Carian Artikel di sini

Wednesday, February 14, 2018

Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi ke 4

Tolong hebahkan.
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah memperkenalkan perkataan "Swafoto" bagi perataan "Selfie".  Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa.
Swafoto - gambar kendiri, berswafoto - mengambil gambar kendiri, menswafoto - perbuatan merakam gambar sendiri.

Suri Teladan – Role Model
Jerayawara – Road Show
Latar Pentas – Back Drop
Gegantung – Bunting
Imej Tumpu – Highlight
Parkir – Parking
Pascanilai – Postmortem
Swafoto – Selfie
Kira detik – Count Down
Bilik acu – Fitting Room
Ujana teh – Garden tea
Persantaian -Resort

EJAAN YANG MENGELIRUKAN:
 Ejaan bagi perkataan2 yg digunakan dalam pertuturan ataupun penulisan.

Berikut merupakan perkataan yang biasa kita temui:
1. resepi ❌ resipi ✔
2. menyakinkan ❌ meyakinkan ✔
3. istirehat ❌ istirahat ✔
4. kadang-kala ❌ kadangkala ✔
5. sambilewa ❌ sambalewa ✔
6. dasyat ❌ dahsyat ✔
7. insuran ❌ insurans ✔
8. ambulan ❌ ambulans ✔
9. juwita ❌ juita ✔
10. unggu ❌ ungu ✔
11. mengulangkaji ❌ mengulang kaji ✔
12. penguatkuasa ❌ penguat kuasa ✔
13. gambarajah ❌ gambar rajah ✔
14. redha ❌ reda ✔
15. kerinting ❌ keriting ✔
16. bergu ❌ beregu ✔
17. kontingen ❌ kontinjen ✔
18. mengenengahkan ❌ mengetengahkan ✔ 19. mengenepikan ❌ mengetepikan ✔
20. mengkedepankan ❌ mengedepankan ✔ 21. mengkebelakangkan ❌ mengebelakangkan ✔
22. sihat walafiat ❌ sihat wal afiat ✔
23. majerin❌ marjerin ✔
24. rempah ratus❌ rempah-ratus ✔
25. alat siaraya ❌ alat siar raya ✔
26. margasatwa ❌ mergastua ✔
27. workshop (bi) ❌ woksyop (bm) ✔
28. bertungkus-lumus ❌ bertungkus lumus ✔
29. limau kasturi ❌ limau kesturi ✔
30. walaubagaimanapun ❌ walau bagaimanapun ✔
31. mee ❌ mi ✔
32. kuey teow ❌ kuetiau ✔
33. respon ❌ respons ✔
34. sunnah ❌ sunah ✔
35. ramadhan ❌ ramadan ✔
36. leukimia ❌ leukemia ✔
37. emel ❌ e-mel ✔ di-e-melkan & meng-e-melkan
38. katrij ❌ kartrij ✔
39. cop nama ❌ cap nama ✔
40. Insha Allah ❌ Insya-Allah ✔
41. alergik ❌ alergi ✔
42. ansurans ❌ ansuran ✔
43. urusetia❌ urus setia ✔
44. keretapi ❌ kereta api ✔
45. merbahaya ❌ berbahaya/marabahaya ✔
46. naskah ❌ naskhah ✔
47. atlit ❌ atlet ✔
48. war-war ❌ uar-uar/wara-wara ✔
49. urusetia ❌ urus setia ✔
50. fax ❌ faks/faksimile ✔
51. was-was ❌ waswas ✔
52. stokin ❌ stoking ✔
53. karenah❌ kerenah ✔
54. kemaskini ❌ kemas kini ✔
55. ulangkaji ❌ ulang kaji ✔
56. pra sekolah ❌ prasekolah ✔
57. temu janji ❌ janji temu ✔
57. menghadkan ❌ mengehadkan ✔
58. hajjah ❌ hajah ✔
59. agen ❌ ejen ✔
60. murtabak❌martabak ✔
Ejaan yang betul mengikut Kamus Dewan Edisi  ke-4.

Sindiran Buat Diri Sendiri


Tidak tua,
tidak yang muda,
tidak laki-laki,
tidak perempuan,
kalau sudah letak HP,
ditinggal sekejap dilihat lagi,
ditutup sekejap dibuka lagi...

Semua  sangat sayang dan cinta pada yang namanya​ HP...

Pergi ke mana-mana, HP dalam poket...

berkumpul kawan dan teman bawa beg sandang isinya mesti ada HP...

Sehari HP boleh keluar masuk dari beg atau poket baju lebih dari lima puluh kali... he...he...😝

Habis mandi lihat HP...

Habis menyapu lihat HP...

Habis masak lihat HP...

Habis cuci baju lihat HP...

Habis makan lihat HP...

Habis saja tetamu pergi lihat HP...

Bangun tidur lihat HP...

Tengah malam terjaga lihat HP...

Pendek kata setiap masa mesti HP...

Kerana setianya dgn HP data tinggal sedikit cepat-cepat gi topup..

Lowbat satu strip kalut cari pengecas bateri...

Internet lemah 'siput' terus marah dan dimaki...

Apa lagi kalau "ngam" low bateri letrik plak terputus TNB yang dipersalahkan ... he...he...

suami / isteri panggil pura-pura tidak dengar, HP nya bunyi cepat-cepat lari mencari di mana HP ...ha...ha...😁

selesai jer satu kerja atau apa saja, yang dicari mesti HP...

Kalau perempuan, namanya
 ​Nokia Binti Samsung​.

Kalau laki-laki, namanya
 ​Sony Bin Lenovo​.

Semoga saya tidak 'berjangkit' virus spt itu.

Yang terasa dirinya seperti itu jangan senyum-senyum sendiri...

Nanti suami / isteri kita tidak faham dengan sikap kita.

​DOA UNTUK KITA YANG CINTA HP​ :
"YA Allah, ampuni dosa-dosa ku yang ada HP ini Ya ALLAH, kerana aku :
       
1. Lebih banyak mengisi kredit HP daripada memberi sumbangan di Masjid / Surau.

 2. Lebih banyak baca
SMS / WhatsApp / FB daripada membaca Al-Quran.

3. Lebih kerap update status daripada update 'keimanan' diri kepada-Mu, Ya Allah...

4. Lebih suka buka BLUETOOTH daripada BERLUTUT SUJUD BERDOA.

5. Kerap Telefon tapi jarang menziarahi sanak KELUARGA.

6. Isi Relod RM 30 tidak puas, tapi nak derma RM 1 ke  tabung  masjid  terasa byk sangat.

7. Kalau dengar HP bunyi terus saja cepat-cepat angkat, tapi bila terdengar azan di masjid/surau buat tak tau saja...

Ya Allah, Ya Tuhan ku... ampuni dosa-dosa ku yang ada HP ini...

Dan semoga HP yang aku ada ini memberi manfaat buat kepentingan beribadah kepada-Mu Ya Allah...

Dan semoga sahabat2 dan kaum keluarga ku yang seperti ku juga diampunkan dosa-dosa kami, Ya Allah. Aamiiin.

bukan menyindir, tapi mengingatkan diri ku sendiri. Terima kasih dan mohon maaf jika ada yang tersinggung, aku juga  tersinggung, hanya untuk renungan lembut tapi nyata.

Renung renungkanlah...

Artikel-Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terjemahan Bacaan AL-Quran Untuk Dihayati Bersama

Listen to Quran