan kita semua tahu wajib 1 kali air tanah dan 6 kali air mutlak.

Seorang pengusaha cerita. Kedainya tiap hari membasuh T Shirt pekerja pemotong babi!!!. Dan dia kata dia membasuh dengan 3kali bilasan!!!

Pada pandangan jahil saya, baju itu bersih tetapi tidak suci. Ahhhh...dia bukan Muslim. Ya memang bukan Muslim. Tetapi siapakah pengusaha Tu? MUSLIM???
Pekerjanya MUSLIM???

Mereka menggunakan peralatan seperti mesin dobi, iron board, sterika @ apa saja dan peralatan sama mencuci pakaian MUSLIM???

Pengusaha yang bertanggung jawab dalam hal ini. Sepatutnya dia sucikan pakaian itu dengan kaedah SERTU agar dia terlepas rasa bersalah bila mencuci pakaian Muslim.

Pelanggan yang menghantar ke kedai dobi Muslim kerana keyakinan KETAQWAAN pengusaha menjaga kesucian pakaian mereka.

Bayangkan pakaian kita DINAJISKAN kemudian kita bawa solat dan basuh pula di rumah bercampur pakaian lain. Semua bernajis mughallazah. Itu jika kita nak membayangkan.

Dulu memang tidak pernah saya membayangkan tetapi kini terus terbayang bila ada pengusaha membuka mulut.

Ya kita tidak berdosa kerana tidak tahu. Pakaian itu dianggap suci kerana kita tidak tahu. Macam kita makan guna sudu gelas di food court.

Cuma kita sanggup ke nak makan di food court yang ada jual masakan non halal? Berkongsi pinggan mangkuk???

Orang muslim yang beriman dia anggap BIASA. ISLAM ITU MUDAH. BOLEH SAJA . TIADA MASALAH. Tapi berbeza dengan orang yang mahu menjadi INSAN BERTAQWA. Dia akan meneliti semua aspek.

Orang bertaqwa dia akan meninggalkan perbuatan was was, syubhah dan haram.

Ada beza orang beriman dan orang bertaqwa. Sama saja macam kita rakyat biasa dan golongan di raja. Ada beza. Perbezaannya di sisi ALLAH TAALA.

Salah satu sebab saya MENCUBA menjadi INSAN BERTAQWA adalah kerana DOA CEPAT MAQBUL. Saya tak mahu jenuh berdoa dan berusaha tetapi tak muncul2...

Soal menjadi TAQWA  @ TIDAK itu  pilihanNya tapi perlu berusaha . Oleh itu saya mulai meragui kesucian kedai dobi Muslim kecuali memang ada peralatan khas untuk muslim only!

Oleh itu saya menyokong 100% usaha pengusaha muslim untuk menjaga KESUCIAN MESIN BASUHNYA. @ SATU CADANGAN LAGI

SERTU SAJA SEMUA PAKAIAN DAN APA SAJA BARANGAN NON MUSLIM. HABIS CITER

TULIS SIAP2

"SEMUA PAKAIAN NON MUSLIM AKAN DISERTU DENGAN AIR TANAH"

INSYAALLAH tiada isu racist!!!

***
Maaf saya tulis saja. Jangan marah naa. Jika STRESS klik http://bit.ly/testimonikd

Jadi lah ibu ayah yang bertaqwa!!!

SILA SHARE AGAR RAMAI FAHAM

اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Perkongsian drp ustazah Sahida Saad (CEO Al-Mujahid)

No comments:

Artikel-Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terjemahan Bacaan AL-Quran Untuk Dihayati Bersama

Listen to Quran