Carian Artikel di sini

Loading...

Keburukan Tidur Selepas Subuh & Asar

>> Friday, April 20, 2012




Sabda Nabi:
Maksudnya:berpagi-pagilah(subuh)dalam mencari rezeki,sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan.(riwayat oleh at-Tabarani dalam al-Awsath)

Abdullah Ibnu Abbas (Ibnu Abbas) telah melihat anaknya tidur diwaktu Subuh. Maka dikatakan kepada anaknya:
“Bangun! Apakah kamu tidur diwaktu rezeki dibahagi-bahagikan?

Di dalam riwayat lain pula,sebagaimana yang diriwayatkan oleh ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sohihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah radiallah anha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:

Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan org yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.’ (Diriwayatkan al-Baihaqi)

maka dengan sebab ini para fuqaha menetapkan hukum makruh tidur selepas subuh.

‘Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah waktu mencari rezeki dan berusaha (syara’ dan ‘uruf) di sisi org yg beraqal.’(dinukilkan oleh Imam as-Safarini)

Hukum Tidur Selepas Waktu Asar :

Dalam kitab Miskatul Masabih ada disebutkan:
Tidur sedikit di waktu tengahari tidaklah dikeji. Rasulullah S.A.W ada juga melakukannya. Ini dapat mengimbangi kekuatan tubuh badan setelah bertahajud di malam hari.
Ibn Qaiyim menambah:

“Tidur di siang hari amat dikeji kerana ia akan mewarisi penyakit kebengkakkan (muka kelihatan sembab dan tidak bercahaya) malapetaka, merosakkan warna kulit, menimbulkan penyakit radang limpa, melemahkan urat saraf dan melemahkan syahwat. Sekeji-keji tidur ialah ketika awal hari (matahari terbit) dan terlebih keji lagi ialah tidur di akhir siang hari (selepas Asar).”

Setengah ulama mengatakan:
“Sesiapa yang tidur selepas Asar sehingga terganggu kewarasannya maka janganlah ia mencaci selain daripada dirinya sendiri.

sumber: http://nazzwtf.com/blog/keburukan-tidur-selepas-subuh-asar/

2 comments:

Zil-Ihsan January 11, 2013 at 12:11 AM  

Ramai ahli hadis telah menilai hadis tentang ini sebagai dhaif, dan ada pula menyatakannya sebagai mauduk berikut keadaan kehidupan manusia:

SUBUH: Hadis ini dilabelkan sebagai mauduk (palsu) oleh al-Hasan Ibn Muhammad al-Soghoni dan disokong oleh ahli hadis masa kini, Abd. Fattah Abu Ghuddah. Manakala di antara ulama yang melabelkan hadis ini sebagai sangat dhaif pula ialah al Haithami (Majma’ al Zawaaid – al Haithami), Ahmad Syakir (Al-Musnad – Ahmad Ibn Hanbal), Muhammad Nasiruddin al Albani (Dhaif al Jami’ as Shaghir) dan Syuaib al Arnaouth (Al Musnad – Ahmad Ibn Hanbal).

ASAR: Hadis ini adalah hadis dhaif seperti yang telah dihuraikan oleh Syeikh al-Albani dalam bukunya Silsilah al-Ahadith ad-Dhaifah. Sebelum al-Albani, hadis ini juga telah didhaifkan oleh al Haithami (Majma’ al Zawaaid).

Bekas Penyokong Pas February 2, 2013 at 7:16 AM  

Sahabatku..Hanya Allah yang mengetahui niat sebenar anda.
Bagi saya anda cuba mempromosikan sesuatu yang tidak sepatutnya iaitu turut memasukkan ceramah
N Ajis.

Dia bagi anda mungkin ulama besar yang sangat anda kagumi dan taksubkan sangat-sangat. Ketahuilah bahawa bagi ramai orang dia tidak pun layak digelar ulama. Ya..rupanya, pakaiannya, gayanya memang nampak keulamakannya.Tetapi pesanan Rasulullah adalah jelas untuk kita pegang. Belajarlah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terjemahan Bacaan AL-Quran Untuk Dihayati Bersama

Listen to Quran

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP